Seria

pekan di Daerah Belait, Brunei

Seria atau Pekan Seria merupakan sebuah pekan di Daerah Belait, Brunei.

Pentadbiran sunting

Secara rasminya Seria ditadbir sebagai kawasan perbandaran dan majlis perbandarannya ialah Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria di bawah Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria yang juga mentadbir pekan Kuala Belait.[1] Jabatan tersebut merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.[2] Antara tanggungjawab Lembaga ialah mengurus perlesenan dan pencukaian perniagaan serta pemeliharaan aset-aset Jabatan.[2] Walau bagaimanapun, kawasan perbandaran Seria tidak merangkumi keseluruhan pekan Seria; ianya tidak termasuk kawasan perumahan awam dan kawasan dimiliki Syarikat Brunei Shell Petroleum.

Pendidikan sunting

Pendidikan di Seria merangkumi pendidikan rendah hingga pasca-menengah. Terdapat satu institusi pasca-menengah di Seria yang menawarkan pendidikan teknikal dan vokasional iaitu IBTE Kampus Sultan Bolkiah, salah satu kampus Institut Pendidikan Teknikal Brunei.[3]

Manakala pendidikan menengah di Seria disediakan di empat buat sekolah menengah, iaitu Maktab Anthony Abell, Sekolah Menengah Chung Ching, Sekolah St. Angela dan Sekolah St. Margaret.[4] Maktab Anthony Abell merupakan satu-satunya sekolah menengah kerajaan; sementara yang lain merupakan sekolah swasta, yang mana Sekolah Menengah Chung Ching menawarkan pendidikan cina, serta Sekolah-Sekolah St. Angela dan St. Margaret merupakan pada asalnya sekolah misi. Walau bagaimanapun, pada kebanyakan hal kesemua sekolah berkenaan mempunyai pendidikan menengah yang selaras berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan Brunei, iaitu mengambil masa lima tahun dan pada tahun terakhir penuntut menduduki peperiksaan Peringkat 'O'.

Penjagaan kesihatan sunting

Penjagaan kesihatan yang terdapat di Seria hanya merangkumi penjagaan kesihatan utama pesakit luar. Pusat Kesihatan Seria merupakan kemudahan penjagaan kesihatan di Seria; ianya merupakan pusat kesihatan komuniti kerajaan.[5] Bagi perkhidmatan lanjutan, penduduk bolehlah merujuk kepada Hospital Suri Seri Begawan di Kuala Belait, satu-satunya hospital di Daerah Belait.

Rujukan sunting

  1. ^ "Carta Organisasi". bandaran-kb.gov.bn. Dicapai pada 2018-01-06. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b "Home - Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria". bandaran-kb.gov.bn. Dicapai pada 2018-01-06. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Network of Schools". ibte.edu.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-06. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Private-new". www.moe.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-06. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Seria Health Centre". www.moh.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-06. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)