Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys ialah sebuah filem komedi Malaysia 2009 arahan Dr. Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 19 November 2009. Filem yang dibintangi Kumpulan Senario, Marsha Milan Londoh, Mek Siti, Maria Farida dan Datuk Jamali Shadat ini meneruskan kesinambungan filem-filem Senario yang mendapat kutipan box-office seperti filem Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Lang Buana, Senario XX, Senario Pemburu Emas Yamashita, Senario The Movie - Episod 1.
Senario The Movie Episod 2: Beach Boys | |
---|---|
Pengarah | Dr. Ahmad Idham |
Lakon layar | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Sinematografi | Raja Mukhriz |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.70 juta[1] |
Pecah panggung | RM 3.09 juta[1] |
Sinopsis
suntingDalam Senario The Movie Episode 1, Azli, Wahid, dan Mazlan merupakan tiga sekawan yang sangat rapat dan di akhir cerita mereka bekerja di Zoo Negara. Setelah bosan 3 bulan bekerja, mereka merancang untuk pergi bercuti. Setelah meneliti pelbagai destinasi percutian di dalam internet, mereka sepakat memilih Teluk Dalam Resort sebagai destinasi pilihan. Melalui gambar dan info-info yang diberi, Teluk Dalam Resort merupakan destinasi percutian tepi pantai yang amat menarik. Oleh itu, mereka mulai memohon cuti selama 2 minggu untuk bercuti.[2] Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Teluk Dalam Resort, mereka bertiga terperanjat apabila mendapati bahawa Teluk Dalam Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dahulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Teluk Dalam Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri. Azli, Wahid, dan Mazlan mulai berbincang untuk memajukan kembali Teluk Dalam Resort dengan syarat En Mansor membenarkan mereka tinggal disitu selama 2 minggu secara percuma. Setelah mencapai persetujuan, mereka pun giat memulakan operasi untuk memajukan resort tersebut sehinggalah resort tersebut berubah wajah menjadi lebih menarik. Pelbagai aktiviti dirancang tetapi resort tersebut tetap tidak dapat meraih perhatian pengunjung. Mereka tiga sekawan mulai berputus asa dan berhasrat untuk keluar daripada resort itu. Pagi esoknya, ketika mereka bertiga bersiap untuk keluar dari resort itu, mereka ternampak Remy keluar dari pejabat En Mansor dan beliau mengatakan masalah mereka telah selesai kerana Remy akan membantunya semula memajukan semula resortnya, tetapi Mazlan tiba-tiba teringat yang mereka pernah di dalam satu lokap bersama Remy dahulu kerana cubaannya menipu seorang datin. Remy berasa amat marah apabila cubaannya menipu En Mansor gagal dan mengarahkan pembantunya Jonny menculik Qasidah. Ketika Azli, Mazlan dan Wahid mahu pulang, tiba-tiba seorang penduduk melaporkan bahawa beliau ternampak Remy menculik Qasidah.Mereka bertiga (termasuk Hamidah dan Zuraidah) mengejar hingga ke Jeti Sungai Pinang Kechil. Mereka meminjam sebuah bot nelayan lalu sampai ke sebuah pulau yang dinamakan Pulau Tengkorak. Azli, Wahid dan Mazlan menyamar sebagai orang asli pulau itu dan menyelamatkan Qasidah. Namun begitu, Remy dan orang- orang bawahannya berjaya mengepung mereka. Tetapi, anggota Polis Marin telah mengepung tempat persembunyiannya dan kemudian menangkap Remy dan konco-konconya. Selepas penangkapan tersebut, En. Mansor menyatakan hasratnya untuk menyatukan Azli dan Qasidah. Belum sempat En.Mansor menghabiskan ayatnya,Azli telahpun menerima hasrat En. Mansor tersebut. Wahid pula digabungkan dengan Hamidah manakala Mazlan pula digandingkan dengan Zuraidah.
Pelakon
sunting- Lan Pet Pet sebagai Mazlan
- Azlee Jaafar sebagai Azlee
- Wahid Senario sebagai Wahid
- Marsha Milan Londoh sebagai Zuraidah
- Mek Siti sebagai Hamidah
- Maria Farida sebagai Qasidah
- Datuk Jamali Shadat sebagai En. Mansor
- Riezman Khuzaimi sebagai Remy
- Munir Phyne Ballerz sebagai Johnny
- Dr. Ahmad Idham sebagai Abang Qasidah
- Adeline Tsen sebagai Perempuan Lemas
Rujukan
sunting- ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2009, Finas. Diambil pada 10 Januari 2011.
- ^ http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2009.6044.senariomovie2.11367