Serbia Uthmaniyah

(Dilencongkan dari Serbia Uthmaniyyah)

Wilayah yang kini merupakan Republik Serbia dahulunya adalah sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah sepanjang Zaman Moden Awal. Kebudayaan Uthmaniyyah banyak mempengaruhi wilayah dari segi senibina, masakan, bahasa, dan pakaian, terutamanya dalam seni dan kepercayaan Islam.

Pada kurun ke-14 dan ke-15, Despotate Serbia telah ditumpaskan semasa penaklukan Uthmaniyyah ke atas Balkan. Uthmaniyah berjaya mengalahkan Serb dalam Pertempuran Maritsa pada tahun 1371, menjadikan ia sebuah wilayah vasal pada para gabenor di selatan. Tidak lama kemudian, Maharaja Serbia Stefan Uroš V meninggal dunia; oleh kerana beliau tidak mempunyai waris dan para bangsawan bertelagah akan pewaris yang berhak, empayar ini kemudian diperintah oleh bangsawan wilayah separa-merdeka, yang sering kali berperang sesama sendiri. Antara yang paling berkuasa antara merka, Tsar Lazar, seorang Duke yang kini terletak di tengah Serbia (yang mana belum lagi berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah), mengetuai penentangan terhadap Uthmaniyah dalam Pertempuran Kosovo pada tahun 1389. Tiada keputusan mudtamad diperolehi, akan tetapi ia menjadi penyebab akan kejatuhan Serbia. Stefan Lazarević, anak lelaki kepada Lazar, menjadi pemerintah seterusnya, tetapi pada tahun 1394 menjadi sebuah vasal bagi Uthmaniyah. Pada tahun 1402, beliau membebaskan diri daripada pemerintahan Uthmaniyah dan menjadi sekutu bagi Hungary, tahun-tahun berikutnya menyaksikan peperangan yang berlaku di antara Uthmaniyah dan Hungary berkaitan perebutan wilayah di Serbia. Pada tahun 1453, Uthmaniyah berjaya menakluk Constantinople, dan pada tahun 1458 Athens pula ditawan. Pada tahun 1459, Serbia diilhak, dan Greece setahun kemudian.

Serb Uthmaniyyah sunting

Serb Uthmaniyah yang mana merupakan penganut Kristian Ortodoks Serbia, tergolong dalam Millet Rum (millet-i Rûm, "negara Rom"). Walau bagaimanapun, sebuah millet Serbia (Sırp Milleti) yang berasingan tidak diakui secara rasmi semasa pemerintahan Uthmaniyah, gereja Serbia yang mengesahkan pertubuhan perwakilan dari segi undang-undang di dalam Empayar Uthmaniyah.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Serbian Studies. 9–10. North American Society for Serbian Studies. 1995. m/s. 91.

Sumber sunting

Bacaan lanjut sunting

Templat:Serbia topics