Senarai watak siri filem The Fast and the Furious

rencana senarai Wikimedia

Berikut merupakan senarai watak utama dalam siri filem The Fast and the Furious, yang terdiri daripada The Fast and the Furious (2001), 2 Fast 2 Furious (2003), The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006) dan Fast and Furious (2009).

Templat:Spoiler

Watak utama sunting

Brian O'Conner sunting

Brian O'Conner (pelakon: Paul Walker[1]), juga dikenali dengan nama samaran "Bullet", merupakan seorang bekas pegawai polis yang juga merupakan seorang pelumba haram terkenal dan seterusnya menjadi seorang ejen FBI. Dia dilucutkan jawatan sebagai pegawai polis selepas tamat jalan cerita The Fast and the Furious kerana melepaskan Dominic Toretto yang menjadi suspek utama kes rampasan lori kontena. Untuk membersihkan rekodnya daripada kesalahan bersubahat, dia diberi tawaran bekerjasama dengan pihak FBI untuk menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Miami yang diketuai Carter Verone dalam filem ''2 Fast 2 Furious. Kejayaan operasi tersebut menyebabkan Brian ditawarkan bekerja sebagai seorang ejen FBI. Dalam filem Fast and Furious, dia memburu dalang sindiket penyeludupan dadah merentasi sempadan AS-Mexico yang diketuai Arturo Braga.

Penampilan:

Dominic Toretto sunting

Dominic Toretto (pelakon: Vin Diesel[2]) merupakan watak anti-wira bagi siri filem ini. Dia merupakan seorang pelumba haram yang sangat handal serta seorang mekanik. Bapanya merupakan seorang pelumba profesional handalan yang mati akibat kemalangan semasa perlumbaan. Selain itu, dia juga turut terlibat dalam kegiatan samun dan rampasan lori. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Mia yang menjadi teman lelaki Brian. Dalam filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift, dia hanya muncul seketika semasa penamat filem tersebut dengan mengaku sebagai sahabat Han ketika mencabar Sean Boswell berlumba dengannya.

Penampilan:

Leticia "Letty" Ortiz sunting

Leticia Ortiz (pelakon: Michelle Rodriguez), juga dikenali sebagai "Letty", merupakan seorang pelumba haram, mekanik serta teman wanita Dominic Toretto. Dia sering membantu Dom melakukan rampasan lori semasa filem pertama dan ketiga. Dalam filem Fast and Furious pula, dia terselamat daripada maut semasa merampas lori minyak sebelum ia terbalik tetapi Letty maut setelah dibunuh oleh Fenix selepas keretanya terbabas dalam satu perlumbaan haram akibat dilanggar Fenix.

Penampilan:

Mia Toretto sunting

Mia Toretto (pelakon: Jordana Brewster) merupakan adik perempuan Dominic Toretto serta kekasih Brian O'Conner. Dalam filem pertama, Mia tidak terlibat langsung dalam segala kegiatan abangnya tetapi tidak bersetuju dengan kegiatan abangnya itu.

Dalam filem Fast and Furious pula, Mia tidak banyak memainkan peranan dengan hanya bekerja memberi maklumat kepada Brian yang kini seorang ejen FBI.

Penampilan:

Luke Hobbs sunting

Han Lue sunting

Han Lue (pelakon: Sung Kang) merupakan pelumba haram yang pernah bekerja dengan Dominic Toretto sebelum berpindah ke Tokyo dan menjadi rakan niaga kepada Takashi (DK). Dia terkorban setelah kereta Mazda RX-7nya meletup selepas berlanggar dengan sebuah Mercedes-Benz S-Class semasa cuba melarikan diri daripada DK.

Watak Han Lue sebenarnya berasal daripada filem Better Luck Tomorrow yang juga merupakan filem arahan Justin Lin.

Penampilan:

Sean Boswell sunting

Sean Boswell (pelakon: Lucas Black[3][4]) merupakan seorang remaja yang dihantar berpindah ke Tokyo untuk mengelakkan daripada menjadi tahanan juvana akibat sering ditangkap berlumba haram.

Penampilan:

Roman Pearce sunting

Roman Pearce (pelakon: Tyrese Gibson) merupakan rakan sepermainan Brian O'Conner semasa zaman kanak-kanak. Mereka membesar bersama-sama serta sering melakukan banyak perkara bersama-sama. Namun demikian, hubungan mereka renggang selepas dua bulan Brian tamat pengajian di Akademi Polis apabila Roman ditangkap kerana dakwaan memiliki lapan kereta curi dan dia sering menyalahkan Brian atas kejadian tersebut hanya kerana Brian seorang polis, padahal Brian langsung tidak tahu-menahu mengenai kejadian tersebut. Hubungan mereka pulih semula apabila kedua-duanya diminta bekerjasama dengan FBI untuk menumpaskan sindiket dadah di Miami yang diketuai Carter Verone.

Penampilan:

Tej Parker sunting

Gisele sunting

Watak musuh sunting

Johnny Tran sunting

Johnny Tran (pelakon: Rick Yune) merupakan ketua kumpulan pelumba haram yang bermusuh dengan kumpulan Dominic Toretto serta turut terlibat dalam kes jenayah terancang. Pada awal filem pertama, dia meletupkan kereta Brian O'Conner dengan mesingan. Lama kemudian selepas Brian dan Dom menyelinap masuk ke dalam bengkel Tran, mereka mendapati dia menyimpan berkotak-kotak barang di dalam bengkel tersebut, yang membawa kepada serbuan pasukan SWAT ke rumah Tran - dan dia hanya didapati melakukan kesalahan kecil yang melibatkan pemilikan senjata api. Semasa acara Race Wars, Tran berlumba dengan Jesse bagi pertaruhan geran kereta. Selepas menewaskan Jesse, Tran menuduh Dom sengaja menghantar pasukan SWAT ke rumahnya bagi memalukannya (tetapi tidak sedar orang yang sebenarnya bertanggungjawab adalah Brian). Dom yang marah dengan tuduhan melulu Tran cuba menyerangnya dan mereka mula bergaduh tetapi dileraikan orang ramai. Seterusnya, Tran dan orang kanannya datang ke rumah Dom dan melepaskan tembakan secara membuta-tuli yang mengenai Jesse. Jesse akhirnya mati ditembak oleh Brian.

Penampilan:

Carter Verone sunting

Carter Verone (pelakon: Cole Hauser) merupakan ketua sindiket pengedaran dadah di Miami. Apabila dia mengatakan bahawa dia memerlukan pemandu untuk menghantar "bungkusan", FBI mengambil keputusan menghantar Brian O'Conner dan Roman Pearce untuk menyamar sebagai pelumba haram supaya dapat mengukuhkan bukti kegiatan haram Carter. Walau bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk membunuh Brian dan Roman selepas mereka menghantar "bungkusannya"; maka, Brian dan Roman membuat satu rancangan bagi menangkap Carter. Mereka berjaya menangkap pengedar dadah tersebut selepas mereka melakukan lagak ngeri dengan meluncurkan kereta mereka ke bot Carter. Carter berjaya ditangkap, namun mereka membuat andaian dia akan kembali semula selepas tempoh hukumannya tamat.

Penampilan:

Takeshi (DK - Drift King) sunting

Takeshi (pelakon: Brian Tee), juga dikenali sebagai DK (Drift King) merupakan musuh utama dalam filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Dia merupakan rakan niaga kepada Han Lue serta merupakan anak saudara kepada Kamata, seorang ketua kumpulan yakuza. Dia nekad mahu membunuh Han setelah dia mendapat tahu Han cuba melakukan perniagaan lain di belakangnya untuk mengelak daripada membayar sebahagian hasil kepada Kamata.

Penampilan:

Ramon Campos/Arturo Braga sunting

Arturo Braga (pelakon: John Ortiz) merupakan penyeludup dadah serta musuh utama filem Fast and Furious. Braga menyamar sebagai Ramon Campos untuk merekrut pemandu dari kalangan pelumba haram bagi membantu penghantaran dadah keluar masuk Los Angeles. Kedua-dua Dominic dan Brian membuat spekulasi bahawa Braga boleh jadi sama ada Campos ataupun Fenix. Selepas satu operasi mengejut yang dirancang oleh Brian, barulah mereka mengetahui bahawa Campos itulah Arturo Braga yang sebenar.

Walaupun dia merupakan watak jahat utama, jalan cerita lebih banyak tertumpu kepada Letty, yang membawa kepada tumpuan jalan cerita kepada orang kanan Braga yang bernama Fenix Rise. Seperti Carter Verone, Braga masih hidup dan sekadar dikenakan hukuman penjara.

Penampilan:

Fenix Rise sunting

Fenix Rise (pelakon: Laz Alonso) merupakan orang kanan Braga yang mempunyai tahap kejahatan yang hampir sama dengannya. Dia bertanggungjawab atas pembunuhan Letty, menyebabkannya menjadi buruan utama Dominic Toretto. Fenix kemudian dilanggar oleh kereta Chevrolet Camaro model tahun 1972 yang dipandu oleh Toretto.

Penampilan:

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.ruinedendings.com/film459plot
  2. ^ http://www.tribute.ca/movies/The+Fast+And+The+Furious/2275
  3. ^ http://www.imdb.com/title/tt0463985/plotsummary
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-07. Dicapai pada 2009-06-17.