Senjakala (filem)
Senjakala ialah sebuah filem seram Malaysia 2011 yang dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay sebagai pelakon utamanya. Filem ini merupakan filem ketiga terbitan Excellent Pictures edaran MIG Production dan ditayang bermula 14 April 2011.
Senjakala | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | Ahmad Idham |
Dibintangi | |
Sinematografi | Raja Mukhriz |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 14 April 2011 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.51 juta[1] |
Pecah panggung | RM 1.10 juta |
Sinopsis
suntingKhalisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khalisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Khalisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Khalisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama.
Mereka pergi semula rumah kampung keluarga khalisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut. Di kampung itu juga, Khalisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.
Khalisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.
Berjayakah saka itu dipindahkan dan dapat kah diputuskan perjanjian itu.
Pelakon
sunting- Zahiril Adzim sebagai Arman
- Liyana Jasmay sebagai Khalisa
- Faezah Elai sebagai Isabella
- Ruminah Sidek sebagai Opah Maimun
- Roslan Saleh sebagai Tuan Salleh
- Aida Aris sebagai Mazidah
- Erin Malek sebagai Intan
- Den Wahab sebagai Ayah Intan
- Abu Bakar Juah sebagai Tok Penghulu
- Eizlan Yusof sebagai Shapie
- Sahronizam Noor sebagai Ustaz Zailan
- Azlan Komeng sebagai Kamal
- Zed Zaidi sebagai Jehan
- Nuremy Ramli sebagai Harlina
- Kamal Adli sebagai Abang Intan
- Anith Aqilah sebagai Wanita Dukung Anak
Rujukan
sunting- ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
Pautan luar
sunting- Senjakala Diarkibkan 2012-01-19 di Wayback Machine di SinemaMalaysia.