Isnin

hari kedua dalam seminggu, selepas hari Ahad
(Dilencongkan dari Senin)

Hari Isnin (bahasa Inggeris: Monday) merupakan hari kedua dalam seminggu terletak antara Ahad dan Selasa.

Perkataan "Isnin" itu berasal daripada Bahasa Arab iaitu يوم الاثنينyawm al-ithnayn yang bermakna "hari kedua", yakni hari kedua dalam seminggu selepas hari Ahad.

Kepentingan sunting

Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama.

Penganut agama Kristian biasanya menyambut perayaan Paskah (Easter) selama dua hari, iaitu pada hari Ahad dan Isnin (Isnin Easter).