Serangan Mumbai 26 November 2008

Serangan Mumbai November 2008 ialah satu siri serangan pengganas teratur yang berlaku di Mumbai, iaitu pusat kewangan dan bandar raya terbesar di India. Serangan bermula pada 26 November 2008 dan berakhir pada 29 November 2008 apabila pasukan keselamatan India melancarkan Operasi Black Tornado untuk mengawal semula semua tempat kejadian.[8] Sekurang-kurangnya 188 orang[4] terbunuh menakala sekurang-kurangnya 293 lagi cedera dalam kejadian.[9]

Serangan Pengganas di Mumbai 2008
Serangan Pengganas di Mumbai 2008
Locations of the attacks
Lokasi Mumbai, India
Tarikh 26 November 2008, 21:20[1] – 29 November 2008 (IST, UTC +5:30)
Jenis serangan Pengeboman, tembak-menembak, krisis tebusan[2]
Senjata RDX, AK-47, Type 56 dan bom tangan[3]
Kematian 188[4]
Cedera 294[5]
Pelaku Lashkar-e-Taiba[6][7]

Lapan serangan berlaku di kawasan Mumbai Selatan, iaitu Stesen Keretapi Chhatrapati Shivaji Terminus,[10] Hotel Oberoi Trident,[10] Hotel Taj Mahal Palace & Tower,[10] Leopold Cafe,[10] Hospital Cama,[10] Rumah Nariman milik Yahudi Ortodoks,[11] Metro Cinema,[12] dan sebatang lorong di belakang bangunan Times of India di belakang Kolej St. Xavier.[10] Letupan juga terjadi di limbungan Mazagaon di kawasan pelabuhan Mumbai. Insiden kesepuluh merupakan letupan teksi di Vile Parle berhampiran lapangan terbang, tetapi sebarang kena-mengena dengan sembilan serangan lain adalah tidak jelas.[13]

Pada awal pagi 28 November, kesemua tempat kejadian kecuali Taj Mahal Palace ditawan oleh polis dan pasukan keselamatan. Tindakan yang diambil Pengawal Keselamatan Negara pada 29 November menamatkan kejadian Taj Mahal Palace, sekaligus menamatkan segala pertempuran.[14]

Mula-mulanya, sebuah pertubuhan yang bergelar Deccan Mujahideen mengaku bertanggungjawab.[15] Tidak lama kemudian, Mohammad Ajmal Amir Kasab,Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; nama-nama tidak sah, misalnya terlalu banyak iaitu satu-satunya pengganas yang ditawan hidup-hidup, mendedahkan identiti penyerang sebagai ahli-ahli Lashkar-e-Taiba, iaitu pertubuhan militan di Pakistan yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh India, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan lain-lain lagi.[16] Satu perbicaraan mahkamah pada 6 Mei 2010 menjatuhkan hukuman mati terhadap Ajmal Kasab atas lima dakwaan.

Serangan-serangan tersebut dikecam masyarakat dunia.[17]

Atribusi sunting

Kerjasama dengan Pakistan sunting

Pakistan pada awalnya menafikan rakyatnya bertanggungjawab terhadap serangan ini, sebaliknya menyalahkan dalang dari Bangladesh dan penjenayah India,[18] suatu dakwaan yang dinafikan India,[19] dan menyatakan mereka memerlukan maklumat daripada India dahulu, mengenai beberapa pengeboman lain.[20] Pihak berkuasa Pakistan akhirnya bersetuju pada 7 Januari 2009 yang para penyerang itu orang Pakistan,[21][22] dan membuka kes terhadap tiga rakyat Pakistan.[23]

Kerajaan India memberikan bukti kepada Pakistan dan kerajaan lain, dalam bentuk rekod soal siasat, senjata dan rakaman perbualan semasa serangan.[6] Sebagai tambahan, pegawai kerajaan India menyatakan yang serangan ini amat canggih dan para penyerang mesti mendapat bantuan daripada "agensi" Pakistani, suatu tuduhan yang dinafikan Pakistan.[24][22]

Pada Oktober 2010, satu laporan India dikeluarkan, meringkaskan risikan yang diperolehi daripada soal siasat India terhadap David Headley.[25] Ia mendakwa yang agensi perisikan Pakistan (ISI) tekah memberikan sokongan untuk serangan tersebut dengan menyediakan dana untuk misi peninjauan di Mumbai.[26] Laporan ini turut memuatkan dakwaan Headley bahawa ketua komander tentera Lashkar-e-Taiba Zaki-ur-Rahman Lakhvi, mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pengarah ISI.[nyatakan menurut siapa?][25] Dia mengatakan yang "setiap tindakan besar LeT dilakukan dengan koordinasi rapat ISI."[26]

Kematian sunting

Sekurang-kurangnya 188 orang terbunuh[4], termasuk kira-kira 40 umat Islam dan warga-warga dari 10 negara.[27] Mangsa terkorban terdiri daripada 141 orang awam India, 17 anggota polis dan 30 warga asing, iaitu 4 warga Amerika, 4 warga Australia, 3 warga Jerman, 2 warga Israel-Amerika, 2 warga Israel, 2 orang Kanada, 2 warga Perancis, 1 warga Itali, 1 warga Britain, 1 warga belanda, 1 warga Jepun, 1 warga Jordan, 1 warga Malaysia, 1 warga Mauritius, 1 warga Mexico, 1 warga Singapura dan 1 warga Thailand.[28][29][30][31][32][33][34]

Selain itu, sembilan orang pengganas terbunuh sementara seorang lagi ditangkap.[35]

Kebanyakan mayat tebusan dan penyerang menampakkan kesan seksaan atau pencacatan.[36] Seorang pakar perubatan Mumbai yang mengkaji mayat-mayat tersebut berkata, "Nampaknya kebanyakan mereka yang terkorban telah diseksa" dan "Di kalangan semua mayat, mangsa Israellah yang paling banyak kesan seksaan."[36] Laporan yang sama mencatat bukti bahawa "kematian pengganas juga tidak kemas," memetik pakar tersebut: "Muka mereka [penyerang] sukar dikenal pasti lagi."[36] Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa angkatan komando India mengambil dasar menghapuskan musuh begitu sahaja setelah dianggap bahawa tiada lagi tebusan yang masih hidup.[36]

27 orang luar lain dari pelbagai negara tercedera dalam kejadian lalu dikejarkan ke Hospital Bombay. Sumber hospital menyatakan mereka terdiri dari warga Australia, AS, UK, Kanada, Jerman, Sepanyol, Norway, Finland, Oman, China, Jepun, Filipina dan Jordan.[33]

Andreas Liveras, seorang usahawan kapal layar yang memegang dua kerakyatan iaitu Cyprus Greek dan British, adalah antara mangsa yang terkorban[37]; begitu juga dengan penerbit TV Jerman Ralph Burkei, dan usahawan pakaian dalam wanita Perancis Loumia Hiridjee dan suaminya.[38][39] Pasangan suami isteri yang ditahan di Rumah Nariman, Rabai Gavriel Noach Holtzberg dan Rivka Holtzberg yang mengandung enam bulan, juga diseksa dan dibunuh.[40][41][42]

Menurut ketua menteri negeri Maharashtra, Vilasrao Deshmukh, 15 orang anggota polis dan dua orang komando NSG terkorban, termasuk pegawai berikut:[43][31]

Tiga orang pegawai Chhatrapati Shivaji Terminus turut terbunuh dalam kejadian.[45][46] Kerajaan Maharashtra mengumumkan pampasan sebanyak Rs. 5 lakh (kira-kira AS$10,000) kepada sanak-saudara mangsa yang terkorban dan Rs. 50,000 (kira-kira AS$1,000) kepada yang cedera parah.[47]

Mengikut lokasi sunting

Lokasi Jenis pembunuhan Maut Terselamat
Pelabuhan Mumbai Tembak-menembak; tebusan. 4 tiada
Stesen kereta api Chhatrapati Shivaji Terminus (Victoria) Tembak-menembak; bom tangan. 58[48][49] tiada
Leopold Cafe, Colaba Tembak-menembak; letupan bom tangan.[50] 10[51] none
Taj Mahal Palace & Tower hotel Tembak-menembak;[52] enam letupan; kebakaran di tingkat bawah, pertama, dan atas; tebusan;[28] RDX ditemui berhampiran.[53] around 40
(1 commando)
kira-kira 250
Hotel Oberoi Trident Tembak-menembak; letupan; tebusan; kebakaran. 30[54] 143
Metro Cinema Tembak-menembak dari jip polis yang terampas.[55] kira-kira 10 tiada
Hospital Cama Tembak-menembak; tebusan.[56] 5 anggota polis[48] tiada
Rumah Nariman (Rumah Mumbai Chabad) Pengepungan; tembak-menembak; tebusan.[57] 7 (1 komando)[58][59] 9
Pinggiran Vile Parle, Mumbai Utara Letupan bom kereta.[60] 1[61] tiada
Lorong di belakang wisma Times of India Polis ditembak mati 9 orang polis tiada
Limbungan Mazagaon Letupan; bot berisi senjata dirampas.[62] tiada tiada

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nytimes-latest tidak disediakan
  2. ^ "India terrorist attacks leave at least 101 dead in Mumbai". Los Angeles Times. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mumbaiattack-toi tidak disediakan
  4. ^ a b c "US presses Pakistan over Mumbai". BBC News. 2008-12-03. Dicapai pada 2008-12-03.
  5. ^ "125 dead, 327 injured in Mumbai attacks, says Union Home Ministry". The Hindu. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-29.
  6. ^ a b Somini Sengupta (2009-01-06). "Dossier From India Gives New Details of Mumbai Attacks". The New York Times. Dicapai pada 2009-02-14.
  7. ^ Maseeh Rahman (2008-11-27). "Mumbai terror attacks: Who could be behind them?". The Guardian. London. Dicapai pada 2008-11-29.
  8. ^ Singh, Tejinder (2008-12-01). "Lashkar-E-Taiba`s audacious siege of Mumbai". New Europe. Dicapai pada 2008-12-03.
  9. ^ "Mumbai death toll revised down". The Australian. 2008-12-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-02. Dicapai pada 2008-12-01.
  10. ^ a b c d e f "Wave of Terror Attacks Strikes India's Mumbai, Killing at Least 182". FOX News. 2008-11-27]]. Dicapai pada 2008-12-03. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ Kahn, Jeremy (2008-12-02). "Jews of Mumbai, a Tiny and Eclectic Group, Suddenly Reconsider Their Serene Existence". New York Times. Dicapai pada 2008-12-03.
  12. ^ Magnier, Mark (2008-12-03). "Mumbai police officers describe nightmare of attack". Los Angeles Times. Dicapai pada 2008-12-03.
  13. ^ "Cops clueless about Vile Parle taxi blast". The Times of India. 2008-11-26. Dicapai pada 2008-11-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ "Police declare Mumbai siege over". BBC News. 2008-11-29. Dicapai pada 2008-11-29.
  15. ^ "Deccan Mujahideen claims it behind Mumbai attacks - TV". Reuters. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-12-03.
  16. ^ Schmitt, Eric (2008-12-03). "U.S. and India See Link to Militants in Pakistan". New York Times. Dicapai pada 2008-12-03. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  17. ^ Black, Ian (2008-11-28). "Attacks draw worldwide condemnation". The Guardian. Dicapai pada 2008-12-05.
  18. ^ "Chidambaram asserts 26/11 originated from Pak soil". The Hindu. 2009-02-09. Dicapai pada 2009-02-21.
  19. ^ Shakeel Ahmad (2009-02-16). "Samjhota, Mumbai attacks linked, says Qureshi". Dawn. Dicapai pada 2009-02-16. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TIME08JAN2009 tidak disediakan
  21. ^ a b Richard A. Oppel dan Salman Masood (2009-01-07). "Gunman in Mumbai Siege a Pakistani, Official Says". The New York Times. Dicapai pada 2009-02-21.
  22. ^ "Part of 26/11 plan made on our land, admits Pakistan". NDTV. 2009-02-12. Dicapai pada 2009-02-12.
  23. ^ a b "Indian gov't: Pakistan spies tied to Mumbai siege". news.yahoo.com. Associated Press. 19 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-21. Dicapai pada 20 Oktober 2010.
  24. ^ a b "Report: Pakistan Spies Tied to Mumbai Siege". Associated Press. 2010-10-19. Dicapai pada 2010-10-20.
  25. ^ http://timesofindia.indiatimes.com/Islamabad_accepts_terrorists_may_be_from_Pak/articleshow/3786207.cms
  26. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CNN tidak disediakan
  27. ^ Chang, Anita (2008-11-27). "104 killed as gunmen rampage in India city". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-01. Dicapai pada 2008-11-27. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  28. ^ Somayaji, Chitra (2008-11-27). "Mumbai Deaths in Attacks Top 100; Injured Total 290". Bloomberg. Dicapai pada 2008-11-27. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  29. ^ a b "Indian forces storm Jewish centre". BBC News. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-27. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  30. ^ One Japanese killed, another wounded in Mumbai shootings. Diarkibkan 2008-12-03 di Wayback Machine Retrieved on November 26, 2008.
  31. ^ a b PTI (2008-11-27). "Nine foreigners die in terror attacks". mid-day.com. Dicapai pada 2008-11-27. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  32. ^ "Mumbai: Italian killed in attack". ANSA. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-27. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  33. ^ Stevens, Andrew (2008-11-29). "Indian official: Terrorists wanted to kill 5,000". CNN. Dicapai pada 2008-11-30. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  34. ^ a b c d "Rediff: Doctors shocked at hostages's torture".
  35. ^ Naughton, Philippe (2008-11-27). "British yachting tycoon Andreas Liveras killed in Bombay terror attacks". The Times. Dicapai pada 2008-11-27.
  36. ^ http://www.hindu.com/2008/11/28/stories/2008112854911900.htm Diarkibkan 2011-08-13 di Wayback Machine and https://web.archive.org/web/20110917183203/http://www.iht.com/articles/2008/11/27/asia/28mumbai.php
  37. ^ The Associated Press ("1 day ago"). "2 French killed in Mumbai attacks identified". Google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-01. Dicapai pada 2008-11-29. Check date values in: |date= (bantuan)
  38. ^ [http:http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/128629] and [http:http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/128629]
  39. ^ Chabad rabbi, wife killed in Mumbai attacks Diarkibkan 2008-12-02 di Wayback Machine by JTA Staff, Jewish Telegraph Agency (JTA), November 28, 2008.
  40. ^ [http:http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/128629]
  41. ^ a b c "Indian victims include financier, journalist, actor's sister, police". CNN. 2008-11-30. Dicapai pada 2008-11-30.
  42. ^ a b c d "Three top cops die on duty". The Times of India. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-27. Check date values in: |date= (bantuan)
  43. ^ Three rly men killed in CST encounter
  44. ^ [1]
  45. ^ "Key developments in Mumbai terror attacks". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-15. Dicapai pada 2008-12-09.
  46. ^ a b India terror begins with corpses on train platform
  47. ^ Of 58 killed at terminus, 22 were Muslims, The Times of India (December 3, 2008)
  48. ^ Blakely, Rhys and Jeremy Pag. "Defiant Leopold café shows that Mumbai is not afraid". Dicapai pada 30 November 2008. Text "date-1 December 2008" ignored (bantuan)
  49. ^ http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/asia/article5260641.ece
  50. ^ "Scores killed in Mumbai attacks".
  51. ^ "Fighting reported at Mumbai Jewish center". CNN. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  52. ^ http://www.taratv.com/national.php?task=full&newsid=4384
  53. ^ "India under attack". The Economist print edition. The Economist. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-28.
  54. ^ "Mumbai terror kills 65".
  55. ^ "Encounter on at Nariman House in South Mumbai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada 2008-11-27.
  56. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-04. Dicapai pada 2008-12-04.
  57. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-26. Dicapai pada 2008-12-09.
  58. ^ TERROR TAKES OVER MUMBAI Diarkibkan 2009-10-22 di Wayback Machine. The Statesman.
  59. ^ http://news.yahoo.com/s/ap/20081130/ap_on_re_as/as_india_three_days_of_terror;_ylt=Av6QjVu3WBqaVaIH9i.lpL1vaA8F
  60. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan es tidak disediakan

Pautan luar sunting

Templat:War on Terrorism