Seribu Kali Cinta adalah merupakan drama bersiri cinta arahan Haris Kadir yang disiarkan di TV3 pada tahun 2010 melalui Slot Akasia. Dibintangi oleh Kamal Adli, Intan Ladyana, Cat Farish, Noorkhiriah, Marsha Londoh dan ramai lagi. Drama ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis iaitu pada jam 6:30 petang bagi menggantikan drama bersiri Chinta.

Seribu Kali Cinta
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehMazlan Manan
PengarahHaris Kadir
Dibintangi oleh
Kamal Adli
Intan Ladyana
Cat Farish
Noorkhiriah
Marsha Londoh
Lagu pembukaan"Kamu Yang" nyanyian Gzell & Zain Ruffedge
Lagu penutup"Buku Baru" nyanyian P.R.ING
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifRozie Othman
PenerbitSofia Arshad
Fakharudin Abdullah
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal15 November 2010 – 22 Disember 2010
Kronologi
MengikutiChinta
Diikuti olehTiramisu
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis

sunting

Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha Londoh), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra akan melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisham mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun, Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting