Serigala Hokkaidō

(Dilencongkan dari Serigala Ezo)

Serigala Hokkaidō, dikenali di Jepun sebagai serigala Ezo (Jepun: エゾオオカミ(蝦夷狼), Hepburn: Ezo Ōkami, Canis lupus hattai), ialah salah satu daripada dua subspesies Canis lupus yang pupus yang dipanggil serigala Jepun. Yang lagi satu ialah serigala Honshū.

Serigala Hokkaidō
Canis lupus hattai
Pupus  (1889)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
C. l. hattai
Nama trinomial
Canis lupus hattai
Kishida, 1931
Sinonim
  • C. l. rex (Pocock, 1935)[1]

Serigala endemik Jepun ini mendiami pulau Hokkaidō. Serigala Hokkaidō adalah lebih besar daripada serigala Honshū, lebih menyerupai saiz serigala kelabu biasa.

Perihal sunting

Serigala Ezo merupakan satu subspesies tersendiri, dan mempunyai penampilan tradisional lebih keserigalaan berbandingan dengan sepupu selatannya, serigala Honshū. Tengkoraknya besar dan menggerunkan, dengan gigi asu panjang melengkung, dan dimensi badan serupa dengan yang pada serigala kelabu. Serigala Ezo biasanya berwarna kelabu, dan secara ketara lebih besar daripada serigala Honshū. Seperti serigala Honshū, serigala Ezo diturunkan daripada serigala Siberia dari tanah besar Asia, tetapi subspesies Hokkaido mengekalkan saiz lebih hampir dengan leluhur besar ini.

Kepupusan sunting

Sementara serigala Ezo kini pupus, terdapat dakwaan bahawa orang melihatnya di utara Bandar Raya Sapporo, tetapi ini tidak disahkan. Serigala Hokkaidō pupus semasa zaman pemulihan Meiji. Serigala ini dianggap sebagai ancaman kepada perancoan (yang dipromosikan oleh kerajaan Meiji semasa itu) dan disasarkan melalui sistem ganjaran dan kempen penghapusan kimia terus. Hokkaidō mengalami perkembangan ketara semasa zaman ini, yang membawa kepada serigala Hokkaidō mengalami gangguan alam sekitar.[2][3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Brett L. Walker, "Meiji Modernization, Scientific: Agriculture, and the Destruction of Japan's Hokkaidō Wolf," Environmental History, Jil. 9, Bil. 2, 2004.
  3. ^ Hall, Jamie (2005). "The Cryptid Zoo: Japanese Dwarf Wolf (or Shamanu)". Dicapai pada 15 Jun 2006.

Templat:Pandu arah Canidae pupus Templat:Kriptozoologi