Seni khat atau kaligrafi Cina (atau Tionghoa) dipraktikan dan dihasilkan dalam kebudayaan Asia Timur yang meliputi Korea, Taiwan, Vietnam, China, dan Jepun. Kaligrafi Cina ditandai dengan orisinalitas dan kekayaan tulisan Cina. Kaligrafi Cina memungkinkan bidang ekspresi artistik yang sangat luas.

Khat Cina dikaryakan Yawen Hsu (徐雅雯), tahun 2004.

Seni ini dianggap antara empat yang paling utama dalam kalangan ilmuwan Cina zaman dahulu selain muzik dan wéiqí; malah ia turut mengilham pelbagai jenis seni dalam tamadun tersebut

Seorang penulis menulis khat Cina di atas kertas.

Jenis sunting

Berikut merupakan contoh gaya menulis aksara 馬 / 马 ("kuda") sepanjang perkembangan penulisan ini:

Bahan yang diperlukan sunting

 
Kelengkapan untuk menulis khat Cina.

Terdapat empat bahan penting yang diperlukan dalam seni khat ini iaitu:

  • kertas (紙, zhǐ) - sebarang kertas moden boleh dipakai, namun ada sesetengah penggiat yang lebih memilih kertas khusus (seperti kertas jenis Xuan dihasilkan daripada pokok-pokok elm Anhui). Kertas adakalanya perlu diletakkan bersama pemberat dan suatu lapik baldu khas (畫氈, huàzhān).
  • dakwat (墨, ) - jelaga dicampurkan dengan bahan melekit sebagai bahan pengikat sebelum dikumpulkan dalam bentuk ketulan atau batang kecil.
  • batu dakwat (硯, yàn) - sejenis batu berupa lesung untuk mengisar kepingan dakwat kering ini menjadi bentuk serbuk yang boleh dilarutkan dengan air sebelum digunakan.
  • berus dakwat (筆, ) - berus khusus untuk menyerap dakwat tulis yang dicairkan. Badan lazim diperbuat daripada buluh sementara bulunya diperbuat daripada bulu kambing atau arnab.

Keempat-empat barang ini sekaligus diberi jolokan wén fáng sì bǎo (文房四宝) yang bermaksud "Empat Permata Bilik Darjah".

Pena moden juga digunakan untuk melatih menulis aksara Cina.

Sumber sunting

Rujukan sunting

Internal
Buku
  • Daniels O, Dictionary of Japanese (Sōsho) Writing Forms, Lunde Humphries, 1944 (reprinted 1947)
  • Deng Sanmu 鄧散木, Shufa Xuexi Bidu 書法學習必讀. Hong Kong Taiping Book Department Publishing 香港太平書局出版: Hong Kong, 1978.
  • Qiu Xigui, Chinese Writing, Early China Special Monograph Series No. 4. Berkeley: The Society for the Study of Early China and the Institute of East Asian Studies, University of California, Berkeley, 2000. ISBN 1-55729-071-7.
  • Ouyang, Zhongshi & Fong, Wen C., Eds, Chinese Calligraphy, Yale University Press, New Haven, 2008. ISBN 978-0-300-12107-0
  • Burckhardt, O. “The Rhythm of the Brush” Quadrant, Vol 53, No 6, (June 2009) pp. 124–126. A review-essay that explores the motion of the brush as the hallmark of Chinese calligraphy.
  • Emmanuelle Lesbre, Jianlong Liu: La Peinture Chinoise. Hazan, Paris, 2005, ISBN 978-2-85025-922-7.
  • Stanley-Baker, Joan (2010/05), Ink Painting Today (PDF), 10, Centered on Taipei, m/s. 8–11, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-17, dicapai pada 2020-05-04 Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  • Stanley-Baker, Joan (2010/06), Ink Painting Today (PDF), 10, Centered on Taipei, m/s. 18–21, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-21, dicapai pada 2020-05-04 Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  • Lu, W; Aiken, M (2004), "Origins and evolution of Chinese writing systems and preliminary counting relationships", Accounting History, 9, m/s. 25–51

Pautan luar sunting