Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku Di Tanjung Rambutan
Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku Di Tanjung Rambutan ialah sebuah filem pendek arahan U-Wei Hj Saari yang berdurasi 27 minit. Filem ini diterbitkan pada tahun 2006 oleh syarikat penerbitan antarabangsa leBrocquy Fraser Sdn Bhd. Filem ini ialah filem pendek pertama dari Malaysia yang ditayangkan di Festival Filem Cannes dalam seksyen Director's Fortnight 2006.
Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku Di Tanjung Rambutan |
---|
Sinopsis
suntingAtan dan Tina ialah adik beradik. Mereka hidup dikelilingi kasih sayang di dalam rumah yang selesa. Mereka bermain dan bergaduh seperti yang sering dilakukan oleh adik-beradik lain dan ibu bapa mereka tidak ada masalah meninggalkan mereka sendirian pada suatu petang semasa mereka menghadiri kenduri kahwin. Malam ini, Tina menolak Atan ke titik puncak - selalu mengambil kesempatan daripada adiknya itu. Reaksi Atan akan membawa akibat yang buruk.
Pelakon
suntingMegat Deli Mohd Jalani sebagai Atan
Siti Raihanah Ahmad Zalani sebagai Tina
Azizah Mahzan sebagai Mak
Sobri Anuar sebagai Ayah
Penerbitan
suntingPengarah U-Wei Hj Saari
Penerbit Julia Fraser, Julie LeBrocquy
Sinematografi Devan Raghavan
Editor Shadan Hashim
Pereka Produksi Desmond Crowe
Rakaman Bunyi Nurzaidi Abd Rahman