Seri Perdana

kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia

Koordinat: 2°57′6.1″N 101°41′23.1″E / 2.951694°N 101.689750°E / 2.951694; 101.689750

Seri Perdana merupakan kediaman rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia yang terletak di Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Seri Perdana terletak di tepi tasik Putrajaya. Kediaman rasmi ini kini didiami oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Seri Perdana
Map
Maklumat umum
Bandar/pekanPutrajaya Putrajaya
NegaraMalaysia Malaysia
Penyewa terkini
Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia
Pembinaan bermula1997
Disiapkan pada
1999
PembiayaanRM 24.17 juta
Butiran teknikal
Saiz42.5 ekar (17.2 he)
Laman sesawang
Laman Web Rasmi PMO

Fungsi sunting

Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan, pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.

Sejarah sunting

Bangunan ini dibina pada 1997 dan siap pada 1999, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman. Penghuni pertama kediaman ini ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan diikuti oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, seterusnya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad semula untuk kali kedua dan seterusnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Seterusnya, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Selepas itu giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim pula.

Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.

Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah menanam pokok Merbau di perkarangan Seri Perdana pada 5 Januari 2021 disaksikan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Shamsul Anuar Nasarah sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 yang merupakan satu agenda penghijauan Malaysia.[1]

Lakaran Dalaman sunting

Seri Perdana mempunyai bahagian-bahagian seperti berikut:-

  • Dewan VIP l
  • Dewan Mesyuarat
  • Surau
  • Dewan Bankuet
  • Rumah Utama Perdana Menteri
  • Pejabat Pentadbiran
  • Rumah Kuarters
  • Taman Selatan
  • Taman Utara

Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.

Kos utiliti sunting

Kos bagi bayaran utiliti bagi Seri Perdana pada tahun 2012 adalah sebanyak RM2,237,788.13 untuk bil elektrik dan sebanyak RM311,174.25 untuk bayaran bil air.[2]

Kos pengubahsuaian dan baik pulih sunting

Muhyiddin Yassin   Twitter
@MuhyiddinYassin

Saya percaya Jabatan Kerja raya dan Jabatan Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam urusan membaik pulih Seri Perdana mempunyai maklumat yang terperinci berhubung pelaksanaan projek ini. (13/15)

30 Mei 2021

Pada tahun 2021, ia melalui proses pembaikpulihan yang menelan kos sebanyak RM38.5 juta.[3][4] Ia mencetuskan kontroversi kerana jumlah yang begitu tinggi diperlukan bagi membaik pulih sebuah kediaman rasmi yang bangunannya berkeluasan 56,000 kaki persegi dari tapak kompleks kediaman rasmi seluas 17 hektar itu ketika negara masih dalam Pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia memperincikan kos baik pulih tersebut agar dapat difahami oleh masyarakat.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting