Sesiku L

Sesiku L ialah sejenis alat pengukuran yang digunakan untuk menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu, serta menguji kepersegian kayu. Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan. Manakala bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20 cm. Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci.

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.