Separuh Jiwaku

(Dilencongkan dari Separuh Jiwaku (drama))

Separuh Jiwaku merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah. Ia mengisahkan mengenai Hanna Dalila yang memiliki kedai dobi, Hanna ialah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 9 April 2014 hingga 4 Jun 2014 menggantikan 7 Suami.[1][2]

Separuh Jiwaku
GenreDrama, keluarga, konflik
Ditulis olehMama Bella
PengarahBahri Uma
Lagu pembukaan"Siapa Diriku" oleh Amylea Azizan dan Nadia Aqilah
Lagu penutup"Siapa Diriku" oleh Amylea Azizan dan Nadia Aqilah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifSamzy Fuzette
PenerbitZizie Ezette
PenyuntingHarlina Abd Ghani
SinematografiKamarul Ariff Jamaluddin
Syarikat penerbitan
BZ2121 Productions
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 April 2014 – 4 Jun 2014
Pautan luar
Laman sesawang

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan mengenai Hanna Dalila yang memiliki kedai dobi. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Emir Izlan pula seorang pemuda kampung berhijrah ke Kuala lumpur bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka dirahsiakan daripada Dato’ Darwish.

Dato’ Darwish yang merupakan pelanggan tetap di dobi milik Hanna telah menaruh hati padanya dan mengajaknya untuk berkahwin. Hanna yang menerima lamaran tersebut menyebabkan Ermi menyimpan dendam terhadap Dato’ Darwish kerana beliau turut menyintai Hanna. Peristiwa tersebut mengakibatkan tercetusnya pelbagai dugaan menimpa Hanna.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (22 Mac 2014). "Sinopsis Drama Bersiri Separuh Jiwaku". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  2. ^ "'Separuh Jiwaku' Tonjol Kekuatan Wanita". mStar Online. 22 Mac 2014. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  3. ^ Separuh Jiwaku (2014): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 11 Oktober 2018.

Pautan luar sunting