Seni reka perindustrian

Rekabentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian. Ianya ciri yang ada pada barang siap dan merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.

Rekabentuk perindustrian di Malaysia

sunting

Di Malaysia, rekabentuk perindustrian dilindungi di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan Peraturan-peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999. Akta ini memberikan hak perlindungan kepada reka bentuk perindustrian kepada reka bentuk perindustrian berdaftar sebagai harta persendirian yang boleh dibuat melalui penyerah hak.

Rujukan

sunting
  • Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia, MyIPO, 2008
  • Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia, MyIPO, 2008