Buka menu utama
Serbuk letupan dengan duit syiling A.S. (diameter 24 mm) sebagai perbandingan.

Serbuk letupan merupakan bahan letupan terawal yang pernah ditemui. Serbuk ini terdiri daripada campuran sulfur, S, arang (karbon, C) dan kalium nitrat atau saltpeter, KNO3. Sulfur dan arang berfungsi sebagai bahan api manakala kalium nitrat berfungsi sebagai agen pengoksidaan.[1][2] Serbuk letupan banyak digunakan sebagai bahan dorong dalam senjata api, roket, bunga api dan digunakan sebagai bahan letupan dalam pelombongan dan kuari.

Serbuk letupan dicipta di China pada abad kesembilan dan menjadi meluas di Eurasia pada akhir abad ke-13.[3] Serbuk ini mula digunakan bagi tujuan peperangan pada sekitar tahun 1000 M.[4]

BahanSunting

Serbuk letupan diperbuat daripada bahan-bahan seperti yang berikut:

  • garam nitrat, biasanya kalium nitrat, KNO3 yang membekalkan oksigen bagi tindak balas,
  • arang yang memberikan sumber karbon sebagai bahan api dalam tindak balas,
  • sulfur yang bertindak sebagai bahan api serta menurunkan suhu yang diperlukan untuk pembakaran lalu meningkatkan kadar pembakaran.

RujukanSunting

  1. ^ Agrawal 2010, m/s. 69.
  2. ^ Cressy 2013.
  3. ^ Buchanan 2006, m/s. 2.
  4. ^ Andrade 2016, m/s. 30.

Pautan luarSunting