Serabut diet (atau turut dikenali sebagai serat makanan atau pelawas) ialah bahagian tak tercerna dalam makanan hasil tumbuhan yang menolak makanan melalui sistem pencernaan, menyerap air dan memudahkan peninjaan, dengan mengubah sifat kandungan salur gastrousus, serta mengubah cara penyerapan bahan khasiat dan kimia yang lain.[1]

Serabut diet boleh bersifat terlarutkan air atau sebaliknya, tetapi tidak boleh dicerna. Akan tetapi, serabut yang terlarutkan air ditapai oleh bakteria dalam salur pencernaan, lalu menyerap air untuk menjadi bahan yang bergelatin. Serabut yang tidak terlarut pula berurai tetapi selalunya tidak ditapai.[2]

Secara kini, serabut diet terdiri daripada polisakarida bukan kanji seperti selulosa dan anggota-anggota tumbuhan yang lain seperti dekstrin, inulin, lignin, lilin, kitin, pektin, beta-glukan dan oligosakarida. Istilah "serabut" tidak berapa kena namanya kerana kebanyakan jenis serabut diet langsung bukan jenis serabut.

Sumber makanan serabut diet sering dibahagikan kepada sama ada serabutnya terlarutkan air atau sebaliknya. Makanan hasil tumbuhan mengandungi kedua-dua jenis serabut yang berbeza-beza takatnya bergantung pada sifat tumbuhan.

Kelebihan penggunaan serabut ialah penghasilan sebatian menyegarkan ketika penapaian serabut terlarut, serta keupayaan serabut tidak terlarut (melalui ciri-ciri hidrofilik pasifnya) untuk membesarkan uraiannya, melembutkan tinja dan memendekkan masa peralihan melalui salur usus.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Eastwood tidak disediakan
  2. ^ Anderson JW, Baird P, Davis RH; dll. (2009). "Health benefits of dietary fiber". Nutr Rev. 67 (4): 188–205. doi:10.1111/j.1753-4887.2009.00189.x. PMID 19335713. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting

Templat:Dietary supplement