16 September
tarikh
(Dilencongkan daripada September 16)
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
16 September merupakan hari ke-258 (hari ke-259 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 107 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Mexico (1810) dan Papua New Guinea (1975);
- Hari Malaysia di Malaysia (1963).
Peristiwa
sunting- 1463 - Kerajaan Ryukyu menghantar utusan ke Melaka untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
- 1597 – Perang Tujuh Tahun: Dua belas kapal Korea di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menenggelamkan 31 kapal musuh dan menumpaskan cubaan serangan oleh Jepun.
- 1810 – Miguel Hidalgo y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, menyampaikan Grito de Dolores kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico terhadap Sepanyol.
- 1941 – Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa turun takhta bagi memberi laluan kepada anaknya Mohammad Reza Pahlavi menaiki takhta.
- 1959 – Mesin salinan dokumen Xerox dikembangkan Chester Carlson mula diperkembangkan kepada orang ramai dalam suatu siaran televisyen.
- 1963 - Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia (gambar bendera).
- 1982 – Militia Lubnan yang diketuai oleh Elie Hobeika membunuh sesuka hati di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila, membunuh lebih 700 orang awam.
- 2006 – Pengeboman Haadyai mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 82 orang lagi cedera yang melibatkan warganegara asing di samping warga tempatan.
- 2007 – Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, mengorbankan 89 penumpang dan anak kapal.
- 2009 – Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
- 2011 – Helle Thorning-Schmidt bakal menjadi Perdana Menteri Denmark wanita pertama selepas parti campurannya memenangi pilihan raya.
- 2013 – Taufan Ingrid dan Taufan Manuel mengorbankan lebih 50 orang di Mexico.
- 2013 – Seorang lelaki menembak mati 12 orang di pangkalan Tentera Laut A.S. di Washington, D.C.
Kelahiran
sunting- 1507 - Maharaja Jiajing (mangkat 1567)
- 1615 – Heinrich Bach, penggubah lagu Jerman (meninggal 1692)
- 1777 – Nathan Mayer Rothschild, peniaga Jerman (meninggal 1836)
- 1782 - Maharaja Daoguang (mangkat 1850)
- 1837 – Pedro V dari Portugal (mangkat 1861)
- 1859 – Yuan Shikai, panglima dan negarawan Republik China selaku Presiden (meninggal 1916)
- 1881 – Clive Bell, filsuf Inggeris (meninggal 1964)
- 1883 – T. E. Hulme, penyajak Inggeris (meninggal 1917)
- 1887 – Nadia Boulanger, penggubah lagu dan pendidik muzik Perancis (meninggal 1979)
- 1895 - Za'ba, cendekiawan Melayu Malaysia
- 1923 - Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pertama
- 1925 - Prof. Dr. JH. Hutasoit, ahli politik Indonesia
- 1945 - Aleksandr Vladimirovich Rutskoy, Naib Presiden Rusia dari 1991–1993
- 1949 - Chrisye, penyanyi Indonesia (w. 2007)
- 1956 - David Copperfield, ahli silap mata
- 1968 - Marc Anthony, penyanyi
- 1975 - Candra Wijaya, pemain badminton Indonesia
- 1977 - Najwa Shihab, pengacara dan wartawan Indonesia
- 1981 - Nazril Irham, pemuzik Indonesia dan vokalis Noah
- 1981 - Rizky Hanggono, pelakon Indonesia
- 1985 - Madeline Zima, pelakon dari Amerika Syarikat.
- 1986 - Virgoun Tambunan, penyanyi, penulis lagu, dan pelakon lelaki Indonesia.
- 1988 - Mariam Hussein, pelakon wanita Iraq
- 1994 - Stéfano de Gregorio, pelakon Argentina
- 2003 - Irwan Ardiansyah, pemain bola sepak Indonesia
Kematian
sunting- 1087 - Paus Viktor III
- 1380 - Raja Charles V dari Perancis (l. 1338)
- 1736 - Gabriel Fahrenheit, ahli fizik Jerman (l. 1686)
- 1824 - Raja Louis XVIII dari Perancis (l. 1755)
- 1977 - Maria Callas, penyanyi opera Yunani (l. 1923)
- 2013 - Chin Peng, mantan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.
- 2016 - Haron Din, pendidik dan ahli politik Malaysia.
- 2019 - H. S. Dillon, aktivis hak asasi manusia dari Indonesia (l. 1945)