Seri Budi Emas adalah siri animasi pahlawan legenda Melayu.[1] Berkembang pada kisah hidup beberapa wanita terbesar dalam sejarah dan legenda zaman Kesultanan Melayu, yang gagah bertahan dalam cabaran dalam kehidupan mereka, dalam menegakan kebenaran, kesetiaan dan keberanian yang diterapkan sebagai contoh untuk generasi sekarang. Siri animasi 13 Episod ini dengan jangkamasa durasi 30 minit yang telah ditayangkan di RTM1 pada tahun 2008. Memperkenalkan watak yang berbeza, masing-masing dengan cerita puteri yang tersendiri.

Siri telah dikeluarkan oleh syarikat Digilogic (M) Sdn. Bhd. yang bertanggung jawab bagi menghasilkan animasi 3D berjudul Seri Budi Emas yang berkisar tentang ketokohan tujuh srikandi seperti Tun Fatimah, Mahsuri, Dang Anum, Puteri Santubung, Puteri Saadong, Puteri Gunung Ledang dan Puteri Hang Li Po. Siri animasi sebanyak 13 episod itu diharap dapat mempopularkan lagi tujuh srikandi terbabit terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Selain paparan animasi yang berwarna-warni, siri tersebut turut menyelitkan unsur sejarah, nasihat dan pengajaran kepada para penonton. Siri animasi ini boleh dijadikan sebagai salah satu modul pendidikan terutamanya untuk generasi masa kini. Seri Budi Emas turut menggunakan suara para pelakon popular bagi menghidupkan watak-watak yang terdapat dalam animasi ini. Antaranya suara pelakon tempatan termasuk Khir Rahman, Mubarak Majid, Vanida Imran, Sofi Jikan, Hamidi Husin dan Abd. Rahman Zafiq. Animasi yang dihasilkan oleh sembilan animator itu kini ditayangkan menerusi RTM1 setiap Selasa pukul 7 malam.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting