Serangan Pickett merujuk pada satu serangan infantri yang diarahkan oleh Jen. Robert E. Lee dari pihak Konfederasi menyerang kedudukan Mej. Jen. George G. Meade Kesatuan di Cemetery Ridge pada 3 Julai, 1863, yang juga merupakan hari terakhir dalam Pertempuran Gettysburg yang terletak di dalam negeri Pennsylvania semasa Perang Saudara Amerika. Serangan sia-sia ini telah dijangka oleh komander serangan ini, Lt. Jen. James Longstreet, dan dianggap sebagai satu kesilapan yang boleh dielakkan oleh usaha perang pihak Selatan yang tidak pernah pulih baik segi ketenteraan atau fizikal. Titik paling jauh boleh dicapai dalam serangan ini dikenali sebagai tanda air tertinggi oleh Gabungan.

Lukisan oleh Thure de Thulstrup berkenaan Pertempuran Gettysburg, menunjukkan Serangan Pickett.
Serangan Pickett daripada kedudukan pasukan Gabungan ke arah kedudukan Kesatuan, dusun Ziegler di kiri, rumpun pokok-pokok di kanan, dilukis oleh Edwin Forbes
Peta Serangan Pickett , 3 Julai, 1863.
  Confederate
  Union
Peta Serangan Pickett (terperinci), 3 Julai, 1863.
  Confederate
  Union

Serangan ini dinamakan bersempena nama Mej. Jen. George Pickett, seorang dari para jeneral pasukan Gabungan yang mengetuai serangan ini di bawah arahan Longstreet.

Selepas serangan pihak Gabungan ke atas kedua-dua sisi pasukan Kesatuan yang gagal sehari sebelumnya, Lee telah memutuskan untuk menyerang bahagian tengah pasukan Kesatuan pada hari ke-3. Pada malam 2 Julai, Meade dalam sebuah majlis perang menjangka bahawa Lee akan cuba menyerang di bahagian tengah pada waktu pagi.

Serangan infantri didahului dengan pengeboman artileri bertujuan untuk melemahkan pertahanan Kesatuan dan menghapuskan keupayaan artilerinya, akan tetapi tidak berkesan. Kira-kira 12,500 tentera yang dibahagikan kepada sembilan briged kemudian mara ke dataran terbuka sejauh tiga suku batu di bawah tembakan artileri dan senapang yang tinggi. Meskipun beberapa pasukan Gabungan berjaya menembusi dinding batu rendah yang menjadi pertahanan kepada pasukan Kesatuan, mereka gagal untuk mempertahankan kedudukan ini dan berjaya diundurkan dengan lebih 50% kematian, satu kekalahan muktamad yang menamatkan pertempuran 3 hari ini dan kempen Lee di Pennsylvania.[1] Setahun kemudian, apabila ditanya mengapa serangan beliau di Gettysburg gagal, Pickett membalas: "Saya selalu berfikir Yankees akan melakukan sesuatu dengannya."[2]

Nota sunting

  1. ^ Pfanz, pp. 44–52.
  2. ^ Boritt, p. 19.

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

Templat:Gettysburg Campaign

Koordinat: 39°48′45″N 77°14′12″W / 39.8126°N 77.2366°W / 39.8126; -77.2366