Tan Sri Dato' Senu bin Abdul Rahman (10 Oktober 1919 – 16 Jun 1995) merupakan ahli politik Barisan Nasional/ UMNO di Malaysia. Beliau pernah menjadi guru, Setiausaha Agung UMNO pertama (1969), menjadi Duta Malaya yang pertama ke Indonesia dan Duta Besar Malaya yang pertama ke Jerman dan juga Menteri Penerangan Malaysia.[1][2] Beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1966 hingga 1968.


Senu Abdul Rahman

PMN; DJMK (Kelantan); PGDK (Sabah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Kedah, Kedah
Dalam jawatan
1973–1982
Didahului olehTunku Abdul Rahman
Digantikan olehMohammad Abu Bakar Rautin Ibrahim
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
1966–1969
Didahului olehTunku Abdul Rahman
Digantikan olehHamzah Abu Samah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kubang Pasu Barat, Kedah
Dalam jawatan
1964–1969
Didahului olehAzahari Ibrahim
Digantikan olehAbu Bakar Umar
Butiran peribadi
Lahir(1919-10-10)10 Oktober 1919
Kedah Jitra, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 Jun 1995(1995-06-16) (umur 75)
Ampang, Selangor, Malaysia
Parti politikUMNO
PasanganPuan Sri Fatimah Abdullah
Anak-anak8
IbuHamidah Saad
BapaAbdul Rahman Tahir
Alma materUniversity of California
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Keluarga sunting

Bapanya, Abdul Rahman bin Tahir walaupun berasal dari keluarga miskin, dengan usaha gigihnya akhirnya beliau memiliki beberapa rumah rumah untuk disewakan dan beberapa kedai kopi kecil di sekitar Alor Star. Ibu beliau bernama Hamidah binti Saad. Kedua ibu bapa beliau berasal dari Seberang Prai (Province Wellesley), Penang[3] Beliau bernikah dengan Puan Sri Fatimah Abdullah pada bulan Februari 1939. Mereka mempunyai enam anak perempuan iaitu Normi, Toh Puan Norma, Norishah, Norsita, Noryati dan Normala dan dua anak lelaki, Azam dan Fatah. Beliau juga mempunyai enam belas cucu: Sufi Yusoff,Nurazwani Hamidi, Shahril Hamidi, Amir Hamidi, Aina Zahida Abdul Kadir, Idi Nasran Abdul Kadir, Maya Fitri Abdul Kadir, Aishah Parkes, Farah Parkes, Omar Parkes, Sofia Parkes, Zara Azam, Gadis Fatah Hidayat, Girlina Fatah Hidayat, Chika Fatah Hidayat, Dara Alia Fatah Hidayat. Cucu Tan Sri Senu, Sufi Yusoff turut menjadi Setiausaha Politik, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad (2002).

Rakan Karib sunting

Sebagai rakan lama, Senu meraikan ulang tahun kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-80 di rumah mereka di Taman TAR, Ampang.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra (1927), Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1937) dan jurusan Sains Politik di Universiti of California, Los Angeles (UCLA)(1948) dan Ijazah Sarjana Sastera (Sains Politik) (1954).[4]

Kerjaya sunting

Beliau menjadi Guru di Sekolah Sungai Korok Tinggi, Alor Star (1939-1941) dengan gaji permulaan RM17.00 sebulan. Beliau berhenti menjadi guru selepas itu. Kemudian menjadi Pegawai di Jabatan Pelajaran Alor Setar (1942-1944) di bawah pentadbiran tentera Thailand semasa Perang Dunia II. Orang yang membantunya mendapatkan pekerjaan itu ialah Tunku Abdul Rahman. Dengan bantuan Mohamed Khir Johari, mereka membentuk kumpulan drama dan mementaskan drama 'Aku Berdosa' dan 'Salah Pedoman' di Alor Setar. Salah seorang pelakonnya ialah Monte Zain (Mohammed Zain Tajuddin). Ketika inilah seberkas ditubuhkan.

Seterusnya menjadi pegawai Kedutaan Indonesia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1954). Beliau menjadi Duta Malaysia yang pertama ke Indonesia selama 4 tahun (1957-1962), Duta Malaysia pertama ke Jerman selama 2 tahun (1962-1964), Pengarah Pilihanraya Parti Perikatan (1964) dan Menteri Penerangan dan Penyiaran yang pertama (1964). Pada 1964, beliau kembali ke Tanah Melayu menjadi Pengarah Pilihan raya 1964 dan bertanding di Kubang Pasu Barat.[4]

Maktab Perguruan sunting

Senu Abdul Rahman belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pada 4 Mac 1939 perarakan 400 pelajar mengelilingi maktab itu sempena Hari Pertabalan Sultan (?). Shaharom Husain dalam buku 'Memoir Shaharom Husain' (1996)[5] menceritakan Senu Abdul Rahman telah memberi syarahan politik tanpa kebenaran pengetua maktab. Senu dituduh memasukkan politik dan cuba mengheret penuntut ke dalam kancah politik.

Senu Abdul Rahman bekerja sebagai guru di Kedah dan menjadi setiausaha sebuah parti politik Melayu, SABERKAS. Presiden Pekembar (UMNO), Dato’ Onn Jaafar menjemput beliau merangka dan menggubal undang-undang bagi sebuah Malaya merdeka menyebabkan Senu merasa dirinya sebagai seorang guru Melayu tidak layak, kerana tidak tahu bahasa Inggeris dan tidak mempunyai kelayakan akademik. Guru bahasa Inggeris Mohammed Zain Tajuddin (Monte Zain) dari Alor Setar menasihati beliau belayar dan belajar di Amerika Syarikat. Senu menghilangkan diri selama tujuh tahun , menjadi kelasi kapal Australia (membawa kambing biri-biri) untuk menuntut di Universiti California.[6] [4] Pada 28 Februari 1948, beliau meninggalkan isteri dan tiga anak perempuannya, yang sulung berusia 6 tahun. Hari itu, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union.

Beliau menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat pada 1949 untuk sambung pengajiannya di sana bagi menumbangkan Malayan Union. Senu bermalam di rumah Shaharom Husain dan menyatakan hasratnya pergi ke Amerika. [7] Beliau menghilangkan diri selama tujuh tahun ke sana. Wartawan Utusan, Zainuddin Maidin dalam buku 'Hari Itu Sudah Berlalu' [8]menceritakan Senu bertemu dengan Syed Kechik Syed Mohamed ketika berada di California. Mohammed Zain Tajuddin (Monte Zain) dalam bukunya 'Out of Malaya' (1996)[9] juga menceritakan pengalaman mereka, Tan Sri Khalid Abdullah ketika berada di California. Tan Sri Khalid merupakan bekas Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu dan mereka dari Kedah belaka.

Senu bekerja sebagai pelayan di Saint Germain Restaurant di Vermont Streets yang dimiliki oleh Roger dan Louise Simoncelli dari Itali. Senu menggunakan nama 'Ramon Senu' dan belajar bahasa Inggeris di American School, Los Angeles. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti of California, Los Angeles dalam jurusan Sains Politik dan minor Ekonomi dan bergraduat pada 20 Jun 1954. Semasa menghilangkan diri, ramai yang percaya dia pergi ke Moscow, Russia tetapi sebenarnya beliau berada di Los Angeles, Amerika, melanjutkan pelajaran sambil bekerja di restoran Itali sebelah malam.

Selepas habis belajar, beliau pergi ke New York dan bekerja di kilang anak patung. Kemudian bertemu dengan Dr Sudjarwo, yang kemudian menjadi Ketua Delegasi Indonesia ke PBB. Dr Sudjarwo menawarkan jawatan kerani sementara selama 4 bulan. Dia pergi ke Konsulat British di New York untuk mendapatkan pasport kerana mahu pergi ke London. Encik Osman yang menjadi Pesuruhjaya di London mencadangkan beliau menjadi pensyarah di London School of Oriental Studies, London. Beliau kembali ke tanahair dengan mendapat pekerjaan sebagai Pegawai (Officer) di atas kapal Blue Funnel Ocean Steam Ship Company. Beliau tidak pernah menjadi pegawai tentera atau tentera laut sewaktu belajar di Los Angeles, Amerika.

Tetapi Khir Johari yang menjadi Setiausaha Agung UMNO mencadangkan beliau pulang segera kerana Pilihan raya 1955 akan diadakan dan boleh membantu kempen. Beliau tiba di Tanah Melayu pada Mei 1955. Beliau berada di luar negara selama 7 tahun, 7 bulan dan 7 hari.

Pilihan raya 1955 memerlukan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang 52 kerusi supaya dapat merubah pemikiran British dan menunaikan kemerdekaan pada 1957.

Menubuhkan SABERKAS sunting

Beliau menubuhkan SABERKAS bersama-sama rakan pada 1943. Beliau menjadi Setiausaha SABERKAS (1947-1948). Seterusnya Setiausaha Agung UMNO di samping Setiausaha Bersama Parti Perikatan sehingga negara mencapai kemerdekaan tahun 1957. Beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO (1968-1978).[4]

Duta ke Indonesia sunting

Selepas Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Malaya pada 1955, beliau melawat Indonesia untuk mengeratkan hubungan dengan jiran tetangganya. Pada November 1957, Senu dipilih menjadi Duta ke Indonesia. Malaya menawarkan supaya Indonesia menubuhkan kedutaan di Kedutaan yang pertama di Kuala Lumpur.

Ketika itu Belanda menekan Indonesia berhubung krisis Irian Jaya/ Irian Barat. Tunku Abdul Rahman menulis surat kepada Presiden Sukarno agar menerima mediator Malaysia iaitu Senu Abdul Rahman. Perdana Menteri Indonesia, Djuanda Kartawidjaja menerima cadangan itu dan Panglima TNI Nasution melawat Malaya pada 13 Oktober 1960. Tunku mencadangkan Irian Barat dijagai oleh PBB dan dipantau oleh Malaya.

Senu juga mengiringi Presiden Amerika Syarikat ke-36, Lyndon Baines Johnson bertemu dengan Yang di Pertuan Agong (1960-1965) , Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa melawat Kuala Lumpur.[10] Tunku Abdul Rahman melawat Washington DC sebagai kunjungan balas. Selepas itu mengiringi Tuanku Syed Putra Jamalullail mengerjakan haji di Mekah. Sebagai tetamu diraja, mereka diberi kesempatan menjengok ke dalam Baitullah. Seterusnya rombongan bertemu dengan Raja Arab Saudi, Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud(1964-1975).

Senu Abdul Rahman juga bersalam dengan Raja Ethiopia Haile Selassie ketika melawat Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Perdana Menteri India ,Indira Ghandhi ketika melawat KL. Beliau menjadi menteri pengiring ketika Shah Iran, Mohamed Reza Shah Pahlavi dan Farah Diba melawat KL.

Ketua Pemuda UMNO ke-4 (1964-1971) sunting

Pada 1964, Senu Abdul Rahman menewaskan penyandang, Sardon Jubir bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Senu menubuhkan pasukan Pemuda Tahan Tasak iaitu memastikan kemenangan calon-calon Perikatan dan UMNO dalam Piliharaya.

Revolusi Mental sunting

Rancangan Revolusi Mental [11] dihasilkan oleh Senu Abdul Rahman bersama 11 penulis lain [12]. Rancangan ini telah dibukukan oleh Datuk Ali Haji Ahmad, Haji Hamzah Alang dan Haji Abdullah Ahmad Badawi dan Prof Datuk Dr Taib Osman pada tahun 1970 dan dicetak 3000 naskah pada 1971. Tujuan buku ini sebagai langkah Pemuda dalam menyedarkan orang Melayu mengenai masa depan mereka dalam sebuah negara yang baru mendeka. Buku ini mengandungi penyelidikan mengenai kedudukan orang Melayu termasuk bilangan mahasiswa mengikut kaum di UM pada 1968.[13]

Pilihan raya sunting

Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Pasu Barat, Kedah. Kemudian menjadi ahli Parlimen Kuala Kedah/ Langkawi menggantikan Tunku Abdul Rahman (1973). Seterusnya ahli parlimen Kuala Kedah (1974-1982)[4]

Senu tewas ketika bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 di Kedah. Apabila Senu tewas dalam Pilihan raya 1969 , beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang pertama dan Ali Haji Ahmad memangku jawatan Ketua Pemuda sehingga pemilihan berikutnya.[14]

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Kuala Kedah, negeri Kedah. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional dan berjaya menewaskan Fadzil Mohd Noor dari PAS.Fadzil Mohd Noor adalah Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM dan rakan ABIM Anwar Ibrahim.

Dokumentari merdeka sunting

Semasa Perang Dunia II, Senu bekerja sebagai pelukis di Jabatan Penerangan Jepun. Semasa zaman pemerintahan Siam (Thailand) , beliau pernah bekerja di Jabatan Pelajaran, Kedah. Beliau berminat dalam penerbitan drama dan menjadi produser semasa Jepun dan Siam. Antara filem yang dihasilkan ialah 'Aku Berdosa' dan 'Salah Pedoman'. Beliau turut menghasilkan dokumentari 'Dasar Perjuangan UMNO' pada 1956.[15]

Pada Mac 1957 berlaku protes pekerja di hadapan Shaw Brothers Malay Film Production Studio di Jalan Ampas, Singapura. Ketika itu, politik semasa hangat membincangkan status kewarganegaraan Cina dan India. Tunku Abdul Rahman yang lima bulan kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia menghantar pembantu kanannya Senu Abdul Rahman ke Shaw Brothers[16]. Pada 7 April 1957, Run Run Shaw setuju menerima semula lima pekerja yang dipecat dan PERSAMA setuju menggugurkan tuntutan bayaran lebih masa.[17] Sebuah filem bertajuk 'Mogok' telah dikeluarkan di bawah arahan Jamil Sulong dan dilakonkan oleh S Kadarisman.

Sebuah dokumentari ‘UMNO 25 tahun’ disiarkan oleh RTM pada 1971 . Dokumentari 90 minit ini sempena ulang tahun penubuhan UMNO ke-25. Dokumentari ini memaparkan sumbangan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussain ; Tan Sri Sardon Jubir, Ibu Zain; Senu Abdul Rahman dan Tan Sri Syed Jaafar Albar.[18]

Anugerah sunting

Senu menerima Bintang Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) (1973) yang membawa gelaran 'Datuk'. Beliau juga menerima gelaran Datuk dari Sultan Kelantan (1980-an). Panglima Mangku Negara (P.M.N) (1988) oleh Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran 'Tan Sri' pada 1988.

Meninggal dunia sunting

Senu Abdul Rahman meninggal dunia pada 16 Jun 1995 dan dikebumikan di Ampang Jaya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Adik Syed Kechik persoal Zam
  2. ^ Di sebalik kejayaan Syed Kechik[pautan mati kekal]
  3. ^ Senu: The Early Years by Jack Newby, 1964
  4. ^ a b c d e "Hall of Fame: Tan Sri Dato' Senu B. Abdul Rahman". www.mykedah.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-13. Dicapai pada 3 Januari 2016.
  5. ^ Husain, Shaharom (1996). Memoir Shaharom Husain: selingkar kenangan abadi. Siri memoir Universiti Kebangsaan Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 411. ISBN 9679423328.
  6. ^ Cucu Senu hargai pencetakan semula buku Revolusi Mental
  7. ^ [Memoir , oleh Shaharom Husain, UKM, 1996 ]
  8. ^ Maidin, Zainudin (2011). Hari itu sudah berlalu. Utusan Publications & Distributors. m/s. 308. ISBN 967612429X.
  9. ^ Mohammed Zain Tajuddin (1996). Out of Malaya. Eszee. m/s. 243. ISBN 9839916815.
  10. ^ Galeri Senu Abdul Rahman
  11. ^ [Revolusi Mental oleh Senu Abdul Rahman , Utusan Publications, 1971]
  12. ^ [Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran By Abdul Rahman Haji Abdullah , hlm 189]
  13. ^ Orang Melayu digesa baca semula buku Revolusi Mental
  14. ^ [www.pemudaumno.org.my Pemuda UMNO Pra-Merdeka]
  15. ^ Islam-nasionalisme UMNO-PKB: studi komparasi dan diplomasi, A. Effendy Choirie, Pensil-324, 2008 - Indonesia - 389 pages
  16. ^ Sebuah perjalanan, Abdullah Hussain, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005 - Authors, Malay - 856 pages
  17. ^ Southeast Asian studies: debates and new directions By Cynthia Chou, V. J. H. Houben, International Institute for Asian Studies, Institute of Southeast Asian Studies, hlm 173
  18. ^ Siaran khas ‘UMNO 25 tahun’ di RTM1 Ahad