Seri Utama Mahkota Wilayah

Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) adalah pangkat pertama dalam Darjah Kebesaran Yang Mulia Mahkota Wilayah. Penyandang darjah ini akan memegang gelaran Datuk Seri Utama. Isteri penyandang pula memegang gelaran Datin Seri Utama. Darjah kebesaran ini hanya dikurniakan kepada individu yang mempunyai sumbangan besar terhadap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah
Dianugerahkan oleh
Wilayah Persekutuan Yang di-Pertuan Agong
JenisPerintah
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
StatusMasih dikurniakan
GredSeri Utama Mahkota Wilayah
Singkatan darjahSUMW
Perangkaan
Pelantikan pertama2008
Pelantikan terakhir2022
Susunan keutamaan
Lebih tinggiTiada
Lebih rendahSeri Mahkota Wilayah

Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerima sulung SUMW adalah mantan perdana menteri YABhg Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ketua Menteri Sarawak yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan TYT Tun Datuk Seri Utama Haji Abdul Taib bin Mahmud. Terbaru YBM Senator Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.[1]

Rujukan Sunting