Buka menu utama

Serb Bosnia dan Herzegovina merupakan salah satu daripada tiga etnik yang mendiami Persekutuan Bosnia dan Herzegovina, yang mana menguasai dan tinggal di entiti wilayah-politik di Republika Srpska. Etnik Serb juga merupakan penduduk majoriti di Drvar, Glamoč, Bosansko Grahovo dan Bosanski Petrovac. Mereka sering kali dirujuk sebagai Serb Bosnia ([Босански Срби / Bosanski Srbi] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) dalam Inggeris, tidak kira sama ada mereka berasal daripada Bosnia atau Herzegovina. Mereka juga dikenali dengan nama-nama setempat seperti Krajišnici ("penduduk sempadan" dari Bosanska Krajina), Semberci (orang Semberia), Bosanci (orang Bosnia), Hercegovci (orang Herzegovina).

Serb Bosnia dan Herzegovina
Srbi u Bosni i Hercegovini
Срби у Босни и Херцеговини
Jumlah populasi
1,086,733 (2013)[1]
Kawasan ramai penduduk
Republika Srpska1,001,299 (81.5%)
Bosnia dan Herzegovina56,550 (2.4%)
Daerah Brčko28,884 (34.6%)
Bahasa
Serbia
Agama
Gereja Ortodoks Serbia
Kumpulan etnik yang berkaitan
Slav selatan

SejarahSunting

RujukanSunting

SumberSunting