Serba Dinamik ialah sebuah syarikat kejuruteraan awam Malaysia yang berfokuskan kepada kerja kontrak pembinaan dan penyelenggaraan jentera-jentera dalam bidang minyak dan gas. Syarikat ini ditubuhkan pada 1993 dan kini beroperasi di tahap antarabangsa. Pemegang-pemegang saham utama Serba Dinamik termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Serba Dinamik Holdings Bhd
Nama dagangMYX: SERBADK
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
IndustriKejuruteraan
Minyak dan gas
Ditubuhkan1993; 31 tahun yang lalu (1993)
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingMohd Abdul Karim Abdullah (KPE)
Tapak webhttps://www.e-serbadk.com/
Catatan kaki/rujukan
[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Serba Dinamik mula beroperasi pada 1993 di Bintulu, Sarawak dengan perkhidmatan pengoperasian dan jentera-jentera putar. Menjelang 2001, Serba Dinamik mula beroperasi di luar negara menerusi kontrak dengan loji gas asli di Qatar.[1]

Pada 13 Mei 2016, syarikat ini berubah daripada syarikat sendirian kepada syarikat awam berhad.[1] Pada 8 Februari 2017, Serba Dinamik berjaya memasuki pasaran saham Malaysia, dengan 26.7 juta unit saham didagangkan dengan pemerolehan sebanyak hampir RM600 juta, menjadikan ini sebagai tawaran awam awal terbaik dalam bursa Malaysia setakat itu.[2] Menjelang 2020-an, Serba Dinamik mula berkembang keluar daripada industri minyak dan gas dalam mempelbagaikan sumber pendapatan serta mengurangkan kebergantungan kepada industri tersebut, dengan fokus utama termasuk bidang teknologi maklumat, aeroangkasa serta sukan elektronik.[3][4][5]

Isu audit kewangan 2021 sunting

Bermula Mei 2021, Serba Dinamik terpalit dengan suatu isu berkenaan audit kewangan syarikat tahunan yang dikeluarkan oleh badan audit bebas, KPMG bagi tahun fiskal 2020. Hal ini berikutan pendedahan oleh pihak KPMG berkenaan sejumlah aliran wang yang disifatkan mencurigakan dengan nilai sebanyak sekurang-kurangnya RM3.5 bilion.[6][7] Hal ini mendapat perhatian Suruhanjaya Sekuriti yang melancarkan siasatan ke atas Serba Dinamik atas aliran wang itu.[8] Sementara itu, ketua pegawai eksekutif syarikat, Mohd Abdul Karim Abdullah berkata bahawa pihak syarikat "tiada melakukan sebarang masalah" dalam aliran wang syarikat.[9] Susulan itu, pihak Serba Dinamik melantik badan bebas serta beberapa orang ahli pengarah bebas untuk menyemak semula audit kewangan KPMG.[10] Salah seorang kumpulan pengarah itu, Mohamed Ilyas dilantik sebagai ketua lembaga syarikat.[11] Pada Jun, pihak Serba Dinamik memfailkan saman ke atas KPMG dengan dakwaan kecuaian dan spekulasi negatif dalam audit mereka.[12] Pada 24 Jun, pihak KPMG mengesahkan bahawa mereka meletak jawatan sebagai pengaudit bebas Serba Dinamik.[13]

Akibatnya, harga saham Serba Dinamik menjunam sehingga nilai terendah dalam sejarah penyenaraian Serba Dimamik dalam bursa saham Malaysia.[14] Menjelang Jun 2021, nilai pasaran Serba Dinamik jatuh sebanyak RM3 bilion atau lebih kurang separuh nilai pasaran asal.[15] Beberapa syarikat yang dipegang KPE juga terkesan secara negatif.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "About Us". Laman rasmi Serba Dinamik (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Jun 2021.
  2. ^ "Serba Dinamik makes firm debut on Bursa Malaysia". The Star (dalam bahasa Inggeris). 8 Februari 2017. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  3. ^ Azmin Azali (7 Oktober 2020). "Kenapa Serba Dinamik Beralih Arah Ke Teknologi". The Outlook. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  4. ^ Ehsan A Marisah (11 Mac 2021). "Serba Dinamik hasrat tubuh anak syarikat, ceburi industri angkasa". Astro Awani. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  5. ^ Ehsan A Marisah (1 Mei 2021). "Serba Dinamik, pihak berkepentingan komited bangun Pusat Selangor Esports City". Astro Awani. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  6. ^ "Investor focus remains on Serba Dinamik". The Star (dalam bahasa Inggeris). 9 Jun 2021. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  7. ^ Shafiqah Shukor (3 Jun 2021). "Serba Dinamik: PNB nyatakan kebimbangan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  8. ^ "SC investigates oil services firm Serba Dinamik". The Star (dalam bahasa Inggeris). 31 Mei 2021. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  9. ^ Adam Aziz (29 Mei 2021). "'We have done nothing wrong,' says Serba Dinamik MD Abdul Karim". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Jun 2021.
  10. ^ "Serba Dinamik appointments get vocal support". The Malaysian Reserve. 16 Jun 2021. Dicapai pada 19 Jun 2021.
  11. ^ Tan Sew Ming (18 Jun 2021). "Serba Dinamik's new independent director Mohamed Ilyas redesignated as chairman". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Jun 2021.
  12. ^ Alzahrin Alias (22 Jun 2021). "Serba Dinamik kemuka saman ke atas KPMG". Berita Harian. Dicapai pada 23 Jun 2021.
  13. ^ "KPMG resigns as Serba Dinamik external auditor". The Star (dalam bahasa Inggeris). 24 Jun 2021. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  14. ^ Tan Siew Mung (14 Jun 2021). "Serba Dinamik falls to new low of 54 sen amid heavy selling in morning trade". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Jun 2021.
  15. ^ "Cover Story: Serba Dinamik in the eye of the storm". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 17 Jun 2021. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  16. ^ Hazim Rosman (28 Mei 2021). "Serba Dinamik Yang Bermasalah, SCIB Dan KPower Kena Tempiasnya". The Kapital. Dicapai pada 19 Jun 2021.

Pautan luar sunting