Sergei Sergeyevich Prokofiev (AFA: (/prəˈkɒfiɛf/; Bahasa Rusia: Серге́й Серге́евич Проко́фьев Sergej Sergejevič Prokofjev) merupakan seorang penggubah, pemain piano and pemimpin muzik dari Rusia Soviet pada era abad ke-20.

Sergei Prokofiev di New York pada tahun 1918

Sergei dilahirkan pada tahun 1891 di Sontsovka (kini Sontsivka, Ukraine) di kawasan perkampungan di Bahagian Yekaterinovslav Empayar Rusia. [1] Arthur Honegger tegas menyatakan bahawa Sergei "berkekalan sebagai tokoh paling hebat pada abad ke-20 untuk kita" dan pengkaji Amerika, Richard Taruskin, mengiktiraf Sergei yang ada "bakat yang tiada tandingnya dalam kalangan penggubah abad ke-20 disebabkan dia menulis irama diatonik asli istimewa." Sergei dianugerahi 6 Hadiah Stalin, Hadiah Lenin, Artis Masyarakat RSFSR dan pingat Order of the Red Banner of Labour. Antara hasil karyanya yang penting ialah: Piano Concerto No. 1 in D♭ major, Op. 10, Piano Concerto No. 1 dalam Db major, Op. 10, Visions fugitives, Op. 22, set 20 lagu piano, dan Simfoni No. 7 dalam C# minor, Op. 131. Sergei merupakan seorang pemain solo dalam Orkestra Simfoni London yang dipimpin Piero Coppola dalam rakaman pertama Concerto No. 3 miliknya yang dirakam di London oleh His Master's Voice pada Jun 1932.

Rujukan sunting

  1. ^ Prokofiev 1979, halaman 8, 10; Nestyev 1961, halaman 1; and Nice 2003, halaman 6