Sepsis ialah suatu keadaan yang mengancam nyawa bilamana tindak balas badan manusia terhadap suatu jangkitan itu menyebabkan kerosakan kepada tisu dan organ dalam sistem itu sendiri.[1] Tanda serta simptom yang biasa termasuk demam, kadar degupan jantung dan pernafasan yang tinggi, serta kekacauan mental.[2] Simptom-simptom yang berkait dengan suatu penyakit, misalnya batuk yang membawa kepada pneumonia atau disuria (dysuria, rasa sakit ketika membuang air kecil) dengan jangkitan buah pinggang barangkalinya juga memberi petunjuk mengenai keadaan ini.[3] Gejala-gejala yang dijangkakan barangkalinya tiada pada individu yang begitu tua, muda atau mereka yang mengalami sistem imun yang lemah, yang mana suhu badan yang diukur sama ada rendah ataupun pada tahap yang normal.[3]

Sebab dan diagnosis sunting

Sepsis berpunca daripada tindak balas imun yang dicetuskan oleh suatu jangkitan.[3][4] Jangkitan punca ini paling kerapnya datang daripada bakteria, tetapi ia juga boleh datang daripada fungus, virus ataupun parasit.[3] Jangkitan-jangkitan ini pula tertumpu pada paru-paru, otak, saluran kencing, kulit dan organ abdomen.[3] Faktor risiko yang ada termasuklah usia, sistem imun yang dilemahkan daripada penyakit seperti kanser atau diabetes, trauma major atau luka terbakar.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Singer M, Deutschman CS, Seymour CW, Shankar-Hari M, Annane D, Bauer M, Bellomo R, Bernard GR, Chiche JD, Coopersmith CM, Hotchkiss RS, Levy MM, Marshall JC, Martin GS, Opal SM, Rubenfeld GD, van der Poll T, Vincent JL, Angus DC (23 Februari 2016). "The Third International Consensus Definitions for Sepsis and Septic Shock (Sepsis-3)". JAMA. 315: 801–10. doi:10.1001/jama.2016.0287. PMC 4968574. PMID 26903338.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ a b "Sepsis Questions and Answers". cdc.gov. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). 22 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2014. Dicapai pada 28 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d e Jui, Jonathan (2011). "Ch. 146: Septic Shock". Dalam Tintinalli, Judith E.; Stapczynski, J. Stephan; Ma, O. John; Cline, David M.; dll. (penyunting). Tintinalli's Emergency Medicine: A Comprehensive Study Guide (ed. ke-7). New York: McGraw-Hill. m/s. 1003–14. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2014. Dicapai pada 11 Disember 2012 – melalui AccessMedicine. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan); Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Deutschman, CS; Tracey, KJ (April 2014). "Sepsis: Current dogma and new perspectives". Immunity. 40 (4): 463–75. doi:10.1016/j.immuni.2014.04.001. PMID 24745331.