Separuh Akhir Muzik Muzik 23

Separuh Akhir Muzik Muzik 23 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-23. Kesemua lagu yang dipertandingkan adalah lagu-lagu popular ciptaan tempatan sepanjang tahun 2008.


Senarai Lagu Semi-Finalis Muzik Muzik 23 sunting

Saringan pada peringkat separuh akhir mempertandingkan 12 lagu bagi kategori Balada dan Pop Rock manakala 10 lagu bagi kategori Etnik Kreatif bagi kelayakan ke peringkat akhir. Kategori Etnik Kreatif dilangsungkan pada 28 November 2008 manakala kategori Balada adalah pada 5 Disember dan kategori Pop Rock adalah pada 12 Disember 2008. Peringkat separuh akhir ini akan diacarakan bersama oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.[1]

Format pemarkahan bagi saringan separuh akhir berdasarkan markah persembahan pada malam tersebut dengan markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan. Bagi yang mendapat markah tertinggi, mereka adalah layak untuk ke peringkat akhir dan akan melakukan persembahan bagi merebut gelaran tertinggi iaitu "Juara Lagu".

Berikut merupakan lagu-lagu yang dipertandingkan dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 23 (nama pemenang diwarnai emas):

Etnik Kreatif

# Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
1 Doa Dalam Lagu Mawi & Heliza Ajai Loloq
2 Lambaian Fazli Zainal Sang Dewi Ahmad Fedtri Yahya
3 Dusta Berkalang Aiman Hafiz Hamidun Ahmad Fedtri Yahya
4 Persoalan Cinta Farahwahida Julfekar Ku Seman/Izza Rosley
5 Songo Amy Search Edrie Hashim Ahmad Farid
6 Panas Ifa Raziah Cat Farish Cat Farish/Adeeb
7 Pujangga Merindu Syura Raden Sri Hairul Anuar Harun
8 Jarak Rindu Azfar M. Nasir Seth
9 Puteri Tarian Kasih Anis Aneesa Adnan Abu Hassan Faris
10 Mengharap Sinar Dior Dior/Khairafik Dior

Balada

# Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
1 Sampai Syurga Faizal Tahir Audi Mok,Ahmad Izham Omar Faizal Tahir
2 Bila Nak Saksi Spider Tam Spider Loloq
3 Dingin* Ziana Zain Azlan Abu Hassan Azalea
4 Sejauh Ini Dina Sharon Paul Ahmad Fedtri Yahya
5 Teman Terulung Anuar Zain Azalea Azalea
6 Hanya Di Mercu Ayu Aubrey Suwito Habsah Hassan
7 Ada Untukmu Nubhan Zetty Abie Abdullah
8 Tanpa 6ixth Sense Gjie Wan
9 Bila Terasa Rindu Dafi Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
10 Cinta Terhalang Bob Sharon Paul Shimy
11 Cuba Faizal Tahir Audi Mok Faizal Tahir
12 Lagu Kita Aizat Aizat Aizat

Pop Rock

# Lagu Artis Komposer Penulis Lirik Nota
1 Kalis Rindu Elyana Aidit Alfian Ad Samad
2 Mila Bila Cinta Mila Audi Mok Ad Samad
3 Separuh Masa The Lima Edry Abd Halim Edry Abdul Halim
4 Bukti Fiq Tony Iskandar Loloq
5 Cinta Si Rama-Rama Hattan Edrie Hashim Edrie Hashim
6 Lagu Untukmu Meet Uncle Hussain Taja, Tass, Lan Taja, Tass
7 Yang Pernah Estranged Estranged Estranged
8 Mabuk Spider Tam Spider Loloq
9 Bukan Di Sini** Sofaz Sofaz Sofaz
10 Aku Lebih Tahu Mila Ajai Loloq
11 Aku Stacy Stacy Intan Norul Azlin Intan Norul Azlin, Layla Ismail
12 Rimas The Fabulous Cats Cat Farish Roxy Tail
13 Ku Merindu Shah & Ella Syed Elias Syed Ahmad Syed Elias Syed Ahmad Menarik diri dari pertandingan


↑*  Lagu Dingin asalnya tidak berjaya dari Kategori Balada di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, tetapi layak ke AJL 2008 secara mengejut pada saat-saat akhir di separuh akhir Pop Rock.[2]

↑**  Tempat yang diambil lagu "Bukan Di Sini" asalnya diberi kepada lagu "Ku Merindu" ciptaan dan lirik Datuk Syed Elias Syed Ahmad yang dirakam oleh Ella dan Syed Fadhley Shah, tetapi dimaklumkan bahawa Ella terpaksa menarik diri gara-gara terpaksa berdepan dengan "komitmen" lain yang ditetapkan terdahulu pada hari pertandingan.[3]

Untuk peringkat final bagi lagu-lagu lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-23.

Lihat Juga sunting

  1. ^ Norliza Mohamad Zakaria (2008-11-26). "AJL23: Dominasi penyanyi realiti". Utusan Malaysia.[pautan mati kekal]
  2. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (2008-12-15). "Terkejut Dingin ke final AJL". Berita Harian. Dicapai pada 2008-12-20.
  3. ^ Rudy Imran Shamsudin. "Shah kecewa, tarik diri". Harian Metro. Dicapai pada 2009-01-23.