Tiga elemen chakra yang digunakan untuk Ilmu Pendeta atau Senjutsu

Dalam Naruto, Senjutsu (仙術, Teknik Pendeta) merujuk kepada penggunaan jutsu secara khusus yang membenarkan pengunanya mengesan dan mengumpulkan tenaga semulajadi yang terdapat di sekeliling mereka. Pengamal kemudiannya boleh menggunakan tenaga semulajadi tersebut dan mencampurkannya dengan tenaga mereka sendiri (chakura yang dihasilkan oleh tenaga fizikal dan tenaga spiritual) yang mana ianya akan menghasilkan sejenis chakura baru yang dipanggil "chakura senjutsu" (仙術チャクラ, chakura pendeta).

Chakura baru ini membolehkan penggunanya untuk melancar satu keadaan berkuasa yang dipanggil Mod Pendeta, yang mana ianya akan meningkatkan kekuatan semua teknik ninjutsu, genjutsu dan taijutsu penggunanya secara drastik. Seseorang yang mampu menggunakan senjutsu dipanggil Pendeta (仙人, sennin). Teknik ini berasal hanya dari pergunungan Myobukuzan, kerana hanya Shima, Fukasaku, Jiraiya dan Naruto Uzumaki sahaja pernah menggunakannya. Gamakichi dan Gamatatsu juga dilihat memiliki kebiasaan dengan teknik ini.

PengunaanSunting

Hanya mereka yang memiliki kapasiti chakra berperingkat-tinggi yang banyak mampu menggunakan senjutsu. Pengguna dikehendaki mengimbangi tenaga fizikal dan tenaga spiritual dengan tenaga semulajadi yang dikumpulkan daripada alam semulajadi. Jika pengguna menggunakan terlalu sedikit tenaga semulajadi apabila cuba menggunakan senjutsu, teknik tersebut tidak akan berjaya dilakukan. Jika pengguna menggunakan terlalu banyak tenaga semulajadi, pengguna akan mula bertukar rupa kepada bentuk katak. Tambahan pula, pengguna perlu berada dalam keadaan statik untuk bersatu dengan semulajadi.

Sejenis tongkat khas digunakan untuk mengucar-kacirkan tenaga semulajadi apabila penggunanya mula berubah bentuk kepada katak. Adalah terlalu bahaya untuk mempelajari cara mengumpulkan tenaga semulajadi tanpa tongkat tersebut kerana sehingga kini masih tiada kaedah yang mampu membalikkan kesan perubahan tersebut dan seterusnya pengguna tersebut akan berubah kepada patung katak selama-lamanya.

Mod PendetaSunting

Rencana utama: Mod Pendeta
Fail:Latihan sennin naruto.PNG
Naruto mengimbangi badan untuk menguasai Senjutsu di Myobokuzan

Jiraiya mengalami sedikit masalah apabila menggunakan Mod Pendeta, ini adalah kerana berlaku sedikit perubahan fizikal ke atas dirinya. Perubahan besar berlaku kepada bahagian hidung dan matanya kepada seakan-akan seekor katak (berkemungkinan bahagian mata boleh dikecualikan kerana menurut Fukasaku perubahan kepada bahagian mata adalah tanda-tanda penting perubahan kepada seorang pendeta). Jiraiya juga turut memiliki janggut seperti Fukasaku dan bahagian jari-jemarinya mempunyai selaput renang seperti katak. Keadaan ini meyebabkan Jiraiya tidak menyukai Mod Pendeta kerana pada anggapannya, perubahan wajahnya yang sedemikian akan mengakibatkan wanita menjauhinya.

Bagaimanapun, Naruto yang baru mempelajari senjutsu, memiliki mata yang mempunyai lingkaran berwarna merah dan anak mata kecil berbentuk melintang berwarna keemasan, menunjukkan bahawa kejayaanya menguasai bentuk sempurna seorang sennin. Penguasaan Naruto dalam senjutsu berkemungkinan kerana dia memiliki pengalaman berada dalam bentuk "Mod Jinchuriki". Naruto mampu menggunakan chakra semulajadi miliknya dengan berkesan dan ini ditunjukkan apabila dia mampu mengangkat patung katak gergasi dengan menggunakan tenaga semulajadi yang dikumpulnya.

Sebelum Naruto mampu menggunakan tenaga semulajadi dengan betul dan berkesan, Naruto terpaksa menggunakan minyak katak yang membolehkan dia mengesan chakra semulajadi untuk dimasukkan ke badannya. Bagaimanapun, minyak tersebut mesti wujud dalam bentuk cecair di persekitaran Myobokuzan kerana apabila minyak tersebut digunakan di luar, ianya akan mudah mengewap. Jiraiya dapat menggunakan chakra semulajadi secara berterusan dengan mendapat bantuan daripada Fukasaku dan Shima yang bercantum dibahunya tanpa sedikit pergerakan atau berada dalam keadaan statik (pergerakan hanya dilakukan oleh Jiraiya) apabila Jiraiya bertarung. Namun begitu, lain pula halnya bagi Naruto kerana kuasa Kyubi di dalam tubuhnya menghalang percantuman tersebut daripada berlaku.

Bagi memperbaiki kelemahan ini, Naruto telah menggunakan teknik klonnya bagi tujuan tersebut. Naruto telah menghasilkan dan meninggalkan dua klonnya di Myobokuzan bagi tujuan mengumpulkan tenaga semulajadi dan apabila Naruto kehabisan tenaga semulajadinya, dia akan membatalkan salah satu klon tersebut; dengan cara sedemikian, ia membolehkan Naruto "mengambil alih" tenaga semulajadi yang dimiliki oleh klon tersebut. Bagaimanapun, penggunaan teknik berperingkat tinggi mampu menghauskan tenaga semulajadi dengan kadar yang segera. Ini dapat dibuktikan apabila Naruto kembali kepada bentuk biasa dengan segera setelah menggunakan teknik Rasenshuriken ke atas Ningendō Pain (Human Path) dan Rasenrengan ke atas Chikushōdō Pain (Animal Path) yang kedua.

Lihat jugaSunting