Seri Maharaja Mangku Negara

anugerah, pangkat tertinggi Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara

Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) merupakan pangkat yang tertinggi antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Dikurniakan sebagai penghormatan yang istimewa kepada mereka yang telah berjasa dengan cemerlang kepada negara dan berpengaruh tinggi sesuai dengan kedudukan mereka.

Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara
Seri Maharaja Mangku Negara
membawa gelaran Tun
Dianugerahkan oleh

Yang di-Pertuan Agong
JenisDarjah Kebesaran Persekutuan
Dizahirkan9 Ogos 1958
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
Reben
Jalur biru dengan jalur tengah merah bermata putih dan tepi kuning
Cogan kata'Dipeliharakan Allah - Pangkuan Negara'
Dianugerahkan untukPerkhidmatan cemerlang kepada negara
StatusMasih dikurniakan
PenganugerahYang di-Pertuan Agong
KelasPertama
Singkatan darjahSMN
Perangkaan
Pelantikan pertama1958[1]
Pelantikan terakhir2024
Jumlah lantikan45
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Utama Seri Mahkota Negara[2]
Lebih rendahSeri Setia Mahkota[2]

Reben Darjah SMN
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pangkat S.M.N. terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

Kalung Darjah mengandungi lambang-lambang Jata negeri-negeri dalam Malaysia. Bintang Darjah berbentuk bintang pecah sebelas yang diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah berbentuk bintang pecah sebelas diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera berlatarkan warna biru dan di kedua belah tepi selepang terdapat jalur kuning. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad antara yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara[3] pada 31 Oktober 2003 setelah bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-IV.

Senarai penerima sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-08-17.
  2. ^ a b "PANDUAN PENCALONAN DKBPP 2018" (PDF). Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-08-26. Dicapai pada 2018-09-05. (Melayu)
  3. ^ TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD