Serangan Pulau Mabul

Satu serangan di Pulau Mabul telah berlaku di mana seorang polis marin Sabah bernama Abdul Rajah Jamuan telah ditembak mati pada 11 Julai 2014. Beliau telah meninggal dunia dalam satu serangan hendap di Pulau Mabul berhampiran Semporna, Sabah. Rakan setugasnya, Zakia Aleip yang ketika itu berumur 26 tahun, masih hilang selepas kejadian tembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina di Mabul Water Bungalows Resort di Pulau Mabul pada kira-kira pukul 11 malam Sabtu. Abdul Rajah telah dibawa ke Hospital Semporna. Jarak dari Pulau Mabul ke pekan Semporna kira-kira 45 minit menaiki bot.

Kejadian sunting

Kumpulan bersenjata itu menggunakan bot sebelum memanjat ke arah jeti tempat peranginan melalui belakang bangunan berkenaan. Mereka melepaskan tembakan secara rawak ke arah restoran, ruang menyambut tetamu dan jeti, sebelum melarikan diri. Kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti tempat peranginan berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang. Dua orang anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan. Dua orang polis lain berjaya untuk mendapatkan perlindungan ketika kejadian tembak-menembak berlaku. Sementara Sarjan Jeffridin yang berada di atas bot berhampiran, mendengar bunyi tembakan dan membuat siasatan. Polis menemui mayat Rajah di bawah jeti. Kemungkinan penyerang disyaki merupakan anggota kumpulan militan atau komando.[perlu rujukan]

Korban sunting

Koperal Abdul Rajah Jamuan (meninggal dunia 11 Julai 2014; 32 tahun), seorang polis marin Sabah, yang berasal dari Semporna bertugas sebagai jurumudi Kapal Rondaan Air 1, di Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh, Manjung, Perak kira-kira setahun (2012-2013) sebelum berpindah ke Semporna. Isterinya Salamah Amad, ketika itu berumur 26 tahun, dan anak tunggal mereka tinggal di Batu 2, Semporna.

Pemburuan polis sunting

Polis Sabah yang disertai bot peronda daripada pelbagai pasukan keselamatan termasuk helikopter tentera laut memburu mereka di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina.[1] Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun percaya kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan Filipina.

Abdul Rajah Jamuan dikebumikan sebelum solat zuhur pada hari Ahad dalam upacara penghormatan pasukan polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebun Bunga Jalan Batu 3, Semporna.[2]

Serangan yang berlaku di Sabah ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan di Sabah. Insiden ini akan mengugat keharmonian dan kestabilan penduduk tempatan.[[:]] Namun setakat ini, tiada seorang pun pelancong tempat peranginan berkenaan mengalami kecederaan.[3]

Peristiwa berkaitan sunting

  1. Pawagam di kompleks beli-belah 'One Kapital Plaza' di Sandakan terbakar pada 12 Julai 2014.
  2. Pencerobohan tentera Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu mengakibatkan kematian lapan anggota polis dan dua anggota tentera Mac 2013. Ahli parlimen Batu, KL Tian Chua mahu kerajaan mengeluarkan kertas putih berhubung peristiwa itu.
  3. Esscom ditubuhkan dan distruktur semula bagi memastikan keselamatan timur Sabah. Namun, penculikan masih berlaku.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Serangan Di Pulau Mabul: Operasi Besar-Besaran Buru Lelaki Bersenjata". mSTAR Online. 13 Julai 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Isteri ingat pesanan terakhir Kpl Ab Rajah". Utusan Malaysia. 13 Julai 2014.
  3. ^ "Seorang polis marin terbunuh, seorang lagi hilang diserang di Pulau Mabul". Berita Harian. 13 Julai 2014.
  4. ^ "Kerajaan tak ambil iktibar serangan pengganas di Sabah – Tian". Keadilan Daily. 13 Julai 2014.