Serangan ke atas Yugoslavia

Pencerobohan Yugoslavia (nama kod Arahan 25 atau Operasi 25), juga dikenali sebagai Perang April (Croatia: Travanjski rat, Serbia/Bosnia: Aprilski rat, bahasa Slovenia/Mecedonia: aprilska vojna) atau Kempen Balkan (Jerman: Balkanfeldzug), adalah satu serangan oleh Kuasa Paksi ke atas Kerajaan Beraja Yugoslavia yang mana bermula pada 6 April 1941 semasa Perang Dunia II. Serangan ini tamat dengan penyerahan diri tanpa syarat oleh Tentera Darat Diraja Yugoslavia pada 17 April 1941, pengilhakkan dan pendudukan wilayah Yugoslavia oleh kuasa-kuasa Paksi dan penubuhan Croatia (Nezavisna Država Hrvatska, atau NDH).

Pencerobohan Yugoslavia (Unternehmen 25)
Sebahagian daripada Kempen Balkan semasa Perang Dunia II

Satu gambaran serangan Kuasa Paksi ke atas Yugoslavia dari siri Why We Fight
Tarikh6 April 1941 – 17 April 1941
Lokasi
Keputusan

Kemenangan muktamad Kuasa Paksi

Pihak yang terlibat

Kuasa Paksi:
 Jerman Nazi
 Itali

Hungary Hungary
Pihak Berikat:
 Kingdom of Yugoslavia
Komandan dan pemimpin
Jerman Nazi Maximilian Freiherr von Weichs
Jerman Nazi Wilhelm List
Kerajaan Itali (1861–1946) Vittorio Ambrosio
Hungary Elemér Gorondy-Novák

Kingdom of Yugoslavia Dušan Simović

Kingdom of Yugoslavia Milorad Petrović
Kingdom of Yugoslavia Milutin Nedić
Kingdom of Yugoslavia Milan Nedić
Kingdom of Yugoslavia Petar Nedeljković
Kingdom of Yugoslavia Vladimir Čukavac
Kingdom of Yugoslavia Dimitrije Živković
Kingdom of Yugoslavia Dušan Trifunović
Kekuatan
700,000 850,000
Kerugian dan korban
Jerman: (Angka rasmi Jerman PDII) 151 terbunuh
392 cedera
15 hilang
60+ pesawat ditembak jatuh dan lebih 70 orang krew udara mati atau hilang
Itali: 3,324 mati atau cedera
10+ pesawat ditembak jatuh, 22 rosak.
Hungary: 120 mati
223 cedera
13 hilang
1+ pesawat ditembak jatuh.
Beribu-ribu orang awam dan askar mati
254,000-345,000 ditawan oleh Jerman, 30,000 oleh Itali
(rekod rasmi Jerman: Dari jumlah ini; 6298 orang pegawai dan 337.864 tentera) 49 pesawat ditembak jatuh, 103 juruterbang dan krew udara mati
211 pesawat ditawan
3 buah kapal pembinasa dan 3 buah kapal selam ditawan.

Latar belakang sunting

Pada bulan Oktober 1940, Fasis Itali yang telah menyerang Yunani telah dipaksa berundur kembali ke Albania. Adolf Hitler menyedari keperluan untuk membantu sekutu beliau, Benito Mussolini. Hitler melakukan tindakan ini bagi mengelakkan United Kingdom dari mengebom medan minyak Romania yang mana merupakan pembekal utama bagi Jerman.[1]

Berikutan persetujuan oleh Hungary, Romania dan Bulgaria yang mana akan menyertai Kuasa Paksi, Hitler memberi tekanan kepada Yugoslavia untuk turut sama menyertai Pakatan Tripartite. Pemangku raja, Putera Paul, tunduk pada tekanan ini pada 25 Mac 1941. Bagaimanapun, tindakan ini merupakan satu tindakan tidak popular di kalangan tentera dan orang awam Serbia yang anti-Kuasa Paksi. Satu rampasan kuasa telah dilakukan pada 27 Mac 1941 oleh para pegawai tentera Serbia anti-Paul, dan takhta beliau digantikan dengan Raja Peter II.[2]

Setelah mendengar berita rampasan kuasa di Yugoslavia, Hitler telah memanggil penasihat tentera beliau ke Berlin pada 27 Mac. Hitler mengganggap rampasan ini sebagai serangan peribadi, dan amat marah serta memutuskan "tanpa menunggu kemungkinan pengistiharan kesetiaan oleh kerajaan baru bagi menghancurkan kekuatan tentera dan Yugoslavia sebagai sebuah negara.",[3] meskipun jelas kelihatan kesediaan pemerintah baru Yugoslavia untuk terus mengekalkan penglibatan Yugoslavia di dalam Pakatan Tripartite.[4]

Aftermath sunting

 
Pendudukan dan pemisahan wilayah Yugoslavia selepas serangan.

Kuasa Paksi mendapat kemenangan pantas. Pada 17 April 1941, Yugoslavia menyerah diri selepas hanya 11 hari berperang. Tentangan tentera darat Yugoslavia tidak banyak membantu. Wilayah Yugoslavia kemudian dibahagi-bahagikan di antara Jerman, Hungary, Itali dan Bulgaria, dengan kebanyakan wilayah Serbia diduduki oleh Jerman. Pemimpin fasis Crotia yang disokong oleh Itali, Ante Pavelić telah lebih awal mengistiharkan sebuah Negara Merdeka Croatia [5] sebelum serangan ini tamat.

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ Young, Peter; World War II, Pg 68
  2. ^ Williams, Heather; Parachutes, Patriots and Partisans: The Special Operations Executive and Yugoslavia, 1941-1945, pp 28-36; C. Hurst & Co., 2003; ISBN 1-85065-592-8
  3. ^ Shirer, William L., The Rise and Fall of the Third Reich: A History of Nazi Germany, Simon and Schuster, 1990 ISBN 0-671-72868-7, page 824
  4. ^ Williams, Heather; Parachutes, Patriots and Partisans: The Special Operations Executive and Yugoslavia, 1941-1945, p 33; C. Hurst & Co., 2003; ISBN 1-85065-592-8
  5. ^ Tomasevich, 2001, pp. 52-53.

Bibliografi sunting

  • The German Campaigns in the Balakans (Spring 1941). United States Army Center of Military History. 1986 [1953]. CMH Pub 104-4.
  • Ciglic, B. and Savic, D., Dornier Do 17 The Yugoslav Story, Operational Record 1937-1947, Jeroplan, Belgrade, 2007. ISBN 978-86-909727-0-8
  • Conways All The World's Fighting Ships 1922-1946, - Conway Maritime Press, London,1980. ISBN 0 85177 146 7
  • Fatutta, F. and Covelli, L. 1941: Attack on Yugoslavia, in The International Magazine of Armies & Weapons, Year IV - Nos. 15 and 17, January and May 1975, Lugano, Switzerland.
  • Geschichte des Zweiten Weltkrieges Vol. 3, A. A. Gretschko, Berlin: Militärverlag der Deutschen Demokratischen Republik, 1977.
  • Goss, Chris. Dornier 17: In Focus, Surrey, UK: Red Kite Books, 2005. ISBN 0-9546201-4-3
  • Niehorster, Leo W.G. The Royal Hungarian Army, 1920-1945, Europa Books Bayside New York 1998 ISBN 978-1-891227-19-6
  • Novak, J. and Spencer, D., Hrvatski Orlovi: Paratroopers of the Independent State of Croatia 1942-1945, Axis Europa Books, Bayside NY, 1998. ISBN 1 891227 13 0
  • Shaw, L., Trial by Slander: A background to the Independent State of Croatia, Harp Books, Canberra, 1973. ISBN 0-909432-00-7
  • Shores, C., Cull, B. and Malizia, N., Air War for Yugoslavia, Greece & Crete – 1940-41, Grub Street, London, 1987. ISBN 0-948817-07-0
  • The Times Atlas of the Second World War, John Keegan (ed.), New York: Harper and Row, 1989.
  • Thomas, N., and Mikulan, K., Axis Forces in Yugoslavia 1941-45, Osprey Publications, 1995. ISBN 1-85532-473-3
  • Tomasevich, Jozo. War and Revolution in Yugoslavia 1941-1945: The Chetniks, Stanford, Cal., London, Oxford University Press, 1975. ISBN 0-8047-0857-6
  • Tomasevich, Jozo. War and Revolution in Yugoslavia 1941-1945: Occupation and Collaboration, Stanford, Cal.: Stanford University Press, 2001. ISBN 0-8047-3615-4
  • United States Army Center of Military History Publication 104-4 The German Campaign in the Balkans (Spring 1941), 1986.
  • Weal, John (1998). Junkers Ju 87 Stukageschwader of North Africa and the Mediterranean, Oxford: Osprey. ISBN 1-85532-722-8
  • Whitely, M.J., Destroyers of World War Two: An International Encyclopedia, US Naval Institute Press, 2001. ISBN 978-0-87021-326-7

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting