Setia City Mall merupakan satu pusat beli belah di Shah Alam yang melitupi kawasan seluas 740,000 kaki persegi boleh sewa, dan memiliki tempat meletak kerata bagi 2,500 buah kereta dengan 240 kedai yang terbahagi sehingga 4 aras. Pusat beli belah ini menawarkan pelbagai pilihan bagi tempat makan, membeli-belah, dan hiburan di kawasan sekitar. Antara pekedai utama termasuk Parkson, Golden Screen Cinemas, Fitness First, Zara, Uniqlo, Urbanfresh, Daiso, Harvey Norman, Kaison dan MPH Bookstore.

Selain pekedai utama tempatan[1] dan antarabangsa, pusat beli belah ini turut menyediakan tempat makan terbuka, plaza air pancut dan kemudahan taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga lebih daripada 10.5 ekar taman kehidupan berlandskap yang indah sekitar pusat membeli-belah ini, bagi pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga di luar rumah bermain layang-layang atau menunggang basikal, atau meluangkan masa bersendirian atau berkumpul dengan rakan-rakan.[2]

Sejarah sunting

Setia City Mall merupakan hasil usaha-sama antara pembangunan harta tanah S P Setia dan Tabung Pelaburan Retail Asia ("Asian Retail Investment Fund"), sebuah tabung borong yang dikendali oleh kumpulan infrastruktur dan harta tanah sejagat, Lend Lease.

Pencapaian sunting

Setia City Mall turut menerima Anugerah Green Mark Gold dari Pihak Bekuasa Bangunan dan Pembinaan Singapura, pusat beli belah pertama di Malaysia yang menerima pencapaian sedemikian.[3]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting