Serangan terhadap Bani Qainuqak

Serangan ke atas Bani Qainuqak, Arab: بنو قينقاع) atau Ekspedisi menentang Bani Qainuqak [1] berlaku dalam tahun 624 M. Bani Qaunuqak ialah suku kaum Yahudi yang disingkirkan oleh Muhammad kerana dikatakan mungkir janji yang dibuat bersama dalam Piagam Madinah.[2][3]:209 Seorang ahli kaum Qainuqak menyemat pakaian seorang wanita Muslim yang menyebabkan pakaian wanita tersebut terbuka. Pergaduhan berlaku dan seorang Muslim membunuh orang Yahudi sebagai balasan. Orang Yahudi kemudiannya membunuh Muslim tersebut. Perbalahan ini meningkat sehinggakan mencetuskan pembunuhan saling menyebabkan permusuhan antara Muslim dan Yahudi Bani Qainuqak yang membawa kepad pengepungan kubu mereka.[2][4][5]:122 Suku kaum Yahudi ini akhirnya menyerah kalah kepada Muhammad yang pada awalnya mahu menjatuhkan hukum bunuh ke atas suku Qainuqak tetapi akhirnya mengalah kepada rayuan Abdullah bin Ubaiy dan bersetuju agar Bani Qainuqak dihalau.[6]

Serangan terhadap Bani Qainuqak
Sebahagian daripada Kempen Muhammad

Lukisan mohor Muhammad
Lokasi
Keputusan Penyingkiran Bani Qainuqak
Pihak yang terlibat
Muslim dari Yathrib Yahudi dari Yathrib
Komandan dan pemimpin
Muhammad

Bani Qainuqak sunting

Pada abad ketujuh Masihi, Bani Qainuqak tinggal di dalam dua kubu atau kota di bahagian barat daya Yathrib. Tarikh mereka sampai di Madinah tidak diketahui. Walaupun ahli Bani Qainuqak menggunakan nama Arab, mereka orang Yahudi dari segi etnik dan agama. Mereka tidak memiliki tanah dan menyara hidup dengan menjalankan perdagangan dan kerja tangan, termasuklah dengan menjadi tukang emas.[7] Pasar Yathrib terletak di bahagian bandar di mana teletak penempatan Qainuqak.[8]:182 Bani Qainuqak bersekutu dengan suku Arab tempatan, Bani Khazraj dan menyokong mereka dalam pertelingkahan mereka menentang Bani Aws.[7]

Nota sunting

  1. ^ Mubarakpuri, Saifur Rahman Al (2005), Ar-Raheeq Al-Makhtum, Darussalam Publications, m/s. 117
  2. ^ a b Sirat Rasul Allah, m/s. 363 Unknown parameter |other= ignored (|others= suggested) (bantuan); Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); |first= missing |last= (bantuan)
  3. ^ Watt (1956), Muhammad at Medina.
  4. ^ Mubarakpuri, Saifur Rahman Al (2005), The sealed nectar: biography of the Noble Prophet, Darussalam Publications, m/s. 284, ISBN 978-9960-899-55-8
  5. ^ Stillman, The Jews of Arab Lands: A History and Source Book.
  6. ^ Cook, Michael, Muhammad, m/s. 21.
  7. ^ a b Wensinck, AJ, "Kaynuka, banu", Encyclopaedia of Islam.
  8. ^ Peters, Muhammad and the Origins of Islam.

Rujukan sunting

Bashier, Zakaria (2006). War and Peace in the Life of Muhammad (SAW). Leicestershire: The Islamic Foundation. Text "ISBN 086037520X" ignored (bantuan)

Koordinat: 24°28′0″N 39°36′0″E / 24.46667°N 39.60000°E / 24.46667; 39.60000