Serangan penafian-perkhidmatan

Didalam istilah pengkomputeran, Serangan penafian-perkhidmatan (denial-of-service (DoS) attack) atau Serangan penafian-perkhidmatan teragih (distributed denial-of-service atau DDoS) ialah satu serangan terhadap sistem komputer atau rangkaian komputer yang menyebabkan ia hilang keupayaan untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna yang sebenar. Walaupun cara yang dilaksanakan, motif dan juga sasaran serangan sebegini mungkin berbeza-beza, secara kasarnya dia mengandungi usaha untuk mengganggu atau menggantung perkhidmatan hos komputer yang bersambung ke internet.

Satu cara serangan yang biasa diguna melibatkan penepuan mesin sasaran dengan permintaan komunikasi luaran, hinggakan ia tidak mampu untuk memberi tindak balas terhadap trafik yang sah, ataupon bertindakbalas dengan sangat perlahan sehinggakan perkhidmatan seperti tidak berfungsi. Serangan seperti ini biasanya menyebabkan hos pelayan melebihi had bebanan.


Cara serangan sunting

Serangan DoS boleh dilakukan dalam beberapa cara. Terdapat tiga jenis serangan asas:

  1. Membebani sumber komputasi seperti lebar jalur, ruang cakera, atau unit pemproses pusat (CPU)
  2. Pengganguan maklumat konfigurasi seperti maklumat routing
  3. Pengganguan fizikal komponen rangkaian.

Pautan luar sunting