Sepanyol rejim Franco

Sepanyol di bawah Francisco Franco (Sepanyol: España franquista) - secara formalnya dikenali sebagai Negara Sepanyol (Sepanyol: Estada Español) - merujuk kepada suatu zaman dalam sejarah Sepanyol antara 1936 sehingga 1975 di mana Francisco Franco memimpin suatu kediktatoran autoritarian ke atas negara tersebut daripada Republik Sepanyol Kedua hasil kejatuhan pemerintah negara tersebut selepas Perang Saudara Sepanyol, sehinggalah kematian beliau pada tahun 1975.

Bendera Sepanyol yang digunakan semasa pemerintahan Francisco Franco.

Pengasasan sunting

Setelah kemenangan pihak Nasionalis pimpinan Perang Saudara Sepanyol pada tahun 1933, Franco diberi gelaran Caudillo kepada kelompok patria—setaraf dengan kelompok duce di Itali dan Führer di Jerman—oleh Junta Pertahanan Negara (Junta de defensa nacional) yang mengawal kawasan tawanan puak Nasionalis.[1] In April 1937, Franco menabil alih kekuasaan Falange daripada Manuel Hedilla, serta berunding dengan puak Carlismo lalu membentuk gabungan Falange Española Tradicionalista y de las JONS sebagai parti rasmi pemerintahan beliau.[2]

Dasar-dasar pemerintahan sunting

Penapisan sunting

Suatu Undang-Undang Akhbar yang digubal beliau sebaik memegang tampuk kuasanya (Ley de Prensa de 1938) menekankan semua media akhbar melalui penapisan terlebih dahulu sebelum penerbitan dapat dilakukan bersama dengan rencana yang diingini pemerintah; ketua penyunting untuk semua akhbar-akhbar ini dilantik daripada pihak pemerintah manakala semua wartawan perlu didaftarkan. Kesemua media milik pihak berfahaman liberal, republikan dan sayap kanan diharamkan sama sekali. Suatu undang-undang yang baru p28 tahun kemudian (Ley de Prensa de 1966) menggugurkan kawalan ketat tersebut lalu membenarkan pemilihan pengarah redaksi yang tersendiri, namun masih mengharamkan kritikan terhadap pemerintah.

Hubungan dengan Gereja Katolik sunting

Franco sebelum ini dikenali sebagai seorang yang tidak warak anutan agamanya,[3] namun pemerintahannya sering menggunakan agama demi meraih kemasyhuran dan kuasa dalam kalangan negara-negara jiran yang semazhab terutamanya selepas Perang Dunia Kedua. Beliau sendiri digambarkan sebagai seorang yang kuat beragama serta seorang pelindung utama agama Katolik yang dirasmi di Sepanyol. Franco diberikan anugerah Darjah Agung Kristus (Ordine Supremo del Cristo) oleh Paus Pius XII sambil negara Sepanyol itu sendiri ditahbiskan Paus tersebut.[4]

Perkahwinan sivil serta perceraian yang dilangsungkan sewaktu zaman Republik Kedua dibatalkan melainkan setelah ditentusahkan Gereja Katolik Rom. Kontrasepsi serta pengguguran kandungan diharamkan,[5] namun penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada tidak konsisten.[perlu rujukan] Anak-anak yang lahir pula perlu diberikan nama yang dikaitkan dengan agama Kristian.

Pembentukan imej budaya nasionalis sunting

Franco berhasrat membentuk suatu ekabudaya yang besar demi mengukuhkan semangat nasionalisme dalam Sepanyol baharunya. Beliau menarik balik pengiktirafan rasmi terhadap bahasa-bahasa minoriti dalam negara tersebut - terutamanya bahasa Basque, bahasa Galicia dan bahasa Catalonia - serta mengharamkan pengunaan bahasa-bahasa ini dalam pengunaan rasmi yakni dalam bidang persekolahan, keagamaan, komersial dan sebagainya. Penggiatan pembangunan media massa serta sistem pendidikan kebangsaan dalam bahasa Sepanyol turut dilakukan semasa pemerintahan Franco.

Semua kegiatan budaya ditapis sama ada ia diterima berunsurkan fahaman nasionalis Franco: tradisi-tradisi tertentu seperti laga lembu dan tarian flamenco[6] digalakkan sebagai suatu tradsi kebangsaan manakala banyak tradisi lain diharamkan penuh dengan sewenang-wenangnya. Polisi budaya ini semakin dilonggarkan terutamanyapada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an.

Pengakhiran sunting

Usia lanjut Franco pada tahun 1973 yang membebankan pemerintahannya sendiri memaksa beliau mengundur dari jawatan Perdana Menteri lalu melantik Laksamana Luis Carrero Blanco sebagai penggantinya sambil beliau masih kekal dalam jawatan Panglima Tertinggi dan Ketua Movimiento Nacional. Walau bagaimanapun, Carrero Blanco dibunuh pada tahun sama, dan jawatan tersebut diambil alih Carlos Arias Navarro.

Kematian Franco pada 20 November 1975 memulakan peralihan dalam pemerintahan Sepanyol melalui pemahkotaan Juan Carlos I sebagai ketua negara yang memandukan Sepanyol ke arah suatu pemerintahan demokrasi sebagai sebuah negara beraja berperlembagaan dengan negeri-negeri yang berautonomi.

Rujukan sunting

  1. ^ Preston, Paul (1993). "6 - The Making of a Caudillo". Franco: A Biography. m/s. 171–198. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ Preston (1993). "10". The Making of a Dictator: Franco and the Unification April 1937. m/s. 248–274.
  3. ^ Viñas, Á. (2012). En el combate por la historia: la República, la guerra civil, el franquismo.
  4. ^ Burleigh, Michael (2006). Sacred Causes. m/s. 317–318. ISBN 0-00-719574-5.
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-26. Dicapai pada 12 Disember 2005. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ Roman, Mar (27 Oktober 2007). "Spain frets over future of flamenco". Associated Press.

Bacaan lanjut sunting

  • Gerald Brenan, The Face of Spain, (Serif, London, 2010). First-hand account of travels around Spain in 1949.
  • Payne, S. (1987). The Franco regime. 1st ed. Madison, WI: University of Wisconsin Press.
  • Luis Fernandez. Franco. Editorial

Pautan luar sunting

Video