Sera (kumpulan muzik)

kumpulan pemuzik asal Indonesia

Kumpulan Sera merupakan sebuah kumpulan rock Melayu yang berasal dari Kelantan dan pernah aktif pada tahun 1991. Kumpulan ini terdiri daripada Zamree@Oyee (vokal), Rahim (gitar utama), Zairuddin@Uban (gitar kedua), Kamil (bass) dan Zulkifli (dram). Kumpulan ini bernaung di bawah pengurusan Mind Production dan mendapat kerjasama dengan NSR, sebuah syarikat rakaman tempatan yang terkenal pada waktu itu sebagai pengedar album mereka.

Sera
Kulit album kumpulan Sera
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Akira (1988-1990)
Berasal dariKelantan Kelantan, Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1990-an
Syarikat rakaman
1991: Mind Production
1991: New Southern Records (NSR)
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Bekas ahliOyee - vokal
Rahim - gitar utama
Uban - gitar kedua (meninggal dunia)
Kamil - bass
Zulkifli - dram

Sejarah Penubuhan sunting

Kumpulan Sera telah ditubuhkan pada awal tahun 1989 dengan nama asalnya, Akira. Dengan barisan anggotanya yang berasal dari Kelantan, kumpulan yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini sebenarnya diasaskan oleh seorang ahli kenamaan bernama Datuk Jazlan Ya'akob. Datuk Jazlan yang bertindak sebagai pengurus kumpulan telah meminta Rahim, seorang gitaris yang berasal dari Kubang Kerian untuk mencari pemuzik-pemuzik lain untuk digandingkan bersama adiknya, Nasrul untuk membentuk sebuah kumpulan muzik baharu seiring dengan kehangatan muzik rock pada ketika itu. Dengan itu, Rahim telah mendapatkan tiga orang pemuzik yang sering bermain di studio-studio sekitar Kompleks Pertama dan Medan MARA iaitu Wan Rosli (gitar kedua), Mohamad Berry (bass) dan Aai (dram). Dengan barisan anggota yang sedia ada, Akira telah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat baharu iaitu Mind Production dan terus memasuki studio Booty Boys untuk memulakan sesi rakaman album yang akan diberi judul Sentuhan Rasa. Pada ketika inilah, nama kumpulan ini ditukar kepada SERA yang juga singkatan kepada judul album mereka iaitu Sentuhan Rasa.

Namun atas sebab-sebab tertentu, jodoh Rahim dengan tiga pemuzik yang dipilihnya pada peringkat awal tidak berpanjangan dan tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Uban (gitar kedua), Kamil (bass) dan Zulkifli (dram) untuk menyiapkan rakaman muzik untuk album tersebut. Malangnya ketika sesi rakaman vokal hendak bermula, Nasrul telah menarik diri atas beberapa faktor dan atas amanat Datuk Jazlan yang inginkan Rahim untuk terus menggerakkan Sera walaupun tanpa kehadiran adiknya, tempat Nasrul sebagai vokalis telah digantikan oleh seorang vokalis yang berasal dari Kuala Krai bernama Zamree atau lebih dikenali sebagai Oyee. Dengan kemasukan Oyee sebagai vokalis Sera, sesi rakaman vokal akhirnya berjaya disiapkan dan lahirkan album Sentuhan Rasa pada 29 Julai 1991 yang diterbitkan oleh Mind Production dan diedarkan oleh New Southern Records (NSR).

Album Sentuhan Rasa diterbitkan pada tahun 1991 oleh penerbit Wan Zul dan Iwan Syahman berkonsepkan Komersial Hard Rock dan Balada Slow Rock. Antara lagu yang menjadi hits dalam album ini ialah Dibadai Asmara, Aku Pemuisi Rindu dan Dalam Sebuah Rindu. Kumpulan Sera ketika itu bersaing hebat dengan kumpulan-kumpulan rock seangkatan yang lain antaranya Iklim. Bukan sahaja di Malaysia, malah kumpulan ini turut dikenali di Indonesia, Brunei dan juga Singapura.[1]

Ahli-ahli sunting

Akira 1989-1990 (Pra-SERA) :

  1. Nasrul - Vokal
  2. Rahim - Gitar Utama
  3. Wan Rosli - Gitar Kedua
  4. Mohamad Berry - Bass
  5. Aai - Dram


SERA 1991 :

  1. Oyee - Vokal
  2. Rahim - Gitar Utama
  3. Uban - Gitar Kedua
  4. Kamil - Bass
  5. Zulkifli - Dram

Diskografi sunting

Tahun Tajuk Jualan
1991 Sentuhan Rasa

Album sunting

  • Sentuhan Rasa (1991)

Lagu-lagu sunting

Sentuhan Rasa '91 - (1991) sunting

  • Dibadai Asmara
  • Terbakar Cinta
  • Demi Maruah
  • Riwayat
  • Kenangan Pahit
  • Aku Pemuisi Rindu
  • Dalam Sebuah Rindu
  • Perjuangan
  • Bisikan Hati
  • Krisis Dunia


Pautan luar sunting