Tahāfut At-Tahāfut

(Dilencongkan dari Sengkarut Sengkarut)

Tahāfut At-Tahāfut (Arab: تهافت التهافت, "Sengkarut Sengkarut") ialah sebuah maharakya falsafah dikarang Ibnu Rusyd (m. 1126–1198), seorang polimates dan ahli falsafah Islam dari Al-Andalus,[1] yang merupakan hujah beliau untuk membela penggunaan falsafah Aristoteles dalam falsafah Islam. Ia ditulis dalam bentuk dialog yang menyanggah dakwaan Al-Ghazali dalam Tahāfut Al-Falāsifah yang dikarang mengkritik falsafah Neo-Plato.

Tugu Ibnu Rusyd, pengarang Tahāfut Al-Tahāfut di Cordoba, Sepanyol.

Ia dikarang dalam bahasa Arab sebelum kemudiannya diterjemahkan ke pelbagai bahasa lain. Kitab ini dianggap sebagai karya penting Ibnu Rusyd yang cuba membuahkan harmoni antara hal keimanan dan bidang falsafah.

Latar belakang sunting

Dalam karya ini, Imam Al-Ghazali mendasarkan kepada aliran falsafah agama Asy'ariah untuk menghujah tentang falsafah Ibnu Sina dan mengutuk ahli falsafah seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi. Kitab tersebut menjadi amat popular sehingga mendorong penting kepada pengasasan falsafah Asy'ariyah dalam bidang falsafah dan perbincangan agama. Ia didahului rumusan fahaman Neo-Plato yang berjudul Maqāsid Al-Falāsifah ("Matlamat Ahli Falsafah").

Al-Ghazali menyatakan bahawa seorang individu harus fasih dalam fahaman suatu falsafah sebelum menolak idea-idea mereka. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak mendapati sebarang masalah dalam cabang-cabang falsafah lain seperti fizik, logik, astronomi atau matematik. Satu-satunya perkara yang beliau dapati bermasalah ialah metafisika, yang beliau dakwa para ahli falsafah tidak menggunakan alat yang sama, iaitu logik, seperti sains-sains lain.

Kandungan sunting

Ibnu Rusyd bahas mempertahankan kepercayaan para filsuf Ibnu Sina dan melawan hujah-hujah Al-Ghazali. Ia dikarang dalam bentuk dialog; Ibnu Rusyd petik hujah beliau dan membalasnya. Ibnu Rusyd cuba untuk mencipta keharmonian antara iman dan falsafah, antara idea-idea Aristoteles dan Islam. Beliau juga berkata yang Aristoteles itu benar dan kalam Al-Quran juga benar. Berikut ialah senarai hujah perbincangan Tahāfut At-Tahāfut:

  1. Perihal keabadian alam
  2. Penyangkalan penyataan keabadian alam, masa dan pergerakan
  3. Membuktikan kebingungan mereka dalam penyataan Allah ialah pembuat dan pencipta dunia, dan dunia ialah buatan dan hasil-Nya, serta pembuktian terhadap dakwaan ungkapan-ungkapan ini hanyalah kiasan bukan hakikat
  4. Membuktikan mereka tidak dapat buktikan kewujudan seorang Pencipta alam
  5. Membuktikan bahawa mereka tidak dapat buktikan Allah ialah satu dan kemustahilan ada dua Kewujudan yang wujud tanpa memerlukan sebab
  6. Perihal penafian sifat-sifat Allah
  7. Menyangkal dakwaan mereka bahawa tiada apa yang dapat setanding dengan jenis Yang Awal dan dibezakan dengan suatu perbezaan yang ketara, dan bahawa pengasingan mengikut jenis dan kelas tidak dapat digunakan pada-Nya
  8. Menyangkal penyataan mereka bahawa keciptaan Yang Awal adalah bersifat sederhana tanpa intipati atau intisari
  9. Menyangkal bukti mereka yang mengatakan Yang Awal tidak berjasad
  10. Membuktikan bahawa mereka tidak dapat buktikan yang dunia ini mempunyai Pencipta dan sebab, dan yang sebenarnya mereka harus menerima keabadian
  11. Membuktikan bahawa para filsuf yang percaya Yang Awal tahu ciptaan lain selain diri-Nya dan tahu kesemua jenis dan kelas ciptaan tidak dapat membuktikannya
  12. Kegagalan mereka untuk membuktikan bahawa Allah tahu diri dan zat-Nya serta ciptaan lain
  13. Menyangkal pernyataan mereka bahawa Tuhan tidak arif perkara-perkara berpisah dengan fasa lampau, kini dan kelak
  14. Menyangkal bukti mereka bahawa langit ialah suatu haiwan yang bergerak dalam rondaan menurut perintah Allah
  15. Menyangkal penafian mereka tentang sebab langit bergerak
  16. Menyangkal fahaman mereka bahawa jiwa-jiwa di langit meneliti peristiwa yang berlaku di dunia

Berkenaan sains semula jadi sunting

  1. Menyangkal keperluan mengguna logik dalam perihal sebab dan akibat
  2. Membuktikan kegagalan para filsuf untuk buktikan jiwa ialah suatu intipati rohani yang ada dirinya, yang tidak terpisah mahupun tercantum
  3. Menyangkal bukti para filsuf bahawa jiwa adalah abadi
  4. Perihalan penafian para filsuf akan kebangkitan jasad

Sambutan pengkritik sunting

Tahāfut at-Tahāfut tidak diterima oleh sarjana-sarjana Islam sezaman dengan baik.[perlu rujukan] Pada abad ke-15, seorang sarjana dari Kerajaan Uthmaniyah, Mustafá ibn Yusuf Al-Bursawī (m. 1487, juga dikenali sebagai Khwāja Zāda), menentang keras pandangan Ibnu Rusyd dan mempertahankan pendapat Al-Ghazali.

Di Eropah pula, karya penulisan Ibnu Rusyd diterima dengan elok oleh sarjana-sarjana Nasrani dan Yahudi dan telah menerbitkan aliran falsafah Ibnu Rusyd.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ahmad, Jamil (September 1994), "Ibn Rushd", Al-Mawrid, 4 (9), dicapai pada 8 Disember 2019.

Bacaan lanjut sunting