Senarai watak Kamen Rider Double

rencana senarai Wikimedia

Berikut merupakan senarai watak bagi siri tokusatsu Jepun 2009, Kamen Rider Double.

Agensi Penyiasatan Narumi sunting

Agensi Penyiasatan Narumi (Jepun: 鳴海探偵事務所, Hepburn: Narumi Tantei Jimusho) menyiasat aktiviti Dopant, diasaskan oleh Sokichi Narumi yang mati dibunuh semasa dia dan Shotaro menemui Philip semasa siasatan mengenai Dopant, menjadikan Shotaro sebagai penggantinya.

Shotaro Hidari sunting

Detektif Shotaro Hidari (Jepun: 左 翔太郎, Hepburn: Hidari Shōtarō) merupakan orang jalanan yang diajar oleh Sokichi Narumi tentang bagaimana untuk menjadi seorang penyiasat persendirian. Selepas kematian Sokichi, Shotaro menyiasat aktiviti jenayah Dopant, serta memerangi Dopant bersama-sama dengan Philip sebagai Kamen Rider Double (Jepun: 仮面ライダーW(ダブル), Hepburn: Kamen Raidā Daburu).

Semasa dalam babak filem Double Forever, Shotaro memperoleh T2 Joker Memory dan Lost Driver, membolehkannya bertukar menjadi Kamen Rider Joker (Jepun: 仮面ライダージョーカー, Hepburn: Kamen Raidā Jōkā).

Shotaro Hidari dilakonkan oleh Renn Kiriyama (Jepun: 桐山 漣, Hepburn: Kiriyama Ren). Wataknya semasa kanak-kanak pula dilakonkan oleh Issei Kakazu (Jepun: 嘉数 一星, Hepburn: Kakazu Issei).

Philip sunting

Philip (Jepun: フィリップ, Hepburn: Firippu) yang misteri merupakan rakan Shotaro dalam agensi penyiasatan, menggunakan keupayaannya mencapai Rak Buku Planet untuk menyelesaikan jenayah Dopant. Sebelum dia hilang ingatan, Philip merupakan Raito Sonozaki (Jepun: 園咲 来人, Hepburn: Sonozaki Raito), yang digunakan oleh ayahnya Ryubee untuk mencipta Gaia Memory tiruan untuk sindiket Museum. Untuk membantu melawan Dopant, biasanya Philip menggunakan kesedarannya untuk menjadi Kamen Rider Double (Jepun: 仮面ライダーW(ダブル), Hepburn: Kamen Raidā Daburu), namun apabila dia menggunakan Fang Memory, Philip pula menjadi jasad induk sementara Shotaro menggunakan kesedarannya sebagai Double dalam bentuk FangJoker (Jepun: ファングジョーカー, Hepburn: Fangu Jōkā).

Philip dilakonkan oleh Masaki Suda (Jepun: 菅田 将暉, Hepburn: Suda Masaki). Wataknya semasa kecil dilakonkan oleh Tomoya Hashimoto (Jepun: 橋本 智哉, Hepburn: Hashimoto Tomoya).

Akiko Narumi sunting

Akiko Narumi (Jepun: 鳴海 亜樹子, Hepburn: Narumi Akiko) merupakan bos kepada Shotaro serta tuan rumah kepada Agensi Penyiasatan Narumi. Disebabkan sikap serta penampilannya yang keanak-anakan, Shotaro sering menggelarkannya "Budak Sekolah Menengah" (Jepun: 女子中学生, Hepburn: Joshi Chūgakusei) serta menganggapnya sebagai ancaman terhadap imejnya. Dia datang ke Futo dari Osaka untuk meneruskan kerja ayahnya serta tidak menyedari bahawa ayahnya sudah mati sehinggalah dalam babak filem Begins Night. Dia bertindak sebagai pembantu peribadi serta memastikan Shotaro dalam landasan asal semasa bekerja dengan mengetuknya dengan selipar hijau. Dia cenderung berkata "Saya tak pernah dengar pun!" (Jepun: 私聞いてない!, Hepburn: Atashi kiitenai!). Di sebalik perwatakannya yang kebudak-budakan, dia juga menunjukkan sifat-sifat seorang penyiasat, terutamanya hasil keupayaannya mengesan beberapa petunjuk yang menyebabkan Shotaro, Philip, dan Ryu mati akal, di samping sangat melindungi kliennya, satu ciri yang diwarisi daripada ayahnya. Akiko jatuh cinta pada Ryu Terui, tetapi cubaan Akiko untuk menguratnya seringkali diabaikan sedang Ryu mengekalkan perwatakan profesional terhadapnya.

Akiko Narumi dilakonkan oleh Hikaru Yamamoto (Jepun: 山本 ひかる, Hepburn: Yamamoto Hikaru).

Sokichi Narumi sunting

Sokichi Narumi (Jepun: 鳴海 荘吉, Hepburn: Narumi Sōkichi) merupakan tuk guru Shotaro serta pengasas Agensi Penyiasatan Narumi. Dia sering dirujuk oleh Shotaro sebagai "Bos" (Jepun: おやっさん, Hepburn: Oyassan). Ideologinya ialah memastikan keselamatan kliennya melebihi segala-galanya. Walau bagaimanapun, Sokichi memainkan peranan dalam sindiket oleh Keluarga Sonozaki untuk memperoleh kuasa sebagai Kamen Rider Skull (Jepun: 仮面ライダースカル, Hepburn: Kamen Raidā Sukaru). Demi menebus dirinya kerana terlibat dalam sindiket tersebut, Sokichi melancarkan operasi membawa lari Philip daripada Keluarga Sonozaki, serta bertukar menjadi Skull untuk mempertahankan dirinya daripada serangan Taboo Dopant serta konco-konco Masquerade Dopantnya semasa menceroboh kilang mereka. Namun demikian, setelah membawa Philip bersama-samanya untuk menentukan hala tujunya serta mencari jalan untuk menebus kesalahannya, Sokichi akhirnya mati ditembak dan sempat meminta Shotaro meneruskan perjuangannya dan menjaga anak perempuannya serta memakaikan topi kesayangannya di kepala Shotaro seraya berkata "membesarlah sebagai seorang lelaki yang layak memakainya" sebelum mati.

Dalam filem Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie Wars 2010, Dummy Dopant menyamar sebagai Sokichi. Semasa penghujung filem tersebut, Sokichi Narumi dari dimensi lain bercakap dengan Shotaro serta memuji rupa Shotaro memakai topinya itu sebelum kembali ke dimensi asal.

Dalam video klip "Nobody's Perfect" (lagu nyanyian Sokichi Narumi), satu imbasan semula masa silam Narumi dan Shotaro ditunjukkan. Narumi menerima kes penculikan seorang budak perempuan oleh sindiket Museum yang membawa kepada pertarungan dengan Terror Dopant demi menyelamatkan budak perempuan tersebut.

Dalam filem Kamen Rider Double Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate, Skull Memory adalah salah satu daripada 26 T2 Gaia Memory di dalam filem, dan Kamen Rider Skull muncul untuk memberikan Shotaro sebuah tali pinggang Lost Driver untuk membolehkannya bertukar menjadi Kamen Rider Joker.

Sokichi Narumi dilakonkan oleh Koji Kikkawa (Jepun: 吉川 晃司, Hepburn: Kikkawa Kōji).[1]

Jabatan Polis Futo sunting

Jabatan Polis Futo (Jepun: 風都署, Hepburn: Fūtosho, FPD) sering melancarkan operasi memerangi jenayah Dopant.

Mikio Jinno sunting

Mikio Jinno (Jepun: 刃野 幹夫, Hepburn: Jinno Mikio) merupakan detektif kanan dalam Jabatan Polis Futo yang ditugaskan untuk menyiasat kes-kes Dopant, yang asyik mudah ditipu dengan taktik yang sama sehinggalah insiden Jewel Dopant di mana dia ditangkap dan seterusnya bersumpah untuk tidak lagi mudah ditipu sebaik sahaja dia dibuktikan tidak bersalah. Secara kebetulan dia merupakan kawan baik Shotaro sejak kecil yang sering dijadikan tempat berbincang mengenai kes Dopant, tanpa menyedari bahawa rakannya itu merupakan Kamen Rider Double, walaupun dalam Begins Night pula Shotaro menyuarakan hasrat untuk berhenti menjadi detektif serta mengakui bahawa dia adalah Kamen Rider. Jinno seringkali kelihatan dengan alat penggaru belakangnya.

Mikio Jinno is portrayed by Takeshi Nadagi (Jepun: なだぎ 武, Hepburn: Nadagi Takeshi).

Shun Makura sunting

Shun Makura (Jepun: 真倉 俊, Hepburn: Makura Shun) merupakan orang bawahan Jinno yang sering bergaduh dengan Shotaro seperti anjing dan kucing, sehingga sering memerlukan Jinno untuk meleraikan mereka. Dia juga cenderung membuat kesimpulan terburu-buru serta menuduh orang lain melakukan jenayah tanpa bukti yang mencukupi.

Shun Makura dilakonkan oleh Shingo Nakagawa (Jepun: 中川 真吾, Hepburn: Nakagawa Shingo).

Ryu Terui sunting

Ryu Terui (Jepun: 照井 竜, Hepburn: Terui Ryū) merupakan seorang superintenden polis yang ditugaskan mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Paranormal (Jepun: 超常犯罪捜査課, Hepburn: Chōjō Hanzai Sōsaka). Walaupun dia bekerjasama dengan Shotaro untuk memerangi jenayah Dopant sebagai Kamen Rider Accel (Jepun: 仮面ライダーアクセル, Hepburn: Kamen Raidā Akuseru), Ryu asalnya menjadi Kamen Rider demi membalas dendam terhadap kematian ahli keluarganya di tangan Shinkuro Isaka. Namun demikian, hanya setelah kematian Isaka baharulah Ryu menyedari ada dalang di sebalik kisah kematian ahli keluarganya itu.

Dia juga muncul seketika dalam babak penamat filem Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie Wars 2010, dengan mendakwa Double bukanlah satu-satunya Kamen Rider di Futo.

Ryu Terui dilakonkan oleh Minehiro Kinomoto (Jepun: 木ノ本 嶺浩, Hepburn: Kinomoto Minehiro).

Futo Irregulars sunting

Futo Irregulars (Jepun: 風都イレギュラーズ, Hepburn: Fūto Iregyurāzu) merupakan sebilangan warga kota Futo yang bertugas memberi maklumat kepada Shotaro. Mereka dinamakan sempena Baker Street Irregulars dalam kisah-kisah Sherlock Holmes. Identiti asal ahli-ahli Futo Irregulars dirahsiakan.

Watcherman sunting

"Watcherman" (Jepun: ウォッチャマン, Hepburn: Wotchaman) merupakan nama pengguna bagi blogger otaku yang menjadi pemberi maklumat kepada Shotaro mengenai aktiviti Dopant. Watcherman mempunyai sebuah basikal yang diberi nama "Basikal Futo-kun" (Jepun: ふうとくんバイシクル, Hepburn: Fūtokun Baishikuru), yang turut digunakan oleh Akiko untuk mengejar Puppeteer Dopant.[2] Dalam Double Forever, Watcherman memperoleh T2 Violence Memory dan menjadi T2 Violence Dopant (Jepun: バイオレンス・ドーパント, Hepburn: Baiorensu Dōpanto).

Watcherman dilakonkan oleh Nasubi (Jepun: なすび).

Santa-chan sunting

"Santa-chan" (Jepun: サンタちゃん) merupakan orang misteri yang sering berpakaian seperti Santa Claus. Dia sering memberi hadiah kepada Shotaro yang merupakan bahan bukti kegiatan Dopant. Dalam Double Forever, Santa-chan memperoleh T2 IceAge Memory dan menjadi IceAge Dopant (Jepun: アイスエイジ・ドーパント, Hepburn: Aisueiji Dōpanto).

Santa-chan dilakonkan oleh Zennosuke Fukkin (Jepun: 腹筋 善之介, Hepburn: Fukkin Zennosuke).

Queen & Elizabeth sunting

"Queen" (Jepun: クイーン, Hepburn: Kuīn) dan "Elizabeth" (Jepun: エリザベス, Hepburn: Erizabesu) merupakan dua gadis remaja yang memberi maklumat kepada Shotaro mengenai aktiviti Dopant di kalangan pelajar sekolah. Mereka berdua juga adalah penyanyi, setelah memperoleh kontrak rakaman bagi lagu "LoveWars". Dalam Begins Night, adalah didedahkan bahawa Elizabeth menaruh perasaan terhadap Philip. Dalam Double Forever pula, Queen dilihat mempunyai T2 Queen Memory serta Penyambung Hidup pada lengannya manakala Elizabeth pula mempunyai T2 Accel, Key, dan Bird Memory.

Queen dan Elizabeth dilakonkan masing-masing oleh Tomomi Itano (Jepun: 板野 友美, Hepburn: Itano Tomomi) dan Tomomi Kasai (Jepun: 河西 智美, Hepburn: Kasai Tomomi) dari kumpulan AKB48.[3]

Keluarga Sonozaki sunting

Keluarga Sonozaki (Jepun: 園咲家, Hepburn: Sonozaki Ke) merupakan satu keluarga aristokratik di Futo yang mengepalai sindiket yang dikenali sebagai Museum (Jepun: ミュージアム, Hepburn: Myūjiamu). Sindiket Museum bertujuan menghasilkan serta mengedar Gaia Memory kepada penjenayah, menghasilkan gelombang jenayah Dopant (Jepun: ドーパント, Hepburn: Dōpanto) sebagai sebahagian daripada rancangan penghasilan Gaia Impact (Jepun: ガイアインパクト, Hepburn: Gaia Inpakuto) yang lebih dahsyat. Setiap anggota Keluarga Sonozaki (kecuali Fumine dan Raito) memiliki Gaia Memory khas berwarna keemasan, membolehkan mereka bertukar ke bentuk Dopant melalui penggunaan prototaip tali pinggang Gaia Driver (Jepun: ガイアドライバー, Hepburn: Gaia Doraibā) yang mencegah pengaruh buruk Gaia Memory masing-masing. Akhirnya, semasa rancangan Ryubee hampir berjaya, ia menyebabkan rumah agam keluarga tersebut musnah dalam kebakaran, menandakan berakhirnya pengaruh mereka serta sindiket Museum.

Ryubee Sonozaki sunting

Ryubee Sonozaki (Jepun: 園咲 琉兵衛, Hepburn: Sonozaki Ryūbee) merupakan ketua Keluarga Sonozaki serta pemimpin Museum, bertindak sebagai ketua organisasi. Dari sudut pandangannya, seluruh bandar raya Futo merupakan kerajaannya dan dia enggan membiarkan cita-citanya itu dimusnahkan, serta melihat Gaia Memory sebagai satu langkah evolusi manusia walaupun terdapat kematian di kalangan mereka yang tidak berupaya menggunakannya. Menggunakan Terror Memory, Ryubee boleh bertukar menjadi Terror Dopant (Jepun: テラー・ドーパント, Hepburn: Terā Dōpanto), di mana kewujudannya sahaja sudah cukup untuk menggerunkan musuh di sekelilingnya sehingga ke tahap menggilakan. Antara keupayaannya termasuklah mencipta satu kolam beracun dipanggil Terror Field (Jepun: テラーフィールド, Hepburn: Terā Fīrudo) di untuk membakar musuhnya ataupun untuk memindahkan dirinya, serta menukarkan mahkotanya menjadi Terror Dragon (Jepun: テラードラゴン, Hepburn: Terā Doragon) yang menyerupai Barong. Dalam keadaan biasa pun, kehadirannya masih boleh menggerunkan orang di sekelilingnya. Walaupun dia dilihat sangat melindungi keluarganya, dia tidak teragak-agak mempergunakan Wakana dan Philip demi menjayakan cita-citanya. Dia langsung tidak menganggap penentangan Kamen Rider terhadap Dopant sebagai satu ancaman, sebaliknya dia menggunakan data pertarungan untuk menyempurnakan rancangannya terhadap Wakana sebelum menumpukan perhatiannya terhadap usaha mendapatkan semula Philip demi menyempurnakan rancangan Gaia Impactnya.

Adalah didedahkan bahawa Ryubee asalnya merupakan seorang ahli arkeologi terkenal yang membeli sebidang tanah yang dipenuhi fosil serta peninggalan sejarah, lalu mendirikan rumah agamnya serta membentuk koleksi bahan sejarah di Muzium Futo di mana dia sendiri merupakan pengarahnya. Dia kemudiannya menemui lokasi kesedaran planet, dipanggil sebagai Gaia Memory (Jepun: 地球の記憶, Hepburn: Chikyū no Kioku), serta membawa keluarganya untuk menyaksikannya. Namun, setelah menyaksikan anaknya Raito jatuh ke dalam "perigi" Gaia Memory dan mati, tetapi entah bagaimana dihidupkan semula oleh kuasa planet, Ryubee mula merancang untuk menghasilkan Gaia Impact: suatu peristiwa yang menjamin masa depan manusia dengan menyatuan mereka dengan planet itu sendiri, sebagaimana anaknya. Untuk mencapai matlamatnya, dia menggunakan satu barang yang dipanggil "Evil Tail" (Jepun: イーヴィルテイル, Hepburn: Īviru Teiru), berus yang tertulis nama keluarganya, untuk menangani ketakutan yang bakal muncul semasa mengorbankan ahli keluarganya bagi menjayakan matlamat tersebut, yang membuatkannya beransur-ansur gila. Semasa dia mengorbankan (Philip) sekali lagi ke dalam perigi Gaia Memory untuk menjadikan anak perempuannya Wakana bersatu dengan bumi, dia dihalang oleh kedua-dua Kamen Rider. Sementara Kamen Rider Accel sebagai AccelTurbuler memusnahkan Terror Dragon, Shotaro berjaya memperoleh minda dan seterusnya tubuh Philip melalui data dalam tubuh ClayDoll Xtreme untuk bertukar sebagai Kamen Rider Double CycloneJoker Xtreme untuk menewaskan Terror Dopant dan memusnahkan Terror Memory, bersama-sama sebahagian besar kediaman Sonozaki. Ryubee mati dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya, semasa dia sedang memikirkan kenangan manis bersama-sama keluarganya sebelum dia menemui Gaia Memory.

Dia juga diketahui sebagai sahabat lama Eijiro Hikari serta menghadiahkan ShinigamiHakase Memory kepada Eijiro untuk membolehkannya bertukar sebagai Super Doctor Shinigami.

Ryubee Sonozaki dilakonkan oleh Minori Terada (Jepun: 寺田 農, Hepburn: Terada Minori). Semasa klip video "Nobody's Perfect", Terror Dopant muncul berlawan dengan Kamen Rider Skull..[4]

Saeko Sonozaki sunting

Saeko Sonozaki (Jepun: 園咲 冴子, Hepburn: Sonozaki Saeko) adalah anak sulung dalam Keluarga Sonozaki, mengusahan sebuah syarikat IT dipanggil Digal Corporation (Jepun: ディガル・コーポレーション, Hepburn: Digaru Kōporēshon) serta menjadi dalang peristiwa Begins Night. Sejak kecil, Saeko dibesarkan dengan tunjuk ajar daripada ayahnya yang sering mengatakan bahawa keluarga mereka lebih baik daripada keluarga lain serta mereka telah ditakdirkan untuk menguasai dunia. Walau bagaimanapun, dia mempunyai rancangan yang lebih besar yang melibatkan Gaia Memory melebihi tugasnya di Museum. Menggunakan Taboo Memory, Saeko boleh bertukar sebagai Taboo Dopant (Jepun: タブー・ドーパント, Hepburn: Tabū Dōpanto) dengan keupayaan untuk terbang serta penghasilan sfera plasma. Dengan tabiatnya yang sering bertukar teman lelaki apabila teman lelaki lamanya mempunyai kelemahan, Saeko berkahwin dengan Kirihiko. Walau bagaimanapun, dia sering mendera Kirihiko apabila dia gagal menangkap Kamen Rider Double. Lama kemudian, setelah Kirihiko membuat keputusan tidak lagi menyokong rancangan keluarga, Saeko membunuhnya. Selepas kematian Kirihiko, Saeko mula mengunjungi Shinkuro Isaka untuk menambah baik bentuk Dopantnya serta untuk menumpukan kepada rancangannya untuk sindiket Museum. Selepas dia hampir dikalahkan oleh kedua-dua Kamen Rider Double dan Accel, dia mula mengambil berat akan keselamatan Isaka. Setelah rancangan pemberontakan terhadap ayahnya gagal dan Isaka dibunuh, Saeko hidup sebagai pelarian dan diburu oleh Smilodon Dopant yang merampas Taboo Memory dan meninggalkannya untuk mati. Walau bagaimanapun, Saeko diselamatkan oleh Jun Kazu yang menawarkannya sokongan untuk rancangannya untuk mengambil alih Museum. Setelah meyelinap masuk ke dalam bangunan Digal Corporation untuk mendapatkan semula Nasca Memory dan seterusnya memasang Penyambung Hidup di badannya, Saeko menggunakannya dalam keadaan Aras 3 sebagai R Nasca Dopant (Jepun: Rナスカ・ドーパント, Hepburn: R Nasuka Dōpanto, "R" mewakili kedua-dua "Red" (Merah) dan "Revenge" (Dendam)) untuk mengalahkan adik perempuannya. Namun, setelah Wakana berubah menjadi ClayDoll Xtreme, Saeko terpaksa mencari jalan untuk menjadikan dirinya lebih berkuasanya, seperti mendapatkan Jewel Memory. Namun demikian, Nasca Memory dimusnahkan semasa berdepan dengan ClayDoll Xtreme.

Saeko Sonozaki dilakonkan oleh Ami Namai (Jepun: 生井 亜実, Hepburn: Namai Ami).[5][6]

Wakana Sonozaki sunting

Wakana Sonozaki (Jepun: 園咲 若菜, Hepburn: Sonozaki Wakana) merupakan anak perempuan termuda Ryubee yang sering dibuli oleh kakaknya yang mencemburuinya kerana dilayan seperti puteri oleh ayah mereka. Dia dikenali ramai sebagai seorang DJ popular di stesen radio tempatan Wind Wave (Jepun: ウインドウェーブ, Hepburn: Uindo Wēbu) serta mempunyai rancangan radionya sendiri iaitu Healing Princess (Jepun: ヒーリング・プリンセス, Hepburn: Hīringu Purinsesu), mempunyai ramai peminat termasuklah Philip dan Jinno (Shotaro juga pernah menjadi peminatnya sehinggalah dia mengetahui sifat panas barannya). Dia mempunyai tabiat suka mengetik giginya setiap kali dia berasa marah. Dia merupakan ahli Keluarga Sonozaki yang paling kurang terlibat dalam sindiket penghasilan serta pengedaran Gaia Memory memandangkan Ryubee tidak membesarkannya untuk mewarisi perniagaan keluarga sebagaimana Saeko. Dengan Clay Doll Memory, Wakana boleh bertukar sebagai Clay Doll Dopant (Jepun: クレイドール・ドーパント, Hepburn: Kureidōru Dōpanto) yang berupaya menembak bebola tenaga daripada lengannya yang berbentuk meriam, melekap pada siling, serta berupaya untuk pulih semula selepas dihancurkan. Walau bagaimanapun, selepas insiden Violence Dopant serta sebaik dia merasakan sifat baik hati Philip, Wakana cuba membuang Clay Doll Memory. Ryubee yang mengetahui niatnya untuk membuang Gaia Memorynya memulangkannya semula kepada Wakana memandangkan dia merasakan bahawa Wakana seharusnya lebih banyak bergiat dalam aktiviti Museum di bawah sayap Saeko. Gaia Driver Wakana kemudian diubahsuai oleh Shinkuro Isaka supaya kuasa pertarungannya dipertingkatkan tetapi tertakluk kepada pengaruh buruk Memorynya, seolah-oleh dia memasukkannya secara terus ke dalam badannya. Setelah dia merancang untuk lari dari rumah bersama-sama Philip, ayahnya membawa ke markas operasi sebenar Museum. Dengan personalitinya berubah sepenuhnya, Wakana kini menjalankan sindiket Museum serta Digal Corporation, serta cuba mengheret Philip kembali ke pangkuan sindiket Museum dengan apa cara sekalipun. Dia juga diberikan Prototaip Penggerak Gaia Maklumat Organik Kawalan Organ Tubuh (Jepun: 有機情報制御器官試作体・ガイアプログレッサー, Hepburn: Yūki Jōhō Seigyo Kikan Shisaku Tai Gaia Puroguressā), sejenis peranti berasaskan Xtreme Memory yang direka untuk membolehkannya berubah menjadi ClayDoll Xtreme (Jepun: クレイドールエクストリーム, Hepburn: Kureidōru Ekusutorīmu). Selain menjadikannya jauh lebih berkuasa daripada ClayDoll Dopant yang biasa, ia menjadikan Wakana orang kedua yang boleh mencapai Rak Buku Planet sebagaimana Philip. Semasa Gaia Impact seakan hampir berjaya setelah Philip dihumban ke dalam perigi Gaia Memory, Wakana yang menjadi Gaia Memory hidup hilang kawalan apabila Philip dikeluarkan daripada tubuhnya, menghasilkan letupan yang menyebabkan kebakaran yang memusnahkan kediaman Sonozaki. Namun demikian, tubuh Wakana dibawa keluar dari api yang sedang marak oleh Kazu ke makmal penyelidikan Yayasan X.

Wakana Sonozaki dilakonkan oleh Rin Asuka (Jepun: 飛鳥 凛, Hepburn: Asuka Rin). Watak Wakana semasa kanak-kanak dilakonkan oleh Natsuki Kasa (Jepun: 笠 菜月, Hepburn: Kasa Natsuki).[7][8]

Kirihiko Sonozaki sunting

Kirihiko Sonozaki (Jepun: 園咲 霧彦, Hepburn: Sonozaki Kirihiko) (2-18) bekerja dengan Ryubee sebagai salah seorang penjual Gaia Memory terbaik yang menyayangi bandar raya Futo. Sebelum bekerja dengan Keluarga Sonozaki dan seterusnya mengehwini Saeko, dia merupakan ejen percetakan serta bertanggungjawab mencipta maskot bandar raya yang dikenali sebagai Futo-kun semasa zaman kanak-kanaknya. Dia mengahwini Saeko serta menjadi satu-satunya lelaki yang dibenarkan hidup selepas bertemu janji dengannya, menukarkan nama keluarganya daripada Sudo (Jepun: 須藤, Hepburn: Sudō) kepada Sonozaki. Sebagai cara Ryubee menerimanya sebagai sebahagian daripada keluarga, Kirihiko menerima Gaia Driver dan Nasca Memory, membolehkannya bertukar sebagai Nasca Dopant (Jepun: ナスカ・ドーパント, Hepburn: Nasuka Dōpanto). Semasa menjadi Nasca Dopant, dia mengunakan pedang sebagai senjata bersama-sama rebennya serta berupaya menghasilkan sayap tenaga dan bebola plasma. Semasa dia mencapai Aras Kedua keupayaan Gaia Memorynya, dia berupaya bergerak sepantas kilat. Walau bagaimanapun, keupayaan tersebut mempunyai kesan sampingan yang boleh membunuhnya secara perlahan.

Disebabkan dia hanyalah menantu Ryubee, Kirihiko tidak mengetahui kebenaran di sebalik Gaia Memory serta tidak sedar kehadiran Double sehinggalah dia menemuinya sendiri dan bertarung dalam satu perlawanan yang berakhir dengan seri. Semasa dia pertama kali bertemu Shotaro, dia mulanya menganggap Shotaro sebagai salah seorang pengintai Wakana. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya mengetahui identiti Shotaro sebagai Kamen Rider, melihatnya sebagai pesaing yang menghalangnya untuk mencapai cita-citanya serta memalukannya di hadapan Saeko sehingga dia memperoleh keupayaan Aras Dua dan menggunakannya untuk menyelamatkan Saeko daripada bahaya. Walau bagaimanapun, setelah dia dia menyedari kewujudan sindiket jahat Museum memandangkan dia hanyalah dipergunakan untuk menguji keupayaan penuh Nasca Memory, Kirihiko tidak lagi menyokong Keluarga Sonozaki Family. Apabila dia mendedahkannya kepada Saeko sebagai cubaan untuk lari bersamanya, Kirihiko dibunuh oleh Saeko setelah dia mengambil Nasca Memory dan beredar.

Kirihiko Sonozaki dilakonkan oleh Yuki Kimisawa (Jepun: 君沢 ユウキ, Hepburn: Kimisawa Yūki).

Mick sunting

Mick (Jepun: ミック, Hepburn: Mikku) merupakan kucing British Shorthair kesayangan Ryubee, dinamakan oleh anaknya Raito (Philip). Meskipun ia hanyalah seekor kucing, Smilodon Memory merupaya menukarkan Mick menjadi Smilodon Dopant (Jepun: スミロドン・ドーパント, Hepburn: Sumirodon Dōpanto) humanoid yang mampu menyahcas elektrik serta bergerak cukup pantas untuk mengelak tembakan Kamen Rider Double LunaTrigger serta berupaya menandingi Kamen Rider Accel Trial. Ia kelihatan lebih cerdik daripada kucing biasa; ia tahu bila ia boleh bertukar menjadi Smilodon Dopant dan bila ia boleh bertukar balik menjadi seekor kucing biasa mengikut kemahuannya. Ia sering digunakan oleh Keluarga Sonozaki untuk menangani hal-hal di luar kediaman mereka, seperti memburu Philip serta para pengkhianat, di samping menjadi pengawal dan pengintip. Mick kelihatan lebih menggemari Wakana daripada ahli keluarga yang lain walaupun patuh pada arahan Ryubee. Semasa mensasarkan Kyoko, Smilodon Dopant mengalahkan Accel Trial sebelum Double CycloneMetal mengalih perhatian kucing tersebut sebelum memusnahkan Gaia Drivernya serta Smilodon Memorynya melalui Metal Stag Break Maximum Drive. Selepas kematian Ryubee, Mick dibela di Agensi Penyiasatan Narumi oleh Philip.

Mick dilakonkan oleh seekor kucing bernama Buri-chan (Jepun: ブリちゃん). Suara Smilodon Dopant dilakonkan oleh Yasuhiro Takato (Jepun: 高戸 靖広, Hepburn: Takato Yasuhiro).

Masquerade Dopant sunting

Masquerade Dopant (Jepun: マスカレイド・ドーパント, Hepburn: Masukareido Dōpanto) merupakan Dopant yang digunakan oleh Keluarga Sonozaki sebagai jaga serta pelbagai bentuk ejen. Masquerade Memory yang dikeluarkan secara besar-besaran diedarkan oleh jurujual Gaia Memory salesmen bagi tujuan menghasilkan lebih ramai kaki pukul untuk melakukan kerja kotor masing-masing. Masquerade Dopant berbeza daripada Dopant lain menandangkan mereka mengekalkan bentuk manusia mereka dengan topeng dengan corak sangkar rusuk manusia, menyerupai corak bertulang pada Gaia Memory Dopant.

Sebahagian daripadanya dihantar di kilang Gaia Memory untuk menangkap Philip semasa peristiwa Begins Night, sebelum dikalahkan oleh Double dalam bentuk FangJoker. Seorang penjual Gaia Memory bernama Hino (Jepun: 火野) menggunakan Masquerade Memory untuk memaksa Wakana mencintainya, tetapi telah dimusnahkan oleh Wakana dalam bentuk Clay Doll Dopant. Beberapa Masquerade Dopant yang lain dihantar sebagai orang suruhan bagi membantu Arms Dopant, tetapi mereka sekali lagi dikalahkan oleh Double dalam bentuk FangJoker.

Lain-lain sunting

Shroud sunting

"Shroud" (Jepun: シュラウド, Hepburn: Shuraudo) ialah seorang perempuan misteri yang sering mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Ryubee Sonozaki dan sindiket Museum. Ryubee merujuknya sebagai seorang yang dipenuhi rasa marah. Mukanya dibalut dengan kain pembalut bagi melindungi identitinya, dan dia sering dilihat memakai cermin mata hitam, topi fedora besar berwarna hitam, serta kot hitam. Shroud mula-mula muncul untuk menyediakan Ryu Terui dengan peralatan untuk bertukar sebagai Kamen Rider Accel, setelah melihat semangat Ryu yang membara demi membalas dendam terhadap kematian keluarganya di tangan pemilik W Memory iaitu Shinkuro Isaka. Shroud kemudian menghantar pelan serta Giji Memory kepada Philip untuk membina Frog Pod dan Denden Sensor. Semasa Philip hampir dibunuh oleh Weather Dopant, Shroud menghampiri Philip melalui Xtreme Memory, serta memanggilnya Raito, untuk memujuknya untuk menamatkan persahabatannya dengan Shotaro Hidari yang dianggap Shroud sebagai penghalang kepada kuasanya. Shroud terkejut apabila Shotaro dan Philip berupaya menjadi CycloneJoker Xtreme. Shroud juga memberikan Trial Memory kepada Ryu serta melatihnya untuk menjadi Accel Trial. Lama kemudian, semasa Shotaro diserang oleh Old Dopant, Shroud menyatakan bahawa kedua-dua Philip dan Ryu kebal terhadap serangan Old Dopant serta cuba memujuk mereka bahawa satu-satunya cara untuk mengalahkan Old Dopant ialah dengan bergabung sebagai CycloneAccel Xtreme. Walau bagaimanapun, setelah Ryu diberitahu oleh Saeko bahawa Shroud merancang pembunuhan keluarganya dengan menyediakan Isaka dengan Weather Memory, Shroud akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Fumine Sonozaki (Jepun: 園咲 文音, Hepburn: Sonozaki Fumine), isteri kepada Ryubee serta ibu kepada Saeko, Wakana, dan Raito (Philip). Semasa dalam sindiket Museum, dia telah membangunkan beberapa Gaia Memory yang diperhalusi dan digunakan oleh Kamen Rider serta memulakan penyelidikan yang menghasilkan 26 T2 Gaia Memory. Setelah dia enggan membenarkan Ryubee menjadikan Raito sebagai alat bagi Museum, Ryubee menyerang Fumine sebagai Terror Dopant, menyebabkan muka Fumine melecur akibat terkena serangan Terror Field. Fumine meninggalkan keluarganya serta sindiket Museum, serta menghabiskan masa bertahun-tahun merancang untuk membalas dendam dengan menggunakan identiti barunya sebagai Shroud dan melarikan diri bersama-sama Philip. Dia mula-mula memberikan Weather Memory kepada Isaka, merancang untuk menggunakannya untuk membunuh suaminya, tetapi dia tidak pula menyangka Isaka boleh membunuh sebegitu ramai orang. Dia meminta maad kepada Ryu kerana telah menyebabkan kematian keluarganya secara tidak langsung. Setelah melihat kesungguhan kedua-dua Kamen Rider untuk tidak menggunakan kebencian untuk menghalang Ryubee, Shroud akhirnya menyerahkan harapannya kepada Philip, Shotaro, dan Ryu.

Shroud juga memiliki Gaia Memorynya tersendiri yang dikenali sebagai Bomb Memory (Jepun: ボムメモリ, Hepburn: Bomu Memori) yang digunakan pada pistol Shroud Magnum (Jepun: シュラウドマグナム, Hepburn: Shuraudo Magunamu), wersi berwarna merah bagi pistol Trigger Magnum milik Double.

Shroud dilakonkan oleh Naoko Kouda (Jepun: 幸田 直子, Hepburn: Kōda Naoko).

Shinkuro Isaka sunting

Shinkuro Isaka (Jepun: 井坂 深紅郎, Hepburn: Isaka Shinkurō) merupakan doktor utama di Klinik Perubatan Isaka (Jepun: 井坂内科医院, Hepburn: Isaka Naika Iin). Sepuluh tahun dahulu, setelah dia merasakan hidupnya tidak bermakna, dia terserempak dengan Ryubee Sonozaki yang sedang menyerang sekumpulan orang sebagai Terror Dopant. Ia menyebabkan Isaka bercita-cita untuk mendapatkan Terror Memory untuk dirinya sendiri, bereksperimen dengan pelbagai Gaia Memory melalui berbilang Penyambung Hidup di serata badannya sehingga dia berpuas hati memiliki satu daripadanya. Sebagai Weather Dopant (Jepun: ウェザー・ドーパント, Hepburn: Wezā Dōpanto), dia mempunyai senjata berupa cemeti yang dikenali sebagai Weather Mine (Jepun: ウェザーマイン, Hepburn: Wezā Main) serta mengawal pelbagai unsur: cahaya matahari terik, hujan lebat, kilat, puting beliung, serta salji membeku. Dia asalnya menguji keupayaan tersebut dalam satu siri pembunuhan yang turut melibatkan keluarga Ryu Terui, yang hanya dikenalinya sebagai lelaki dengan Ingatan W (Jepun: W(ダブリュー)のメモリを持つ男, Hepburn: Daburyū no Memori o motsu otoko). Isaka tidak menggunakan Gaia Driver, memandangkan dia hanya menganggapnya sebagai pengehad kuasa Gaia Memory, serta tidak terjejas dengan kesan buruknya memandangkan dia sendiri sudah berada dalam keadaan psikotik. Weather Dopant juga mampu menahan serangan Maximum Drive, memandangkan dia menyepadukan Weather Memory dengan kuasa Gaia Memory yang lain. Kemahiran serta pengetahuannya mengenai fisiologi Dopant menjadikannya sekutu Museum. Setelah identitinya terbongkar semasa dia gagal memperoleh Invisible Memory untuk kegunaannya, Isaka memperoleh perlindungan di rumah agam Sonozaki di mana dia memujuk Saeko untuk menjatuhkan ayahnya supaya Saeko boleh mengawal Museum dan Isaka pula boleh memperoleh Terror Memory. Walaupun dia asalnya hanya melihat Saeko sebagai bonekanya sahaja, dia kemudiannya mengakui akan perasaannya terhadap Saeko. Semasa cubaannya untuk menyerap Quetzalcoatlus Memory, Weather Dopant akhirnya dikalahkan oleh Kamen Rider Accel Trial melalui serangan Machine Gun Spike Maximum Drive, sekaligus menghancurkan Weather Memory. Tidak lama kemudian, penggunaan Gaia Memory berlebihan oleh Isaka telah menyebabkan badannya diselaputi Penyambung Hidup yang melarutkannya sehingga lenyap, sambil dia memberi amaran kepada kedua-dua Kamen Riders bahawa Shroud akan menjadi musuh terakhir mereka. Shroud akhirnya meminta maaf kepada Ryu kerana memberikan Weather Memory kepada Isaka, tanpa menyedari bahawa Isaka sudah menjadi raksasa pembunuh.

Shinkuro Isaka dilakonkan oleh Tomoyuki Dan (Jepun: 檀 臣幸, Hepburn: Dan Tomoyuki).[9]

Jun Kazu sunting

Jun Kazu (Jepun: 加頭 順, Hepburn: Kazu Jun) merupakan penyelidik berkot putih yang bekerja untuk Yayasan X (Jepun: 財団X, Hepburn: Zaidan Ekkusu), sekumpulan penyelidik yang menyiasat Gaia Memory bagi pihak Museum sambil membekalkan dana kepada organisasi. Dia nampak dingin dan tidak beremosi; apabila dia melihat emosi orang lain pula dia cenderung menjatuhkan barang yang dipegangnya. Kazu menyelamatkan Saeko daripada mati di tangan Smilodon Dopant memandangkan dia menyokong rancangan Saeko dalam rancangannya untuk menggulingkan ayahnya serta mengambil alih. Beg bimbit yang sering dibawanya sepanjang masa mengandungi 26 T2 Gaia Memory yang dibangunkan secara bebas oleh Yayasan X dengan menggunakan data penyelidikan yang dimulakan oleh Fumine Sonozaki sebelum dia meninggalkan sindiket Museum, diberikan kepada seorang lagi ahli lain untuk dihantar ke ibu pejabat mereka.

Jun Kazu dilakonkan oleh Gong Teyu (Jepun: コン・テユ, Hepburn: Kon Teyu).

Katsumi Daido sunting

Katsumi Daido (Jepun: 大道 克己, Hepburn: Daidō Katsumi) merupakan pemimpin misteri NEVER. Dia juga mampu bertukar menjadi Kamen Rider Eternal (Jepun: 仮面ライダーエターナル, Hepburn: Kamen Raidā Etānaru) serta menjadi watak musuh utama dalam Double Forever.

Katsumi Daido dilakonkan oleh Mitsuru Matsuoka (Jepun: 松岡 充, Hepburn: Matsuoka Mitsuru) dari kumpulan SOPHIA.[10]

Maria S. Cranberry sunting

Maria S. Cranberry (Jepun: マリア・S・クランベリー, Hepburn: Maria Esu Kuranberī) merupakan seorang pegawai siasatan jenayah antarabangsa yang datang ke Futo semasa NEVER muncul. Dia membantu Shotaro, sementara Philip terpesona dengan kecantikannya.

Maria S. Cranberry dilakonkan oleh Aya Sugimoto (Jepun: 杉本 彩, Hepburn: Sugimoto Aya).

Rujukan sunting

  1. ^ "吉川晃司が変身!前代未聞のドクロライダー(芸能) ― スポニチ Sponichi Annex ニュース". 2009-10-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-06. Dicapai pada 2009-10-05.
  2. ^ "TV Asahi's page on the Futo-kun Bicycle". Dicapai pada 2010-03-13.
  3. ^ "ナタリー - AKB48板野&河西「仮面ライダーW」に準レギュラー出演". 2009-10-10. Dicapai pada 2009-10-11.
  4. ^ "TV Asahi's page on the Terror Dopant". Dicapai pada 2010-06-20.
  5. ^ "TV Asahi's page on the Taboo Dopant". Dicapai pada 2010-06-20.
  6. ^ "TV Asahi's page on the R Nasca Dopant". Dicapai pada 2010-06-20.
  7. ^ "TV Asahi's page on the ClayDoll Dopant". Dicapai pada 2010-06-20.
  8. ^ "TV Asahi's page on ClayDoll Xtreme". Dicapai pada 2010-06-26.
  9. ^ "TV Asahi's page on the Weather Dopant". Dicapai pada 2010-03-20.
  10. ^ "「ソフィア」松岡充が"最凶"ライダーに変身(芸能) ― スポニチ Sponichi Annex ニュース". 2010-05-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-30. Dicapai pada 2010-05-27.

Lihat juga sunting