Setelah Ku Dimiliki

Setelah Ku Dimiliki ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Intan Najuwa, Zul Ariffin dan Tiz Zaqyah.[1] Diadaptasi dari novel 2016 dengan tajuk yang sama karya Zaza Qry, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 29 Oktober 2019 menggantikan Lelakimu Yang Dulu.

Setelah Ku Dimiliki
GenreKeluarga
Cinta
Melodrama
Berdasarkan daripada
Setelah Ku Dimiliki
karya Zaza Qry
Ditulis olehRehal Nuharis
Dayang Kartinah Said
PengarahOsman Ali
Idora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Damaikanlah" oleh Ika Mustafa
Lagu penutup"Damaikanlah" oleh Ika Mustafa
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Nuansa
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 Oktober 2019 – 5 Disember 2019
Kronologi
MengikutiLelakimu Yang Dulu
Diikuti olehAdellea Sofea

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya. Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya. Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)". My Infotaip. 28 Oktober 2019. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  2. ^ Setelah Ku Dimiliki (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  3. ^ Zaidi Che (4 November 2019). "Setelah Ku Dimiliki: Zul Ariffin Mesra Dengan Intan Najuwa, Tiz Zaqyah Cemburu?". Stail.my. Dicapai pada 4 November 2019.