Setia Ahmad Shah Pahang

Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga, Setia Ahmad Shah Pahang[1] ini adalah dicadangkan bagi kurniaan terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 ke atas atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang
JenisPerintah
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
StatusMasih lagi dikurniakan
SultanAl-Sultan Abdullah
GredSetia Ahmad Shah Pahang
Singkatan darjahSAP
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Indera Mahkota Pahang
Lebih rendahSetia Mahkota Pahang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lencana sunting

Lencana Darjah Kebesaran ini berupa Bintang berbucu lima yang diperbuat daripada emas dan enamel yang berwarna biru muda dan biru tua dan mengandungi Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri. Di antara bucu-bucu kepada Bintang ini terletak ukiran lima pasang bulan sabit.

Riband untuk ahli-ahli lelaki pada Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang tangkuk sutera selebar 2 ½ inci yang berwarna putih dan berjalurkan warna hitam di tepi dan di tengah dengan jaluran biru mengapiti jaluran tengah. Manakala bagi ahli perempuan, riband hendaklah berbentuk pita (bow riband) yang diperbuat dari kain sutera juga dan lebar serta warnanya serupa dengan riband ahli lelaki.

Gelaran pemakaian sunting

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini.

Penerima terkenal sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Maklumat darjah kebesaran
  2. ^ "Seri Paduka Dahului penerima anugerah". Berita Harian. October 24, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 2005-10-24.