Seri Menanti
Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 33 kilometer ke timur ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer ke barat daya bandar Kuala Pilah. Bandar ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Didakapi oleh Banjaran Titiwangsa, Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.[1]
SejarahSunting
Kisah penubuhanSunting
Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti.[2] Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi.
Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.[3]
PerananSunting
Seri Menanti ini dilihat memainkan peranan penting sebagai pusat kerajaan Negeri Sembilan dahulu mengikut susunan mandala di mana 8 nagari atau luak adat mengelilingi pusat dalam 2 lingkungan:[4]
- lingkaran pertama iaitu "serambi" terdiri daripada Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir dan Terachi,
- lingkarangan kedua yang mengapiti luak "serambi" ini iaitu Jelebu, Johol, Rembau dan Sungai Ujong (kini Seremban).
Bangunan menarikSunting
- Istana Besar Seri Menanti - kediaman rasmi Yamtuan Besar Negeri Sembilan.
- Istana Lama Seri Menanti merupakan istana yang bercirikan binaan Minangkabau. Kerajaan Negeri Sembilan berusaha menjadikan Istana lama Seri Menanti ini sebagai Tapak Warisan Dunia dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).
- Masjid Diraja Tuanku Munawir berdekatan Istana Seri Menanti.
- Makam Diraja Seri Menanti
Kemudahan asasSunting
- Masjid Diraja Tuanku Munawir
- Balai Polis Seri Menanti
- Klinik Kesihatan Seri Menanti
- Pejabat Pos Seri Menanti
RujukanSunting
- ^ "Seri Menanti Palace of Negeri Sembilan" (PDF). Malaysian Australian New Zealand Association. March 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 August 2007. Dicapai pada 27 May 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "The Royal Town of Seri Menanti". Malaysia Story Blog. 31 July 2007. Dicapai pada 27 May 2009.
- ^ "Tunku Ali appointed Tunku Besar Seri Menanti". Bernama. The Star (Malaysia). 23 February 2009. Dicapai pada 27 May 2009.
- ^ Tambiah, Stanley Jeyaraja (2013). "The galactic polity in Southeast Asia". HAU: Journal of Ethnographic Theory. University of Chicago Press. 3 (3): 504–506.