Seram merupakan genre fiksyen yang bertujuan untuk, atau memiliki keupayaan bagi menakutkan, menyeramkan, menjijik, atau mengejutkan pembaca atau penonton mereka dengan mendorong perasaan seram dan ganas. Sejarahwan penulisan J. A. Cuddon telah mentakrifkan kisah seram sebagai "satu cereka berbentuk prosa yang panjangnya boleh berubah ... yang mengejutkan atau menakutkan pembaca, atau kemungkinannya mendorong perasaan jijik atau kebencian.[1] Ia mencipta suasana ngeri dan menakutkan. Kisah seram sering kali alam ghaib, sungguhpun ia tidak semestinya mengenai alam ghaib. Selalunya karya cereka seram boeh ditafsirkan sebagai metafora bagi kebimbangan meluas sesuatu masyarakat.

Gambaran "Gagak" ("The Raven") Poe oleh Gustav Dore
Gambaran "Gagak" ("The Raven") Poe oleh Gustav Dore

Genre seram mempunyai elemen-elemen yang sering diberikan penekanan untuk menghasilkan mood gerun, takut dan seram antaranya ialah pergerakan kamera, lokasi, bunyi, mekap, kostum, props, pencahayaan, ekspresi dan pergerakan lakonan


Sejarah

sunting

Genre kisah-kisah seram seringkali berakar dalam kisah rakyat atau tradisi keugamaan, memberi tumpuan pada kematian, selepas mati, syaitan, jembalang dan prinsip yang terkandung dalam manusia. [2] Ini telah dimanifestasikan dalam kisah-kisah makhluk seperti perempuan penyihir, Vampire, Serigala jadian dan hantu.

Seram Gothic [ada kurun ke-18

sunting
 
Edgar Allan Poe

Fiksyen Gothik kurun ke-18 mengambil dari sumber ini dengan seminal dan kontrovesi Istana kota Otranto ("The Castle of Otranto") (1764) oleh Horace Walpole. Ini menandakan pertama kali unsur ghaib dimasukkan dan bukannya realism sepenuhnya. Malah edisi pertama diterbitkan secara samaran percintaan abad pertengahan sebenar dari Itali dan diterbitkan semula oleh penterjemah rekaan. Apaabila didedahkan sebagai kontemporari, ramai yang mendapatinya sebagai bersalahan, kolot, atau ringkasnya nilai rendah ("poor taste") — tetapi ia terbukti amat popular. Novel seram Gothic itu memberi inspirasi bagi hasil kerja seperti Vathek (1786) oleh William Thomas Beckford, A Sicilian Romance (1790), The Mysteries of Udolpho (1794) dan The Italian (1796) oleh Ann Radcliffe dan The Monk (1797) oleh Matthew Lewis. Sejumlah besar cereka seram pada era ini biasanya ditulis oleh wanita dan dipasarkan bagi pembaca wanita, senario biasa merupakan wanita heroin yang berkebolehan terancam dalam istana kota suram.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Cuddon, J.A. (1984). "Introduction". The Penguin Book of Horror Stories. Harmondsworth: Penguin. m/s. 11. ISBN 0-14-006799-X.
  2. ^ Rosemary Jackson (1981). Fantasy: The Literature of Subversion. London: Methuen. m/s. 53–5, 68–9.
  3. ^ Richard Davenport-Hines (1998). Gothic: 1500 Years of Excess, Horror, Evil and Ruin. London: Fourth Estate.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting