Serikandi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1969. Filem Serikandi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Serikandi
PengarahM. Amin
Lakon layarHamzah Hussin
DibintangiNordin Ahmad
S. Noni
Malek Selamat
Tony Kassim
Udo Omar
Shariff Medan
SinematografiHitam Putih
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1969
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Filem Serikandi mula ditayangkan pada 1969 di pawagam seluruh negara. Menampilkan S. Noni, Nordin Ahmad, Malek Selamat dan ramai lagi.

Pengarah sunting

Filem Serikandi diarah oleh pengarah M. Amin pada 1969.

Ringkasan sunting

Sri Malar seorang gadis yang berani, bijaksana dan pandai bermain senjata. Dia telah bertunang dengan Bayan. Tetapi Sri Malar telah memutuskan pertunangannya dengan Bayan kerana telah menerima lamaran daripada Sultan. Tujuan sebenar Sri Malar ingin berkahwin dengan Sultan kerana mahu negerinya diperintah oleh Sultan yang adil, bijak dan pandai membuat keputusan. Sebelum ini segala keputusan Sultan telah dipengaruhi oleh Datuk Bendahara dan Datuk Temenggung.

Setelah Sultan dan Sri Malar berkahwin, abang Sri Malar iaitu Kenchana telah dinaikkan pangkat. Sultan juga sering mendengar nasihat daripada Permaisurinya dan Kenchana dalam setiap keputusannya. Ini menimbulkan rasa cemburu dan marah kepada Datuk Bendahara dan Datuk Temenggung. Mereka berdua berasa tercabar dan takut yang kuasa mereka semakin berkurang. Oleh itu, Datuk Bendahara dan Datuk Temenggung.telah membuat pakatan sulit untuk menjatuhkan Kenchana dan Permaisuri. Datuk Temenggung juga telah menghasut Bayan untuk menyertai pakatan jahatnya.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting