Pemain tunggal

(Dilencongkan dari Seorang pemain)

Dalam permainan komputer dan video, pemain tunggal (bahasa Inggeris: single-player) merujuk kepada kelainan dalam sesebuah judul permainan video dan komputer yang mana hanya input daripada seorang pemain sahaja yang dijangkakan sepanjang sesi permainan judul tersebut. Sebuah "permainan seorang pemain" (single-player game) seringkali bermaksud bahawa permainan itu hanya boleh dimainkan oleh seorang individu, manakala "mod seorang pemain" (single-player mode) selalunya merujuk kepada pilihan di dalam sebuah permainan video pemain berganda (multiplayer) yang membenarkan seorang pemain bermain.

Kebanyakan judul-judul permainan video awal dicipta untuk seorang pemain sahaja. Judul-judul yang boleh dimainkan oleh dua orang pemain mula-mula muncul untuk komputer peribadi, dan pada tahun 1978 judul pemain berganda pertama kalinya diperkenalkan, dikenali sebagai MUDs. Era 1990-an memperkenalkan banyak judul yang mengambil kesempatan terhadap rangkaian kawasan setempat (LAN) dan modem batal untuk mod pemain berganda. Doom ialah salah satu judul permainan video seperti itu.

Judul-judul permainan video seorang pemain moden yang terkenal ialah, secara umumnya, penembak orang pertama (FPS), permainan video Flash Internet, dan juga permainan video untuk telefon bimbit. Sasaran utama yang berjaya menjual judul-judul seorang pemain termasuklah jalan cerita yang menarik, grafik yang cantik, serta tahap realistik watak-watak bukan kawalan pemain dan pihak musuh. Antaranya adalah seperti siri-siri Half-Life dan Doom