Di antara contoh setem peringatan di Malaysia yang bertemakan pengangkutan
Di antara contoh setem peringatan di Malaysia yang bertemakan kesenian
Di antara contoh setem peringatan di Malaysia yang bertemakan haiwan/fauna

Setem peringatan atau setem kenang-kenangan merupakan setem bertema yang dikeluarkan pada masa-masa tertentu bagi mengingati sesuatu perkara atau peristiwa. Ia juga dikenali sebagai setem komemoratif. Setem ini juga dikeluarkan untuk memperkenalkan pelbagai budaya, tokoh, flora dan fauna, pemandangan, alat-alat tradisonal atau lainnya bagi sesebuah negara. Setem jenis ini biasanya lebih cantik dan berwarna-warni berbanding setem definitif.

Terdapat setem jenis ini yang dipaparkan dalam pelbagai bentuk istimewa.

Tema setem peringatan di MalaysiaSunting

  • Tokoh / Pertabalan Sultan
  • Buah-buahan/Sayur-sayuran Tempatan
  • Burung-burung di Malaysia
  • Makanan tradisional
  • Rumah tradisional / Bangunan Istimewa
  • Alat-alat tradisional /kesenian
  • Budaya / kaum-kaum di Malaysia / Perayaan
  • Sukan /Pengangkutan
  • Persidangan Antarabangsa