Senario Asam Garam
Senario Asam Garam ialah sebuah filem drama komedi arahan pengarah, Hatta Azad Khan yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 9 September 2010. Filem yang dibintangi Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, dan Zaibo ini menunjukkan kehidupan manusia yang saling dengki-mendengki antara satu sama lain.
Senario Asam garam | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Hatta Azad Khan |
Penerbit | David Teo |
Dibintangi oleh | Azlee Jaafar Mazlan Pet Pet Zaibo Julia Hana |
Syarikat penerbitan | |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
PlotSunting
Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa dan pejabat Pak Adam. Akan tetapi, usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati akan Pak Adam kerana Pak Adam ialah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga dengan membuka warung kopi bersama anaknya Talitha (17 tahun). Pergaduhan mereka bertambah hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar tawaran. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan tawaran Pak Adam.
Pak Adam ialah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana mutu kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan menculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam agar memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mereka mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adamyang telah mendapat tahu hal tersebut berusaha sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gajetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarikat mereka dan terlibat dalam rasuah. Pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.
PelakonSunting
- Mazlan Pet Pet sebagai Garam
- Zaibo sebagai Asam
- Julia Hana sebagai Cik Hawa
- Azlee Jaafar sebagai Pak Adam
- Shafimie Saedon sebagai Amin
- Nadia Mustafar sebagai Odah
- Syanie sebagai Cik Dewi
- Angeline Tan sebagai Nyonya Wee
- Adeline Tsen sebagai Yah
- Sathiya sebagai Tam
TriviaSunting
- Kali pertama Wahid tidak membuat kemunculan dalam filem Senario
- Filem ini mengulang mekanisme 2 persaingan perniagaan sama seperti dalam Lagi Lagi Senario yang mendapat kutipan pecah panggung dengan Azlee dan Mazlan bermusuh.