Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang merupakan hasil daripada perkahwinan campur antara tentera Portugis dan orang tempatan pada abad ke-16 dan menganut agama Katolik Roma.[1] Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang. Antara orang Serani yang terkenal ialah Tony Fernandes pemilik syarikat penerbangan AirAsia dan Kimberly Legget Miss Universe Malaysia 2012. Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah.

Masyarakat Serani mempunyai kebudayaan dan asal usul yang unik serta menarik.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting