Seter merah dan putih Ireland

baka anjing dari Ireland

Seter merah dan putih Ireland[a] ialah satu baka anjing. Seperti semua seter, ia dikelaskan sebagai gundog di United Kingdom dan termasuk dalam kumpulan sukan di Amerika Syarikat dan di Kanada. Ia sebenarnya sama dari segi kegunaannya dan perangainya dengan seter Ireland yang berkaitan, serta seter Gordon dan seter Inggeris, tetapi lebih kerap terdapat sebagai gundog pekerja.

Seter merah dan putih Ireland
Nama ringkasIRWS
Negara asalIreland
Trait
Berat 50–70 lb (23–32 kg)
Tinggi Jantan 24–26 inci (61–66 cm)
Betina 22.5–24 inci (57–61 cm)
Warna Merah dan putih
Jangka hayat 10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Tujuan asli baka ini adalah untuk memburu unggas buruan. Di United Kingdom, buruannya mungkin merupakan partridge atau grouse, kuang, ptarmigan, blackgame, berkek, atau woodcock kerana semua burung ini mencuba untuk mengelakkan pemangsa dengan bersembunyi dan bukan pula terbang menjauh. Di luar negeri, ia mungkin digunakan untuk memburu puyuh, grouse willow, grouse pasir, ayam mutiara, sagehen, francolin.

Sungguhpun baka ini berasal usul awal, ia hampir pupus pada penghujung abad ke-19. Semasa tahun 1920-an, pembiak baka berdedikasi berjaya menghidupkan minat semula dan memulihkan seter merah dan putih Ireland kepada kedudukan berdaya hidup. Ia masih dianggap sebagai baka rentan tetapi telah memperoleh pengiktirafan daripada semua kelab kenel utama.

Fungsi sunting

 

Fungsi seter adalah untuk mencari dan mengesan buruan dengan menjangkau kawasan sambil mencari bau yang dibawa bersama dengan angin oleh burung seperti grouse, partridge, pheasant, atau berkik. Ia pantas dan menjangkau jauh. Ketika ia menderap dalam usaha untuk mencari bau, kepalanya terangkat tinggi-tinggi. Sebaik sahaja ia mengesan burung, ia akan membeku sambil menuding atau "set" untuk menunjukkan kepada pengendalinya tempat persembunyian burung itu. Ia mungkin sedikit membongkok tetapi kedudukannya akan kekal tegang, tidak bergerak, dan tegar. Kepala anjing ini akan kekal terangkat sambil ia mendalami bau bawaan udara dan ia sedalamnya merenung ke arah tempat persembunyian burung itu. Ekornya akan terangkat separas dengan belakangnya.[1][2] Baka ini dikelaskan dalam Kumpulan Gundog oleh The Kennel Club di United Kingdom dan dalam Kumpulan Sukan oleh American Kennel Club dan Canadian Kennel Club.[3][4][5] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mengelaskan baka ini dalam Kumpulan 7 (Anjing Penuding), Seksyen 2 (Anjing Penuding dan Setter British dan Ireland).[6]

Seter merah dan putih Ireland masih mempunyai keupayaan kerja semula jadi tertanam. Oleh itu, apabila dilatih dengan betul dan diberi peluang sewajarnya, ia akan bekerja dengan baik dalam melaksanakan fungsi aslinya.[7]

Ia mampu mengambil masa lebih lama untuk dilatih berbanding dengan gundog lain, tetapi setelah dilatih, ia merupakan teman setia dan boleh dipercayai. Ia memerlukan pelatihan tegas dan tetap, tetapi tidak kasar.[8]

Sejarah sunting

Asal usul sunting

Setting dogges – istilah purba untuk seter, dikembangkan untuk mencari burung buruan dan digunakan pada zaman Rom. Anjing ini mencari lokasi burung buruan dengan menghidu udara, membeku sama ada dalam keadaan berdiri atau membongkok, kemudian perlahan-lahan merayap ke hadapan atas arahan untuk mengganggu burung itu supaya terbang. Sebaik burung itu terbang, pemburu yang mengekori anjing ini melepaskan helang sawah untuk menangkap burung itu di udara. Apabila penjaringan menggantikan penggunaan helang sawah, setting dog masih digunakan untuk menunjukkan keberadaan burung, tetapi pemburu kemudian datang ke belakang anjing dan melemparkan jaring ke atas burung. Pada pertengahan tahun 1600-an, senjata api menjadi lebih mudah didapati dan penembakan burung buruan menjadi hobi popular golongan ningrat tanah. Kerja asas seter masih mencari dan menunjuk ke lokasi burung buruan tetapi juga perlu mantap terhadap tembakan.[9]

 
Seekor seter awal dari sekitar 1850-an

Menjelang abad ke-17, setting dogges telah menjadi berasas dan baka-baka seperti yang terlihat kini dapat dikenal pasti sebagai seter. Pembiakbakaan menyaling antara anjing berlainan warna masih berlangsung dalam tempoh ini, tetapi ini beransur-ansur berubah dan ahli sukan mula membatasi pengawanan kepada anjing yang tersesuai terhadap rupa bumi yang perlu diharungi.[10]

Pada asalnya, seter di Ireland kebanyakannya berwarna merah, atau berwarna-warni merah dan putih, atau malah kebanyakannya putih. Kesemuanya diterima sebagai seter Ireland dan dikawankan dengan satu sama lain.[11]

Selewat tahun 1875 dalam pertunjukan pengakuran di Dublin, terdapat 66 penyertaan dalam kelas-kelas seter Ireland; 23 daripada penyertaan ini merupakan anjing merah dan putih. Dalam pertunjukan di Cork pada tahun selepasnya, daripada 96 penyertaan, terdapat 36 ekor anjing merah dan putih. Pada masa inilah fesyen untuk seter berwarna merah padu bermula, yang membawa kepada penurunan bilangan seter merah dan putih.[12] Kepopularan seter Ireland merah padu di Amerika dan di Ireland mendapat kekukuhan kerana ia menarik harga sangat tinggi, kesemuanya menyumbang kepada kejatuhan seter merah dan putih Ireland hampir ke ambang kepupusan. Segelintir pembiak baka di bahagian terpencil Ireland mengekalkan kelangsungan baka ini.[11][12][13]

Sebilangan kecil pembiak baka adalah aktif dari tahun 1775 hingga penghujung abad ke-19. Keluarga Rossmore dari Kaunti Monaghan di Ireland mempunyai strain seter merah dan putih sejak pertengahan abad ke-18 dan susur garis ini dipulihara sehingga abad ke-20. Keluarga ini masih memiliki banyak lukisan tentang anjing ini.[11] Semasa sejarah baka ini, seter merah dan putih kadang-kadang dirujuk sebagai seter Rossmore.[14] Pemilik lain yang tercatat pada masa ini termasuk Reverend Mahon of Castlegar, Yelverton O'Keefe, Maurice Nugent O'Connor, dan Miss Lidwell yang namanya kadang-kadang disalah eja sebagai Ledwich. Anjing-anjing daripada strain ini kesemuanya khususnya terkenal kerana kebolehan kerja.[11]

Pemulihan sunting

 
Seter merah dan putih di Tallinn

Sekembalinya dari Perang Besar, paderi Ireland Noble Huston mencuba kebangkitan semula baka ini,[15] tetapi walaupun demikian, bilangan di pulau Ireland kekal kecil. Dari sekitar tahun 1970, kebangkitan semula baka ini dirancang, dan bilangannya mula meningkat perlahan-lah. Irish Kennel Club merujuk Irish Red Setter Club pada tahun 1976 untuk bertanya tentang persediaan untuk membantu menyelia kebangkitan semula seter merah dan putih Ireland.[16]

Sebahagiannya melalui usaha Irish Red and White Setter Field & Show Society, yang dibentuk pada tahun 1981, baka ini menjadi mapan dan menerima pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa. Seter merah dan putih Ireland berjaya bertanding dalam pertunjukan pengakuran dan ujian padang, kemudian memperoleh juara dalam kedua-dua disiplin.[17]

Ramai individu menyumbang kepada kejayaan kebangkitan semula baka ini. Rev. Huston menyimpan nota tentang perinduk-perinduk beliau dalam daftar paroki. Beliau tidak mempunyai pedigri rasmi tetapi terlibat dalam surat-menyurat berpanjangan dengan Maureen Cuddy (pada masa itu Clarke), yang nama kenelnya ialah "Knockalla".[18] Dalam sepucuk surat kepada Cuddy, Rev. Huston menulis: "...[anjing] merah dan putih semasa bukan baka baharu mahupun baka yang dihidupkan semula (seperti anjing pemburu serigala Ireland) melainkan baka berterusan..."[19] Melalui penyimpanan rekod dan penyelidikan teliti Cuddy, pada tahun 1974, Irish Kennel Club akhirnya menerima bahawa pedigri segelintir seter merah dan putih Ireland yang tersisa adalah tepat.[20]

Terdapat kemungkinan bahawa generasi yang dihidupkan semula bagi seter merah dan putih Ireland diturunkan daripada seekor anak anjing betina yang dirawat oleh Cuddy sehingga sihat pada tahun 1940. Anjing betina ini dinamai Judith Cunningham of Knockalla.[18]

Menjelang tahun 1980-an, seter merah dan putih Ireland sedang diimport ke Great Britain. Di sana, baka ini dikembangkan lebih sebagai anjing pertunjukan. Minat di Great Britain khususnya telah dihidupkan semula selepas Alan dan Ann Gormley dari Dublin mempamerkan seekor seter merah dan putih Ireland dalam Crufts pada tahun 1980. Ini ialah Harlequin of Knockalla yang dibiakbakakan oleh Cuddy pada tahun 1977. Harlequin telah menjadi layak untuk Crufts kerana kejayaannya dalam pertunjukan di Ireland, tetapi keluarga Gormley lebih berminat untuk menunjukkan anjing mereka berbanding dengan mengerjakan anjing mereka. Harlequin memang membuktikan bahawa ia mampu bekerja semasa muda, tetapi ralat dengan kertas kerja bermakna bahawa ujian kelayakannya dalam ujian padang tidak pernah direkodkan dengan betul.[21] Harlequin dibapai oleh Glenkeen Sandy yang datuknya ialah Sulhamstead Natty D'Or, seekor anjing ujian padang yang dibiakbakakan oleh Florence Nagle.[22]

Baka ini kurang terkenal di Britain dan The Kennel Club secara tidak sengaja telah menyenaraikan penyertaan Harlequin dalam Crufts sesama seter Ireland. Ini merupakan pencetus untuk minat besar terhadap baka ini, kerana ini membuktikan bahawa baka ini tidak pupus seperti yang dipercayai.[23]

Seter merah dan putih Ireland yang dibiakbakakan oleh keluarga Gormley atas nama kenel mereka 'Meudon' terbukti berpengaruh di seluruh dunia kerana seter merah dan putih mereka dieksport ke Itali, ke Amerika, dan ke Belanda, serta ke Great Britain.[23]

Berbeza dengan anjing British ini, baka ini terus menjadi anjing pekerja dan anjing ujian padang di Ireland.[24]

Mulai 1 Januari 2009, seter merah dan putih Ireland diiktiraf sepenuhnya oleh American Kennel Club (AKC) dan layak untuk bertanding dalam pengakuran dan di semua bidang kompetitif lain.[25] Baka ini sebelum ini telah tersenarai dalam Khidmat Ternakan Asasi AKC, yang merupakan langkah pertama ke arah pemerolehan pengiktirafan oleh baka tulen di Amerika. Baka ini diberi pengiktirafan oleh Canadian Kennel Club pada Mei 1999.[18]

Baka ini diiktiraf oleh kebanyakan kelab kenel kebangsaan lain. Semua seter merah dan putih Ireland berdaftar merupakan keturunan bagi anjing yang diterima oleh Irish Kennel Club pada masa kebangkitan semula baka ini pada tahun 1970-an.

Ia disenaraikan oleh The Kennel Club di United Kingdom sebagai Baka Asli Rentan kerana angka pendaftaran yang kurang daripada 300 setahun.[15][26]

Perihal sunting

Penampilan sunting

 
Seter merah dan putih Ireland yang menunjukkan pulau-pulau warna pada lapis bulunya

Seter merah dan putih Ireland patut mempunyai penampilan bangsawan, berperkadaran baik, seimbang namun masih kuat dan berkuasa tanpa kesan berat atau kekasaran. Ia tidak mempunyai penampilan rancak seperti sepupu berwarna merah padunya, kerana seter merah dan putih bertubuh lebih berat, mempunyai kepala lebih lebar dan puncak di belakang tengkoraknya kurang memuncak. Ia atletik, tajam deria, dan cerdas.[27][28]

Lapis bulu kepala dan tubuh adalah pendek dan rata dengan jumbai sutera panjang. Jumbainya terbentuk di bahagian luar telinga, leher, dada, ke bawah belakang tungkai hadapan, di bawah perut, dan pada tungkai belakang. Ekornya juga berjumbai dengan lapis bulu panjang. Lapis bulu dan jumbai tubuh patut lurus dan rata tetapi tidak banyak dan tidak pernah keriting.[27][28]

Terdapat perbezaan halus antara setiap baka seter. Walau bagaimanapun, salah satu ciri pembeza utama antara baka seter ialah warna. Seperti yang ditunjukkan oleh nama baka, seter merah dan putih Ireland mesti merah dan putih dan ini merupakan ciri penting baka ini.[29]

Warna dasar ialah putih mutiara dan patut ada tompok merah pekat padu. Warna merah dapat disamakan dengan buah berangan yang baru dibuka dan tidak patut berwarna merah cerah atau mirip halia. Muka, kaki, tungkai hadapan, dan tungkai belakang bawah diizinkan untuk mempunyai belak atau bintik tetapi tidak boleh memanjang ke bahagian lain bagi lapis bulu tubuh.[27][30][31]

Seter merah dan putih Ireland patut disikat dan diberus dengan baik setiap minggu untuk memastikan bahawa lapis bulunya sentiasa rapi. Mana-mana bulu jarang pada kaki patut dipangkas secara berkala dan bulu lebat di belakang telinga patut ditipiskan. Ia hanya perlu dimandikan apabila perlu kerana ia mudah dijaga dalam keadaan bersih kerana lapis bulu tunggal yang tidak terlalu tebal.[32][33] Seter merah dan putih Ireland tidak memerlukan pemangkasan banyak untuk persembahan dalam pertunjukan pengakuran seperti seter lain, kerana ia mempunyai lapis bulu lebih ringan.[34]

FCI memberikan ketinggian yang dikehendaki 22.5–24 inci (57–61 cm) pada betina dan 24.5 hingga 26 inci (62 hingga 66 cm) pada jantan, tanpa batas berat yang dinyatakan,[17] sementara AKC menyatakan bahawa ketinggian betina berkisar dalam lingkungan 22.5–24 inci (57–61 cm) dan ketinggian jantan dalam lingkungan 24–26 inci (61–66 cm), dengan berat sekitar 50–70 lb (23–32 kg).[27] Tiada ketinggian atau berat khusus yang diberikan dalam piawaian baka The Kennel Club[30] tetapi jantan dapat mencapai sehingga 27 inci (69 cm) dan berukuran seberat sekitar 70 lb (32 kg).[28] Ketinggian diukur dari tempat pertemuan leher dengan belakang (kelasa) yang diukur ke bawah ke paras tanah.[33]

Perangai sunting

Seter merah dan putih Ireland dapat menjadi anjing paling setia dan penyayang yang menjadikannya anjing keluarga serba boleh unggul. Ia amat cerdas dan bergerak balas dengan baik terhadap pelatihan betul tetapi ia perlu mempunyai banyak hal untuk menyibukkannya. Ia bertahan dengan paling baik dalam keluarga aktif, supaya ia mereka mempunyai saluran untuk tenaga tingginya dan mendapat ruang untuk berjalan dengan bebas. Anak anjing muda tidak memerlukan banyak senaman tetapi, sebaik mencapai kematangan, naluri kerja baka ini bermakna bahawa ia memerlukan ruang cukup untuk dapat berlari dengan kuat dan pantas untuk jarak jauh. Seter biasanya baik hati, sangat lemat lembut, dan mesra dengan kanak-kanak dan anjing lain.[28][35]

Kesihatan sunting

Kebimbangan keturunan sunting

 
Seekor seter merah dan putih Ireland tua; jangka hayat jangkaan ialah 10–12 tahun.

Seter merah dan putih Ireland pada umumnya ialah baka sihat. Walau bagaimanapun, terdapat tiga penyakit yang diketahui pada baka ini yang dipantau oleh kelab-kelab baka.[36]

Ini merupakan:

  • Kekurangan lekatan leukosit anjing (CLAD) – kegagalan sistem imun untuk melawan jangkitan. Anak anjing muda tidak bertahan dengan baik dan terus menghidap jangkitan. Ia juga dapat mengalami masalah pertumbuhan dan mungkin mati sebelum mencapai ulang tahun hari lahir pertamanya. The Kennel Club hanya telah mendaftarkan seter merah dan putih Ireland yang terbukti bebas daripada mutasi CLAD, sama ada melalui pengujian DNA terus atau kerana mempunyai induk yang terbukti bebas daripada mutasi CLAD (iaitu bebas secara keturunan). Tiada pembawa yang boleh didaftarkan. Keputusan ini berkuat kuasa pada 17 Jun 2008;[37][38]
  • Penyakit von Willebrand (vWD) – kegagalan darah untuk membeku di atas luka, yang, dalam kes yang melampau, dapat menyebabkan anjing berkenaan berdarah sampai mati dengan hanya luka kecil, jika tanpa terawat. The Kennel Club hanya akan mendaftarkan perinduk seter merah dan putih Ireland jika kedua-dua induk bebas melalui pengujian DNA daripada mutasi penyakit von Willebrand (vWD), atau bebas secara keturunan daripada mutasi ini. Keputusan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2011;[39][40]
  • dan katarak kutub posterior (PPC) – penglihatan terganggu akibat katarak pada bahagian belakang kanta mata.[41]

Oleh sebab pendekatan proaktif daripada pembiak baka, di United Kingdom. angka anjing terjejas telah dikekalkan rendah-rendah dan CLAD dan vWD "hampir tidak pernah didengari pada baka ini kini".[36]

Pada tahun 2004, The Kennel Club United Kingdom mengasaskan Skim Pembiak Baka Bertauliah, yang kemudiannya dipanggil skim Pembiak Baka Terjamin (ABS).[42] Skim ini menerima akreditasi UKAS pada April 2013.[43] Anggota ABS diwajibkan untuk mematuhi kriteria tambahan berbanding dengan kriteria yang diperlukan untuk pendaftaran asasi The Kennel Club. Antara syarat tambahan ialah "Memastikan bahawa induk bagi setiap perinduk sedia dikenal pasti sama ada dengan mikrocip, tatu, atau profil DNA".[44] Pada Mac 2013, pembiak baka seter merah dan putih Ireland yang merupakan anggota ABS mesti terus menggunakan sistem saringan untuk pengujian mata dan pemeriksaan DNA untuk vWD dan CLAD. ABS juga menasihatkan pemeriksaan untuk displasia pinggul.[45][46]

Seter merah dan putih Ireland mempunyai purata jangka hayat sebanyak 10 hingga 12 tahun.[47][48]

Program pembiakbakaan ke luar sunting

 
Seter merah dan putih Ireland yang tidur

Dalam usaha untuk menangani kemungkinan takung gen sangat terbatas, Irish Kennel Club (IKC) mengumumkan pada tahun 2011 bahawa pihak mereka akan memualakan program untuk mengizinkan agar seter merah dan putih Ireland disilangkan dengan seter Ireland. Mana-mana pengawanan persilangan luar sedemikian akan dipantau dengan teliti. Program ini disokong oleh Irish Red and White Setter Club of Ireland, Irish Red Setter Club (Ireland), dan kelab-kelab kenel kebangsaan lain. IKC berasa bahawa terdapat takat tinggi bagi pembiakbakaan dalam dalam sepuluh generasi seter merah dan putih Ireland dan berhasrat untuk meningkatkan kepelbagaian genetik baka ini untuk mencegah masalah genetik yang timbul daripada pembiakbakaan dalam rapat. Kelab itu menganggap bahawa gen susur galur pekerja bagi seter Ireland adalah sangat serupa dengan yang bagi seter merah dan putih Ireland dan keleluhuran terdekat bagi kedua-duanya telah pun digunakan untuk membantu kebangkitan semula seter merah dan putih Ireland. Sebelum sebarang pengawanan persilangan luar dapat berlaku, pengawanan itu perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Persilangan Luar rasmi. Hanya anjing dengan ujian kesihatan semasa bakal dipertimbangkan.[24]

Walau bagaimanapun, program ini disambut dengan rasa terkejut oleh banyak kelab baka lain di seluruh dunia yang berasa bahawa program tersebut ialah keputusan cacat dan mengecewakan.[15][49] Seorang pegawai bagi kelab baka Kanada berkata: "kami tidak boleh membiarkan pembiakbakaan silang bagi IRWS kami yang pada intinya sihat dengan anjing daripada baka yang diketahui mempunyai jauh lebih banyak detritus genetik, melalui pelbagai cara pewarisan yang tidak diketahui, berbanding dengan baka kami".[49] Irish Red and White Setter Club Great Britain berasa bahawa persilangan luar tidak diingini dan tidak perlu.[50] Di sebalik kritikan sedemikian, sesetengah kelab baka telah memilih untuk menyertai program ini.[51][52]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سيتر ميره دان ڤوتيه اءيرلند; Ireland: sotar rua agus bán; sotar rua is bán, lit.'seter merah dan putih'; bahasa Inggeris: Irish red and white setter; Irish red & white setter

Rujukan sunting

Kutipan sunting

  1. ^ "Working" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Great Britain). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  2. ^ "Working standard" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Ireland). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  3. ^ "Gundog breeds" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  4. ^ "AKC Sporting Group" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  5. ^ "CKC breeds" (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  6. ^ "Breeds" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  7. ^ Brigden 1990, m/s. 74.
  8. ^ "IRWS Club" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Great Britain). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  9. ^ Brigden 1990, m/s. 12, 13.
  10. ^ Brigden 1990, m/s. 13.
  11. ^ a b c d Brigden 1990, m/s. 15.
  12. ^ a b Alan, Gormley. "An Irish Setter or two" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Great Britain). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  13. ^ "History" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Ireland). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  14. ^ Cuddy, W. L. "The Irish Red & White Setter" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Ireland). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  15. ^ a b c Wilson, David (18 September 2016). "The survival of the Red and White Setter". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  16. ^ O'Leary, Terry. "Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Ireland). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  17. ^ a b "FCI-Standard N° 330 IRISH RED & WHITE SETTER" [Piawaian FCI No. 330 Seter Merah dan Putih Ireland] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 15 Jun 2005. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  18. ^ a b c "History" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Association (Amerika Syarikat). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  19. ^ Brigden 1990, m/s. 20.
  20. ^ Brigden 1990, m/s. 26.
  21. ^ Brigden 1990, m/s. 42.
  22. ^ Somerfield 1990–1999, m/s. 167.
  23. ^ a b Brigden 1990, m/s. 43.
  24. ^ a b "International outcross programme" (dalam bahasa Inggeris). Irish Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  25. ^ "AKC Welcomes Irish Red and White Setter, Pyrenean Shepherd and Norwegian Buhund" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 31 Disember 2008. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  26. ^ The Kennel Club. "IRWS" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2011. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  27. ^ a b c d "IRWS" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  28. ^ a b c d "Breed information" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2011. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  29. ^ Brigden 1990, m/s. 57.
  30. ^ a b "Breed standard" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  31. ^ Brigden 1990, m/s. 58.
  32. ^ Brigden 1990, m/s. 77.
  33. ^ a b "FAQ" (dalam bahasa Inggeris). Irish Red and White Setter Club (Great Britain). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  34. ^ Brigden 1990, m/s. 91.
  35. ^ Brigden 1990, m/s. 78, 79, 85.
  36. ^ a b "Health" (dalam bahasa Inggeris). IRWS Club (GB). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  37. ^ "CLAD" (dalam bahasa Inggeris). IRWS Club (GB). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  38. ^ "DNA screening, CLAD" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  39. ^ "Von Willebrands" (dalam bahasa Inggeris). IRWS Club (GB). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  40. ^ "New DNA test control" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  41. ^ "Eyes" (dalam bahasa Inggeris). IRWS Club (GB). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  42. ^ "Kennel Club Accredited Breeder Scheme changes its name to Assured Breeder Scheme" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  43. ^ "UKAS accreditation for KC's Assured Breeder Scheme" (dalam bahasa Inggeris). Dog World. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  44. ^ "Scheme outline" (dalam bahasa Inggeris). the Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  45. ^ "IRWS health information" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  46. ^ "Breed-specific requirements and recommendations including health screening" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Ogos 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  47. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  48. ^ Cassidy, Dr. Kelly M. (1 Februari 2008). "Breed Longevity Data". Dog Longevity (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  49. ^ a b "IRWS Clubs dismayed" (dalam bahasa Inggeris). Dog World (newspaper). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  50. ^ "Statement" (dalam bahasa Inggeris). IRWS Club (GB). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  51. ^ "Outcrossprogramma Ierse setters startpagina". www.outcrossprogramma-iersesetters.nl (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  52. ^ "AVLSPLAN NORSK IRSKSETTERKLUBB IRSK RØD OG HVIT SETTER 2012-2017" (PDF). www.nisk.no (dalam bahasa Norway). Dicapai pada 5 Mac 2024.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting