Senuma Kayō (Kanji Jepun: 瀬沼夏葉; 11 Disember 1875 - 28 Februari 1915) ialah seorang penterjemah dan guru bahasa Jepun. Beliau merupakan wanita pertama yang menterjemah kesusasteraan Rusia ke dalam bahasa Jepun.

Senuma Kayō
Kelahiran(1875-12-11)11 Disember 1875
Meninggal duniaFebruari 28, 1915(1915-02-28) (umur 39)
WarganegaraJepun
PekerjaanPenterjemah dan Guru
Terkenal keranaMenterjemah Sastera Rusia secara lansung ke Bahasa Jepun.
PasanganSatoko Kan

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Senuma dilahirkan dengan nama Ikuko Yamada pada 11 Disember 1875, di tempat yang kini dikenali sebagai Takasaki, Gunma. [1] Dia dibesarkan sebagai penganut ahli gereja Ortodoks Timur, dan bersekolah di sekolah perempuan agama di Surugadai, Tokyo. Dia memperoleh gred yang cemerlang semasa persekolahanya dan telah menamatkan pengajiannya pada tahun 1892. [1] Selepas tamat pengajian, dia mula menulis untuk majalah sastera, dan karyanya telah diterbitkan dalam banyak isu. [2] Pada tahun 1896, dia telah menerima sebuah buku berbahasa Rusia dari Nicholas of Japan, dan belajar membaca buku tersebut dengan bantuan Senuma Kakusaburo, seorang paderi di Katedral Kebangkitan Tokyo. [1] Mereka berkahwin pada tahun 1897 dan mempunyai enam orang anak. [3]

Kerjaya sunting

Kakusaburo memperkenalkannya kepada Ozaki Kōyō, yang mengambilnya sebagai murid dan mengalu-alukannya ke dalam kumpulan sasteranya. Dia telah menerbitkan banyak karya terjemahan awal bersama-sama dengannya sehingga kematian Ozaki pada tahun 1903. [4] Senuma juga merupakan kakitangan majalah sastera feminis berjudul Seito . [5]

Karya utama Senuma ialah penterjemahan karya Anton Chekov dan Fyodor Dostoevsky. Beliau merupakan wanita Jepun yang pertama yang menterjemah terus dari bahasa Rusia ke bahasa Jepun. Pada zaman itu, ramai penterjemah Jepun menterjemah karya daripada bahasa Inggeris. [4] Salah satu terjemahannya yang paling terkenal ialah terjemahan sebahagian daripada karya Dostoevsky's yang bertajuk Poor Folk, yang daripadanya dia hanya menterjemahkan kisah Varvara. Dia juga menterjemahkan Uncle Vanya karya Chekov dan The Cherry Orchard, Northeast Wind karya Aleksei Nicholaevich Budischev, dan karya Ivan Turgenev. [3] [4] Nama pena beliau ialah Senuma Kayō. Beliau pernah melawat Rusia sebanyak dua kali, sekali pada tahun 1909 dan sekali lagi pada tahun 1911. [4]

Terdapat kebimbangan bahawa beberapa karya terjemahannya, terutamanya terjemahan tidak lengkap Anna Karenina karya Leo Tolstoy, sebenarnya diterjemahkan oleh suaminya. Sarjana Satoko Kan mencadangkan bahawa walaupun Anna Karenina mungkin diterjemahkan oleh Kakusaburo, akan tetapi karya Poor Folk tidak. [6]

Senuma telah meninggal dunia pada 28 Februari 1915, akibat komplikasi semasa melahirkan anak ketujuhnya. [3]

Lihat juga sunting

  • Futabatei Shimei

Rujukan sunting

  1. ^ a b c 中村, 喜和 (1972-03-31). "瀬沼夏葉 その生涯と業績". 一橋大学研究年報. 人文科学研究. 14: 1–78. doi:10.15057/9935. ISSN 0441-0009.
  2. ^ Sugiyama, Hideko (1994). "瀬沼夏葉:『裏錦』から『青鞜』へ". 駒澤大学外国語部研究紀要. 23.
  3. ^ a b c Hiratsuka, Raichō (2006). In the Beginning, Woman was the Sun: The Autobiography of a Japanese Feminist (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. m/s. 191. ISBN 9780231138123. senuma kayo.
  4. ^ a b c d Cockerill, Hiroko (2011). "A Japanese "Girl's Reading" of Dostoevsky's Poor Folk : Senuma Kayô and the Origins of Japanese "Girls' Literature"". Asian Studies Review (dalam bahasa Inggeris). 35 (4): 521–540. doi:10.1080/10357823.2011.628006. ISSN 1035-7823.
  5. ^ BEETHAM, MARGARET; Heilmann, Ann (2004-07-31). New Woman Hybridities: Femininity, Feminism, and International Consumer Culture, 1880–1930 (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 9781134422708.
  6. ^ "瀬沼夏葉とロシア". 文化表象を読む : ジェンダー研究の現在. Tokyo: お茶の水女子大学21世紀COEプログラムジェンダー研究のフロンティア. 2008. m/s. 22–32.