Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35.

Senarai Lagu Semi-Finalis Muzik Muzik 35 sunting

Program Muzik Muzik musim ke-35 telah bermula sejak Disember 2019. Dalam tempoh 47 minggu tersebut, sebanyak 16 buah karya telah mengungguli carta Muzik Muzik 35. Senarai 30 buah lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir diumumkan pada 2 November 2020.[1] Berbeza dengan musim sebelumnya, program Separuh Akhir pada kali ini akan diadakan dalam tiga episod untuk tiga hari berturut-turut. Kesemua episod Separuh Akhir akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, selaras dengan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.[2]

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.[3][4]


Petunjuk
Menandakan layak ke AJL35
  Juara Carta Mingguan Muzik Muzik 35

Pusingan Pertama (20 November 2020) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Gila"  Noki, Loca B & Ezra Kong Kaka Azraff, Noki & Loca B Tuju menggantikan tempat Loca B sebagai penyanyi.
"Canggung"  Hael Husaini & Ezra Kong Wany Hasrita
"Kelabu" Yonnyboii Yonnyboii & Azlan The Typewriter
"Sebentar"  Faizal Tahir, Mike Chan, Mage & Romeo Dayang Nurfaizah
"Adakah Engkau Menungguku" Naim Daniel & Adib Hamdi Naim Daniel, Adib Hamdi & Tuju Naim Daniel ft. Tuju
"I Want You to Love Me" Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo & Mike Chan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan & Alif Satar Alif & The Locos
"Takkan Merubah" Farouk Roman Amylea Sufian Suhaimi & Amira Othman
"Khayal" Hang Nadim, Bunga Cantik & Ziin Bunga Cantik Stacy
"Hati" Hael Husaini & Ezra Kong Hael Husaini Lagu Terbaik Pusingan Pertama.[5]
"Gundah"  Ernie Zakri & Sharon Paul Ernie Zakri
"Curang"  Syamel & Aepul Roza Syamel

Pusingan Kedua (21 November 2020) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Sakit" Yonnyboii & Zynakal Zynakal & Yonnyboii
"Sembah"  Naim Daniel & Iqie Hugh Naim Daniel ft. Man Keedal
"Panggung" Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam & Romeo Apex Tajuddin
"Kau Sakiti" Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage Amir Masdi
"Tentang Rahsia"  Farouk Roman Amylea Shila Amzah & Judika Afif Termizi menggantikan tempat Judika sebagai penyanyi.
"Bicara Rasa"  Rudy Kasmaran & Sang Hitam Ariff Bahran & Sarah Suhairi
"Takdir Tercipta"  Ikhwan Fatanna & Ayden Ali Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman Hafiz Suip & Adira
"7 Nasihat"  Kmy Kmo & Luca Sickta Dato' Sri Siti Nurhaliza ft. Kmy Kmo & Luca Sickta Shiha Zikir menggantikan tempat Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi.[6]

Lagu Terbaik Pusingan Kedua.[7]

"Hutang" Zai Hamzah Achoi Floor 88 Floor 88
"Aku Bidadari Syurgamu"  Ippo Hafiz Siti Rosmizah Dato' Sri Siti Nurhaliza Aishah menggantikan tempat Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi.[8]

Pusingan Ketiga (15 Disember 2020) sunting

Pusingan ketiga separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang ditunda sebelum ini dari tarikh asalnya,22 November lalu kembali bersiaran pada 15 Disember 2020.[9]

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Hello"  Ismail Izzani, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga Ismail Izzani & Andi Bernadee
"EH" Navigator & Zizi Kirana Mambang & Zizi Kirana Zizi Kirana
"Semalam"  Aina Abdul
"Belenggu Rindu" Hael Husaini & Ezra Kong Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah Lagu Terbaik Pusingan Ketiga[10]
"X Missing U"  Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja'a, Tuju & Yonnyboii Dayang Nurfaizah, Tuju & Yonnyboii
"Takkan Terlerai"  Sharon Paul, Ernie Zakri & Syamel Fedtri Yahya, Ernie Zakri & Syamel Syamel & Ernie Zakri
"Jangan Khianati Aku" Dark Azlan & The Typewriter
"Aku Kau dan Muzik" Hang Nadim, Bunga Cantik & Freedy Hang Nadim & Bunga Cantik Akim & Stacy
"Peluang Kedua"  Hael Husaini & MFMF. Nabila Razali Digantikan oleh Hael Husaini[11][12]

Sumber: [13][10]

Nota terkini sunting

Kontroversi Penjurian SFMM 35 sunting

Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35 telah mencetuskan kontroversi apabila keputusan 12 lagu yang mara ke peringkat akhir tidak menepati ramalan peminat apabila dua lagu paling popular pada tahun 2020 iaitu "Sakit" (Yonnyboii/Zynakal) dan "Sembah" (Naim Daniel) tidak terpilih. Ketua juri Azmeer dalam satu kenyatan menjelaskan pemilihan lagu ke peringkat akhir tidak mengambil kira nyanyian penyanyi mahupun populariti lagu[14]. Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan beliau dalam edisi sebelumnya dimana nyanyian dikatakan sebagai salah satu elemen penting penjurian[15]. Lagu "Sembah" pula dikatakan tidak layak kerana elemen penampilan muzik oleh gitaris Man Kidal dikatakan menenggelamkan vokal Naim[16]. Pertikaian ini juga menyebabkan wujud ura-ura mengatakan "Sakit" tidak layak ke final kerana masalah disiplin[17]. Selain mendapat kecaman warganet, beberapa artis senior seperti Dato Hattan[18], Dato AC Mizal[19], Joe Flizzow[20], usahawan Dato Sri Vida [21]dan ramai lagi meluahkan kekesalan atas ketidak telusan penjurian AJL dan menyeru barisan juri AJL digantikan dengan pengkarya yang mewakili generasi muda dan bersifat telus. Warganet juga menyeru supaya penjurian AJL lebih bersifat telus, tanpa ada sebarang campurtangan produksi mahupun pilih kasih[22]. Sementara itu pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohammedin menasihatkan artis supaya tidak bertanding jika merasakan penjurian tidak adil [23].

Ironinya, lagu "Sakit" merupakan lagu yang paling banyak distrim pada tahun 2020 dan diiktiraf oleh Recording Industry Music Malaysia (RIM) menerusi Carta RIM[24], sekaligus tidak menafikan impak besar lagu tersebut yang sememangnya menjadi siulan ramai. Sementara itu, komposer dan penyanyi Hael Husaini terpaksa berdepan kecaman dan wasangka warganet apabila didakwa memborong kek lumut yang dijual oleh penerbit Muzik-Muzik yang mana hal ini menurut warganet telah menimbulkan 'conflict of interest' ekoran tiga lagunya layak ke peringkat akhir dan seringkali menjadi pilihan juri sejak edisi ke-32[25]. Penerbit Muzik-Muzik Nurhul Huda Khalid menegaskan pihak produksi tidak akan tunduk kepada kecaman warganet malah menegaskan barisan juri separuh akhir adalah yang terbaik[26], biarpun diakui kontroversi penjurian AJL kali ini merupakan yang paling buruk sejak AJL ke-17 [27]. Biarpun gagal, lirik lagu "Sakit" diangkat sebagai rujukan dalam kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. [28].

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai Penuh 30 Lagu Berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Bakal Diumumkan Malam Ini. Xtra.com.my https://www.xtra.com.my/trending/senarai-penuh-30-lagu-berentap-di-separuh-akhir-muzik-muzik-35-bakal-diumumkan-malam-ini/
  2. ^ https://www.xtra.com.my/trending/bakal-diadakan-3-hari-berturut-turut-ini-senarai-penuh-30-lagu-bersaing-di-separuh-akhir-muzik-muzik-35/
  3. ^ "Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35". Padin (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Tiga Lagu Hael Mara ke AJL35". Fatin Farhana Ariffin (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b https://www.hmetro.com.my/rap/2020/11/644069/hael-husaini-terkejut-dapat-lagu-terbaik
  6. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/11/642815/shiha-zikir-ganti-siti
  7. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/11/756739/sfmm35-7-nasihat-lagu-terbaik-malam-kedua
  8. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/11/756736/sfmm35-aishah-nyanyi-lagu-siti
  9. ^ Episod tiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 15 Disember ini
  10. ^ a b https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/653557/ezra-kong-hael-husaini-dominasi-pentas-ajl35
  11. ^ https://www.xtra.com.my/trending/sfmm35-nabila-razali-tidak-dapat-membuat-persembahan-peluang-kedua/
  12. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/15/peluang-kedua-hati-dan-belenggu-rindu-ciptaan-hael-husaini-antara-12-lagu-layak-ke-ajl35
  13. ^ https://www.xtra.com.my/trending/sfmm35-jom-semak-senarai-terbaru-giliran-persembahan-jumaat-sabtu-ahad-ini/
  14. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/653629/ajl-pertandingan-untuk-lagu-bukan-nyanyian-%E2%80%93%C2%A0azmeer
  15. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/528664/saya-tak-cakap-suara-sufian-kemek
  16. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/765903/bukan-tak-bagus
  17. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/766802/bhplus
  18. ^ https://mykmu.net/2020/12/16/ajl35-hattan-kecewa-senarai-lagu-juri-perlu-fikir-luar-kotak/
  19. ^ https://ohbulan.com/bagi-orang-baru-mengadili-lagu-zaman-kini-dato-ac-mizal
  20. ^ https://www.youtube.com/watch?v=WkWJOXEnh0k
  21. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/17/datuk-vida-tumpang-sekaki-sound-juri-sfmm35-anggap-juri-039old-school039-tak-pandai-pilih-lagu-masuk-ajl35---sebagai-mantan-penaja-saya-nak-tahu-benchmark-pemilihan
  22. ^ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
  23. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/19/jangan-bertanding-kalau-rasa-juri-akan-berlaku-tak-adil---shahrulezad-nasihat-betulkan-niat-buat-lagu-bukan-sebab-nak-masuk-ajl
  24. ^ https://www.instagram.com/p/CJ47fcgJu8X/
  25. ^ https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/01/ajl-35-saya-pun-tak-puas-hati-hael-husaini/
  26. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/655191/azmeer-juri-sfmm35-antara-yang-terbaik
  27. ^ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
  28. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/11/18/lagu-jadi-bahan-rujukan-spm-yonnyboii-rasa-macam-mimpi/